Dalam dunia penyiaran meletakkan kredit pada program ialah perkara yang sangat penting. Contoh macam pada program radio 5 minit yang aku pernah buat dolu2 tu, di penghujung program ada kredit macam nie.
"Sekian sahaja program Bebel pada pagi ini, salam hormat daripada penerbit Bebel, Mizzy N binti Pak Mat"
*Bebel tu nama program ciptaan aku je.
Kalau program itu tiada kredit maknanya penerbit dia sangat low profile ataupun ingin melarikan diri daripada akauntabiliti terhadap program itu. Kalaulah kata penerbit lupa nak letak nama dia maka kita boleh cek dekat kertas panduan siaran yang disertakan bersama program. Dalam kertas ini ada tulis tajuk program, duration dia, waktu siaran dan juga siapa penerbit. Kalau penerbit dia ada ramai sampai 10 orang maka nama team la kot yang diguna seperti Unit Pembangunan dan Pertanian Radio. Tapi setakat ni setau aku program radio paling ramai penerbitnya pun berpurata dua ke tiga orang sahaja macam tu. Lagi satu kalau program itu tiada nama penerbit ada kemungkinan bahawa program itu telah dicuri oleh orang lain sebab orang tu tak buat program die, hehe.
Ni ni ni ni ni ni ni.... you have entered Twilight Zone....
Selain daripada penerbit adela juga kru lain yang terlibat tapi jarang nama dan peranan mereka disebut di dalam program, contoh macam juruteknik siaran yang uruskan peralatan untuk penerbitan. Namun kadang-kadang kalau pelapor tu buat laporan langsung daripada lokasi dia sebut la juga sekian daripada penerbit bla bla dan pasukan teknikal bla bla. Heheh lupa dah apa skrip asalnye. Mungkin cik ny can help me here.
Aku berimpian la suatu hari nanti nama aku akan ada dalam kredit bergolong2 (rolling kredit la gamaknya) di skrin tv nanti. Masa tu skrin tv mungkin dah banyak jadi jenis leper panjang mcm LCD skrin bernisbah 16:9 itu kan so besar la sikit fontnya. Masa itu aku harap ialah masa yang tidak berapa lama la daripada sekarang. Dulu masa aku praktikal ada gak la keluar nama aku kat tv sebagai PELAJAR PRAKTIKAL, tapi sangat la tidak kelassss kan.
Setiap manusia yang duduk bidang penyiaran ni seriusly ingin menghasilkan produk yang berkualiti dan lagi best kalau diiktiraf. Ini kerja bukan cari glamer aje kejenye. Bak kata kakak 'watever' opis ny itu, tak nak jadi DJ sbb x nak glamer. What the heck? Glamer sangat ke DJ itu ? Ia semua ialah mengenai percubaan, eksperimentasi, adventure!
Sebut pasal glamer ni teringat aku masa satu kali tu aku dan dua rakan berjumpa suka2 kat mid valley. Saje je masa tu keluar lunch sbb dah lama x jumpa. Dua kawan aku ni plak kenit2 je orangnya, sekor ni ialah lelaki yang lebih kurang tinggi sikit je daripada aku dan kawan kami sorang gadis yang rendah sikit.
So ketiga-tiga rakan kenit nie jalan2 window shopping sambil kongsi kisah lama di area ground floor tu. Tengah2 jalan tu tetiba terserempak plak dengan tiga kawan kami yang sangat tinggi ini. Ok so dua tu je kawan kami dan satu lagi tu cuma rakan kepada kawan kami aje. Tiga orang nie keje dengan kompeni swasta saluran percuma itu. Sorang pembaca berita, sorang DJ radio (tapi dah quit) dan sorang keje belakang tabir di kompeni itu. Ketiga-tiga nie menyapa mesra la kami so tak adela rasa kaget di situ tapi rasa tempias gile x glamer masa itu.
Rasa rendah diri juge tapi siapa kisah kan? Aku rasa kalau aku keje admin di kompeni ini sekali pun patut ke aku rasa rendah diri. No.... okla sambung nanti. Nak keluar sat nie to have lunch.
Dengar-dengar cerita Papadom ada Farid Kamil dan shoot kat UiTM plak tu. Ahahahhahhaha.
Soalan faveret aku dulu pada budak sefakulti dengan Farid Kamil ialah, korang sekelas dengan dia ke? Dia ok, camne orangnye.
Ngeeeehheheheeeeeeeee, Farid Kamil and UiTM, mcm sesuatu yang klise plak.
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
4 comments:
mizzyn keje belakang tabir ke?
best tak keje kat radio stesen ni?
dulu keje belakang tabir kat satu radio nie tapi skrg belakang tabir laman web pule.
dalam dunia penyiaran nie banyak sagt yg pakai topeng cap ayam. benci...tunjuk rajin. padahal x buat keja apa pun...tau nak ambik kredit je. fuck. suck.
mari curi kredit orang
what's yours is mine and what's mine is mine aje.
Post a Comment