Pages

Pompuan serba nak tahu

Aku tengok Wolverine semalam. Huh macho la abang Logan vava! Tapi Prof X nampak .... tengok sendiri la kalau nak tahu camana rupa dia. Tetapi, hampes betul pompuan yang duduk belakang aku. Rasa macam nak tikam adamantium je dalam seat dia dengan mengejut untuk bagi dia gabra sampai senyap.

Perempuan ni kerja nak menceceh je daripada awal sampai habis filem. Semua nak tegur, semua nak sebut, saket hati aku. Ey pompuan, terganggu konsentrasi aku yang disimpan khas untuk Wolverine.

KAREKTOR DALAM MOVIE : Jimmy...
POMPUAN BINGIT : James

KAREKTOR DALAM MOVIE : Erase his memory DAN LOGAN LARIKAN DIRI...
POMPUAN BINGIT : eh tapi nanti dia hilang ingatan kan?

KAREKTOR PEREMPUAN DALAM MOVIE TENGAH BERAKSI
POMPUAN BINGIT : Eh dia ada kuasa juge la

Tanya sendiri jawab sendiri. Kenapa dengan dia? Oh, kena tembaklah!

Ada satu saat aku rasa mcm dia mengulang apa yang aku suarakan dalam hati. Biatch, diam arr, tampar diri sendiri. Eh tak! Tampar orang belakang. Suara dah la spesis halus jadi rasa macam ada makhluk halus berbisik kat telinga aku pun ada. Huhuhu. Pleasela, enough with the ooohs and ahhs and where, why, who, waddefaq's?bising

Nak je aku spoil sifat ingin tahu dia dengan toleh belakang masa babak lawan klimaks itu dan beritahu trivia ni, "Jangan risau, walaupun berlawan dengan musuh hebat tetapi mereka akan survive sebab sampai sekarang ada wolverine dan sabertooth dalam X-Men trilogy tu." gile

Aku ada teori ni, aku rasa kalau nak mengelak orang bingit macam ni kita pilih seat betul2 sebelah dinding (untuk wayang bisnes class). Setakat nie aku duduk kat seat sebelah dinding orang belakang sopan santun je perangai.

ps: nak cerita pasal wolverine kang ada yang nangeh sebab buat spoiler.

14 comments:

Unknown said...

slam..ye ke mcm tu.....nanti saya fikirkan tgok...

JohnJenin said...

betul. bila kena dengan orang yang jenis tak reti nak tgk wayang memang sakit hati. Memang Pah Bedah betoi.

a.b geldofg said...

apa ko ni janji nak pergi dgn aku

F I Z A F E said...

patut ko kentutkan je dia

ouT oF My MinD said...

itulah akibatnya kalau tak bawak aku skli.

nooreen.rahman said...

exactly!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Naddy said...

anak pendang sekeluarga, lepas fikir beritau macam mana ye. :-)

johnjenin, betul tu. pah kepoh.

abgel, i call u banyak kali tak nak angkat pun so tinggal la.

fizafeya, aku dah puss puss kan angin tapi dia buat tatau aje.

oomm, aku sudi je nak round 2 khas untuk ko. rasa cam nak tgk tanpa gangguan suara halus manusia tu.

nooreen, hee hee menci kan.

thoyol said...

haha..

yeah.. best kan rasa tgk wayang dengan orang bodoh..

anyway, aku rasa ape yang ko cakap betul pasal duduk tepi dinding..

either diorg khusyuk tengok wayang atau tengah buat wayang..

haha...

Naddy said...

aku rasa kedua2nya sekali en thoyol.

DrSam said...

dah tengok tapi terbeli DVD wolverine (yang masih ada tali lagi) yang jadi kontroversi tu ;)

bagi je pompuan tu DVD yang tak siap tu :)

Naddy said...

o dr sam, terjoin pulak dalam kontroversi tu.

akubisikdisini said...

kalau aku..aku saun tepek ajek..
kalau tak paham bahase juge...aku diri..smbil cekak pinggang sket..."eihh.kak.saye pon bayar tiket gak"..smbil aku nak blah ke seat lenn(kalau ade..)

Naddy said...

ganas dan garang nye ko syahidah.

emilayusof said...

hahaha kalau anak akak pergi tengok. lagilah bingit. Dia kalau tengok movie pun asyik nak bercakap dan bertanya je hehe

hELLO

hELLO
:D

Followers