People should watch Caramel. Cerita ni tak penat dilihat dan sambil tu kita boleh tengok cara hidup wanita di Lebanon. Bahasa pertuturannya filem ni Arab dan ada sikit-sikit French. Cerita dia pasal dilema cinta wanita dan antara dilemanya ialah kepentingan dara, bercinta dengan suami orang, antara keinginan diri untuk bercinta dan tanggungjawab kepada keluarga dan perasaan kasih kepada jantina lain.
Minah ni ialah Layale. Aku nak rambut macam dia, lebat gila. Wajah dan raut muka dia ni mengingatkan aku kepada Kim Kardashian. Melalui cerita ini juga aku baru tahu yang karamel boleh diguna untuk mencabut bulu roma.
Banyak juga movie aku tengok setakat nie tapi Unborn tetap terlepas tengok. Filem wajib disokong ialah filem melayu. Aku agak anti juga filem Melayu sebab emosi drama je lebih tapi sangat klise. Lepas tu promo sikit punya gah tapi bila tengok tak best pun . Tapi aku tetap rajin melayan cerita Melayu sebab aku orang Melayu dan satu perenam daripada bajet tengok wayang aku khaskan untuk tengok cerita Melayu. Mari sapot cerita Melayu.
Mukadimah panjang ni sebab nak nak cerita pasal Jangan Tegur.
Ni poster dia yang dicilok dari Sesawang Seluas Dunia.
Ni poster dia yang dicilok dari Sesawang Seluas Dunia.
Poster ni tipu sebab muka orang kena sampo (kiri) warna biru macam pixie. ni kaler kelabu asap nie dan mata punya biji kecik je. Aku tengok dalam filem mata biru metalik. Masa Tasya (Julia Z) meroyan lepas koma tu aku duk ingatkan Sharifah Aleya pulak.
Mekap paling tak pro dalam filem ni ialah mekap muka pompuan ni, Baizura (Nadia Mustafar) masa kena rasuk. Macam rupa tepek bedak sejuk kan.
Paling seram bodo ialah scene hantu nenek main cak-cak dnegan Baizura. Satu panggung memang gelak sebab rasa bodo akibat seram pada scene itu. Tapi masa scene ni ada satu saat tu sangat tak logik. Scene dia bila jenazah nenek ni dibiarkan tanpa bacaan yassin. Aku jarang la melawat jenazah tapi mesti kena baca yassin sambung-sambung kan? Huhu arwah nenek dengan arwah atuk aku meninggal masa aku kat sekolah, tak sempat nak jenguk...
Cerita jangan tegur ni diarah oleh Encik Pierre Andre, lakon layar oleh dia dan dia juga jadi laki si Julia Z. Aku baru perasan hero cerita metrowealth banyak stail pompuan manja2 l3mb3k macam Intan Ladyana dan sekarang nie Julia Z.
Satu pagi tu aku bercerita on the way ke office pada housemate aku pasal Jgn Tego tu dan lepas habis cerita dia tanya, "Apa Yang Jangan Tegurnya tu?" Frankly I don't know dear.
Ok, cerita second nak ceceh ialah Shopaholic. Aku ada buku Shopaholic and Sister dan pernah baca yang lain-lain tu. Walaupun Becky nampak macam bodo-bodo alang dalam cerita ni walhal dia wartawan tapi ok la cerita nie. Pesen baju dia memang mengingatkan aku pada Carrie Bradshaw, ini mungkin sebab aritu aku baca review yang kata Patricia Field yang sediakan baju untuk watak dia. Patricia Field juga menyediakan baju untuk Sex And The City.
Aku sangat suka Isla Fisher sekarang. Dia sangat comel dalam ini dan dalam Definitely, Maybe.
Ahad lepas pulak aku pergi tonton Shinjuku Incident sebab nak tengok Unborn lewat sangat waktu tayangan die. Masa beratur tu partner in love aku kata yang dia dengar cerita ini ialah cerita Jackie Chan yang paling ganas. Lepas tu kami beli tiket dan tengok wayang.
Dari kiri poster nie, Inspektor Jepun yang membantu Jackie dalam cerita ini, Jackie atau Steelhead dan Jie, kawan dia dalam cerita ini.
Cerita ini merupakan julung kali aku tengok filem Jackie dalam wayang. Dulu aku nak tengok police story 4 tapi macam skeptik aje sebab nampak ganas. Sekali lepas tu aku gi tengok kat DVD terus menyesal sebab tak nak tengok wayang. Superb gile Jackie beraksi dlm PS4.
Memang cerita ini ada aksi ganas seperti aksi tangan dipotong dan muka ditoreh tapi jangan harap nak tengok Jackie Chan dengan aksi sebegini.
Jackie lebih serius dan
berdrama daripada komedi dalam ini.
Filem ini ada feel macam cerita yang diinspirasi oleh peristiwa betul pula sebab ending dia tak happy ending.
Tapi Encik Jackie memang hebat!
Seterusnya nak cerita pasal rempit kereta pulak. Tagline, when the GPS call, you answer! Lebih kurang gitu la bunyinya.
Aku tak nah tengok fast and furious . Seriusly, kat wayang mahupun tv. TAXI (versi French) pun aku beli CD tengok kat rumah dan masa tu lama dah lepas dia glamer di wayang dan siap dibuat versi Amerika plak.
tapi aku dah tengok dah cerita ini.
ps : sebelum shinjuku incident bermula ada tayang trailer cerita seram baru ni. Aku pun upload gambar daripada filem itu dan masa aku upload aku isi la masa dengan karang-karang isi post nie. Tengah aku taip tetiba gambar dia muncul (sebab dah habis upload kan) kat atas page sebab dah abis load, terperanjat seminit aku. Terus aku siap2 cepat pergi tidur dan lagipun masa dah 1.30 pagi.
Tajuk cerita tu Drag Me To Hell, tagline dia macam 'keseraman sejati muncul kembali'. Makcik ni pandai jaga gigi la, ada je semua gigi dia walaupun dah pecah2. Er, ni bukan hantu ia adalah wanita yang ada sumpahan.
0 comments:
Post a Comment