Tiga tahun lalu setelah bertahun memakai nombor telefon bimbit yang ini (masa beli harga prepaid dia RM130 hohohoh mahalnye prepaid dulu) aku beli nombor telefon baru sempena nak mula kerja baru. Nombor baru, ofis baru dan juga alam baru la konon. (harga prepaid pun rm10 je)
Selang beberapa bulan aku guna mulelah aku dapat panggilan daripada perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki mencari Badrul Zaman. Aku fikir ini mesti nombor second hand ni jadi aku seperti biasa la menjawabnya. Individu yang menelefon ini pula ibarat mcm kawan nak mencari kawan lama jadi aku kata "Ini sekarang nombor saya bukan Badrul Zaman punya"
Selepas setahun berlalu tu jarang pula orang call Badrul Zaman. Kalau ada pun daripada bank sana dan bank sini yang mungkin nak kutip hutang. Aku semakin rilek sebab panggilan pelik ni datang dalam dua bulan sekali. Kadangkala juga aku dapat sms daripada astro suruh bayar bil astro yang tah siapa punya, jadi aku call balik dan minta dia padam nombor aku daripada rekodnya. Tapi orang di talian astro itu kata dia tak boleh buat apa-apa.
Ok ke K.O?
Dan klimaksnya semalam ada sorang lelaki telefon dengan nada bisnes daripada mana tah.
LELAKI ITU : Hello, boleh saya bercakap dengan Encik Badrul Zaman?
AKU : Tak, ni nombor saya nie.
LELAKI ITU : Ini bukan nombor 01X-222 ....?
Belum sempat dia habiskan ayat dia aku pintas.
AKU : Memanglah ini nombor tu tapi ini nombor saya yang guna sekarang.
LELAKI ITU : Dah berapa lama cik guna nombor ini?
AKU : TIGA TAHUN DAH!
LELAKI ITU : Owhh, terima kasih cik.
haPE Kess NaK TANya GitEWWW?
BADRUL ZAMAN may u rot in earth kalau aku tau sape kau. Terer sungguh dia dalam masa tiga tahun ni jual nombor aku untuk tujuan ntah hape hape. Ini yang kadang-kadang nak melakukan transfromasi nombor TELEFON ni. Namun begitu pabila berfikir panjang semestinya akan menyusahkan plak sebab nombor ni la nombor rasmi aku. Segala-gala kawan, bank, landlord, mak. mak mentua dan bisnes kontek nak kena bagitau.
Huhhhh so annoying.
SANGAT sedikit je hehhehe tapi permainan emo kena lebih TERTEKAN DAN NAIK PARAS DARAH
Curik tema jap oit idy biddy.
Out Of My Mind bila ada satu kawan aku nie boleh buat face off dengan sorang caller x dikenali yang tetiba call dia dan tuduh kawan aku curi telefon dan nombornye. Kawan aku ni pulak jenis melayan, makenye mereka pun berjumpa di tempat awam. Masa mereka berjumpa ni minah x dikenali nie tengok handphone kawan aku dan kata "Haaa handphone ni sama la dengan handphone saya".
Boddo gile, macamle die sorang pakai brand nokia tu.
Kesimpulannya ikut pesan mak Don't talk to strangers. Oh yeah and layan them too.
ps: Nombor maxis aku telah dicuri seorang jepun yang MIA. Sob sob.
Nak gi claim balik la?
Wonderful Wordy Wednesday
1 day ago
9 comments:
no yang aku pakai sekarang pun no 2nd hand. aku beli lepas hp kena curik dulu. yg buat aku menyirap every week dia tolak RM2.50 untuk ringtone yg tak pernah aku subscribe. & i'm guessing yg empunya no dulu ialah seorang chinese melalui ringtone2 tersebut. memang padan la dia buang no tu. dia pun xtau agaknya camner nk meng-unsubscribe-kan menatang tu.
nak tukar no macam rugi plak coz aku dh subscribe hotline 360. tunggu la bila genap setahun nanti kut.
tapi kes ko ni memang lain dr yg lain. giller hampeh si badrul zaman tu. may he rot in hell la like you said.
haha aku penah jahat gila ada budak skola tu nk ckp ngan ayah dia. byk kali sngt dia call last last aku give up aku cakp camni, "hurm ayah eh? ayah tgh mandi lah.. nnt call balik ye" kah kah kah lepas tu dia nangis and terus tak call dah.
ha...ha...famous betul En. Badrul Zaman tu ye. Kalau buat pertandingan macam Mawi dan boleh menang jadi Raja SMS.
p/s: setelah 10 tahun setia bersama Marxis, akhirnya hari ini terlerai juga kesetiaan itu.
ala,
potong aje.. berbaloi baloi..
haha..
sometimes mmg number tue tak diupdate pun. Nak wat macamana, database bukannya centralized. Lenkali ko layan jer laa orang kutip hutang tue.. Ko bagi jer alamat orang2 yang ko benci. Haha..
Baru sonok.. :)
achik, ko lagi dasat kena ek. hmm.
nooreen, jahat tul la ko. aku nak cuba taktik ko plak la ahax.
dr sam, huhu. tulah dr sam, dah x cinta dah pd mxs.
thoyol, alamat org yg aku benci? uuuu nice (tp jahat gile)
evil noreen. nasib baik aku bukan budak itu.
nooreen, haha. stuju!
aku tau...ko mesti awek badrul zaman....hehehehhe
badrul zaman nak balas dendam mungkin?
hoho
Post a Comment