Pages

Skuter : Part 1

Suatu ketika dahulu ketika adik aku berkapel dengan mat skuter aku selalu jugak tengok budak-budak remaja bergaya sakan dengan skuter kat Uni di KL tu. Bawak skuter mesti nak berkonvoi dan yang berawek pastinya dressing comel-comel duk belakang. Skuter pulak dipasang radio jadi berkumandang la lagu pop terkini masa tu sambil memulas enjin menuju ke destinasi. Sekarang ni nak tengok skuter pun payah sebab dah banyak motor automatik. Skuter faveret aku mestilah suzuki comel . Kat kedai area rumah aku tak jual dah, diaorang nak promo Nuovo dan Ego je jadi kalau nak Suzuki macam payahlah sangat nak order. Haritu pun aku beli kat Bangsar.

Kemanakah pelapis mat skuter ni semua agaknya. Kalau dulu ada vespa, lambretta dan adik beradiknya tapi sekarang ni tak berapa nampak mereka ni semua. Aku tak pernah berkecimpung dengan mereka jadi aku tatau la apa jadi pada mereka. Tapi tekaan aku geng budak skuter ni dah diganti dengan adik-adik yang memandu kancil dan kereta compact lain. Beruntung budak zaman ni dah mampu mak bapak bagi pakai kereta. Teringat budak sebelah blok aku dulu, sorang ada kereta Gen-2 dan naik ke kelas beramai-ramai. Sangat ekonomi dengan bergerak secara car-pool.

Okeh, balik ke skuter. Ia memang nampak comel bila dimekapkan. Dulu kalau bf aku punya housemate tak keluar malam, aku selamba minta dia pinjam kejap skuter Suzuki kawan dia yang berwarna jingga tu. Naik untuk round dekat-dekat aje atau menyinggah di kedai mamak untuk mengeteh. Seronok sih naik, sekarang ni sepatutnya dah kena naik sendiri tapi itu bukan cerita untuk hari ini tau sebab aku nak tulis pasal cover motor fancy je jadi jangan komen pape pasal skuter itu dulu di sini ya my dear.

Kalau nak tengok Skuter fancy schmancy ni masa pertandingan hias skuter la paling best. Sebenarnya aku pernah tengok dua kali je pertandingan skuter, sekali kat Dataran Shah Alam tahun 2007 dan sebelum tu kat Summit USJ masa praktikal tahun 2005 dulu.

Hiasan skuter ikut selera tuannya. Kalau masa pertandingan skuter siap la keluar hiasan-hiasan tambahan yang memang tak wujud di jalan raya. Ada perempuan yang suka warna pink macam nie. Agak tak tahan hiasan bulu pink kat bontot skuter tu.

.

Dengan pink panther dan bakul baju lembik
kaler pink tu memang gaya nak pergi tidur.


Yang ni ala-ala pumpkin jack yang sengih jahat di malam halloween itu.
.

Gelakan jahat nampak taring

Ada yang suka hijau.



Yang kecik tu bukan skuter. Motor racing kecik.

Ada yang maksimum gila pooh.
Baru aku perasan helmet dia pun warna setema dengan badan skuternya.



Dan ada tuan empunya skuter yang suke keropok.
Keropok? Keropok barbeku perisa keju.



Adakah dia ini ada dapat share daripada Twisties?
Wallahualam.

Kalau tadi gayut panther, ni pulak simpan rimau bawah helmet.


Bawak tigger ke mana sahaja skuternya pergi.

Dan ada jugak yang, ermm... pink.

Kalau boleh curi nama blog adik Si Hanis Zalikha tu
aku curi dan letak nama itu pada skuter ni.

Monster Jambu



Karut Quote : Too much bulu is unattractive, so start shaving like crazy and a few days later itch like crazy sebab rasa gatal bulu nak tumbuh. Masa pesta ngabehkan duit kat Baling hari tu aku beli feather boa kaler merah dengan harga RM9. Aku rasa dah lebih kurang 7 kali aku nampak benda ni kat JB, KL dan Baling tapi kedekut nak beli. So las-last aku beli jugak sebab dah masuk kali ke-8 masa tu. Oh ho ho.

Dan sebagai penutup part 1 ni , kartun faveret aku.

2D daripada Gorillaz.
love Oww, nak letak jugak ni!


Ni aku tengah interview pemilik skuter pada tahun 2005 masa follow roomie aku gi bekerja. Masa ni berlakon je lebih sebab maklumlah masih belum bergelar kakitangan sini lagi.(praktikal je). Muka tak masuk video ye cuma mikfropon aje. Sekarang ni aku dah bergelar stap sini pun tapi tak de can lagi nak buat benda cam ni. Tunggu dan lihat bagaimana pula nanti.

4 comments:

JohnJenin said...

hidup skute VS125 (sebut 3kali)

DrSam said...

belajar bawa motor dulu guna skuter ayah. Gear kat handle. Terlompat-lompat jadinya.

Lily@MamaZaraZareef said...

bile tgk ko menginterview tetibe teringat ada satu malam tahun bile ntah..ko call aku ngan lini. ms tu aku kat jb lagi. then ko nk suruh kitorng ucap selamat smpena hari ape ek..hari pertanian ker..kitorng kat umah gelak sakan tau meimikirkan ade kawan yg terlibat ngan radio. bidang glemer la kirenye..hik..hik..hik..

Naddy said...

lily, owwh, sempena hari penternak, peladang bla bla... HPPNK tahun 2006 rasanya. Memang memori lama. Sekarang aku duk depan pc je manjang, tak kira rime kerja atau time biasa.

dr sam, skuter zaman dulu2 comel kan.

pakcik, ye hidup skuter VR125!

aduh, mana gambar skuter aku nie?

hELLO

hELLO
:D

Followers