Pages

Adakah rumpun? Ade ke rumpon?

Kat tempat aku keje ni kalau tanya cara nak bercakap apabila ke udara (on air) para DJ/Penyampai pastinya akan kata ikut sebutan Johor Riau. Yang aku tau sebutan ala Johor Riau ni opposite kepada baku mcm perkataan SiapA disebut SiapE dan BencanA jadi BencanE. Sememangnya aku tak pernah dengar cara orang Riau bercakap malahan nak jumpa orang Riau pun tak pernah. Cuma para penyampai kat sini (DJ dan penerbit yang membuat pengumuman di radio dan televisyen) kata cara cara mereka bertutur sama seperti cara orang belah-belah Johor bertutur.

Pada hari raya kedua haritu aku pergila beraya satu rumah pak sedara kepada mak aku ini. Tengah kami duduk berborak dan ngap kuih raya datang pula satu family bukan sedara yang mak aku cam sorang ahli wanitanya. Wanita ni jiran mak aku dulu yang kini berkahwin dengan orang Riau dan menetap pula di Riau. Dia cuma balik Malaysia bila cuti panjang aje sekarang. Aku macam gatal sangat nak tanya dia macam mana orang Riau bercakap, sama ke dengan cara orang belah Johor bertutur? Tapi mestilah segan gile jadinya. Tak berani aku nak minta dia demonstrasi cara orang Riau bercakap. Namun bila ingat balik rugi sungguh aku x berani masa itu dan sekarang tah bila masa aku nak dengar orang Riau bercakap. You tube?

Teringat aku masa sekolah rendah dulu bila bebudak kecik yang mak ayah keje KL dan balik JB masa raya akan cuba bercakap macam sedara maranya di JB tu. Ada satu budak ni nak cuba la kan dan dia sebut BOLA sebagai BOLE. Huhuhu. Jom main bole sape-sape?

4 comments:

intan izani said...

bola jadi bole tu da kelakar pulak kan?

Ili Saharudin said...

setahu ili cakap kl gan johor ni sama je..cume kekadang ada 'ek' 'yeh'

katztales said...

Can;t read this, Missy. Thanks for dropping by. And of course you can train cats not to beg! They're very bright people.

mizzyN said...

intan,
tulerr. saya pun malu kalau nak ajuk2 cakap org kedah/kelantan sebab burok bunyinye bila salah.

ili,
ek ek ek!

katztales,
people cats.

hELLO

hELLO
:D

Followers