Pages

kisah Aidilfitri

Selamat menyambut pasca hari raya babes and dudes. Aku cuti raya seminggu je tahun ni sebab raya hari Ahad. Jadi Isnin baru ni aku dah siap sedia kerja. Misi pasca raya ni aku nak mencari kain baju kurung untuk buat uniform ke office sbb baju kurung batch tahun lepas dah nampak lemau. Cepat ida, ko nak beli kaler apa? Aku nak hijau daun dengan biru nilam la.

Ok bergerak ke cerita raya.

Sampul duit raya
Sebelum balik hari raya tu sibuk la mencari sampul duit raya nak bagi kat mak aku. Ida kata dia dapat sambul daripada employer kami tapi satu pek aje. Aku belum dapat lagi masa tu, sekali lepas lunch bos aku bagi tiga paket sekali. Huh smart gilerr sampul raya tahun ini.

Ni versi dah bukak.


Lepas tu pulak mencurah-curah la pulak aku dapat bekas duit raya daripada CIMB, aku rembat sepuluh bekas untuk mak dan kawan aku. Sampul duit raya ini bukan terhad untuk hari raya aje, ia juga berfungsi untuk isi sumbangan kepada pengantin. *Salam keruk akan menjadi lebih hensem pabila jumlah duit si penerima x nampak.

Dulu masa aku dah boleh pegang duit raya sendiri aku simpan sampul-sampul yang cantik ini dalam album gambar berpoket tu. Tak lama kemudian mak aku mesti minta sampul duit sebab nak guna untuk salam keruk atau isi sumbangan bagi pada orang pula.


Kuih raya
Lagi satu menggagau cari untuk raya ialah kuih. Aku beli daripada kawan aku 100 keping rempeyek. Sebut betul-betul rempeyek dan bukan tempeyek. Dorang selalu kata tempeyek tu lucah tapi tak pernah pulak aku dengar orang panggil kemaluan manusia dengan nama tempeyek. Pelik ya?

*Salam keruk - salam bapak/mak pengantin sambil bagi duit hadiah.



Budak ofis aku teruja tengok rempeyek disusun kemas-kemas dalam plastik.


Eid Mubarak
BTW, raya pertama di waktu siang tu aku perap kat rumah je sebab tok nenek aku kat JB tu semua dah kembali ke rahmatullah jadi aku ngadap mak dan abah aku je. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka. Tapi mak aku punye mak kandung dan tok tiri ada kat utara sana sebab ada anak dia buka perniagaan. Kalau die datang JB barula aku melawat rumah mana dia stay untuk bermesraan.

Baju raya dan kasut raya
Tahun ni baju raya aku siap pada masanya. Mak aku la yang jahitkan semua baju aku selama ni (Terima kasih mak! celebrate). Kain ni aku beli kat Jalan TAR dengan harga rm70, namun pada mulanya si pekedai letak harga rm180. Gila babs mahal walhal sebelum tu outofmymind beli rm70 aje. Lepas tu pilihan kain x banyak plak tu. Tapi nasib baik dia letak harga rm70 tu jugak.


Oleh sebab tak ada kasut yang aku kenan aritu maka aku pakai kasut sedia ada. Makanya kasut raya aku warna pink la semua. Pink is the new black la kononnya kan dan sambil tu boleh sokong sekali kempen breast cancer awareness yang sedang hangat dijalankan ni.


Sebelah kiri itu wedges dan sebelah kanan pula kasut tinggi,
rupa macam kasut kahwin kan?



Tetamu di hari lebaran

Hari kedua aku pergi beraya kat rumah mak dan ayah sedara mak aku pula. Raya ketiga aku duk aje kat rumah dan adik-adik mak aku pun membuat lawatan balas ke rumah kami. Kami hidang kuih tunjuk dan kacangan aje sebab semua orang tengah house hopping jadi datang tak sampai sejam pun.

Candy atas kiri tu last-last tinggal warna hijau aje sebab budak-budak minat dengan warna merah dan kuning. Tengah-tengah tu yang warna coklat tu kuih kepal mak aku buat dan harganya RM30 sekilo sebab payah nak dihasilkan. Ia sepupu kepada wajik dan pulut kacau. Inilah kuih kegemaran makcik di area rumah aku. Sedara mara aku pun suka mintak mak aku sikit kalau dia nampak ada banyak atas meja kat dapur.

Tetamu datang, tetamu pergi, borak, belasah kuih dan tengok album gambar kawin kakak aku. Dekat sejam macam tu pun mereka balik. Sebelum balik aku paksa mereka untuk pose gambar beramai-ramai. Bye sedara mara dan terima kasih sebab datang.


Masa aku ambil gambar ni mak aku cepat-cepat lari sebab dia kata macam beruk bergayut kat pagar. Mak aku nie sangat kelakar orangnya.


Hamster adik aku tak sempat nak beraya sebab tak ada yang nak layan. Baru aku perasan masa tu yang mata dia sebelah hitam sebelah merah. Kawan aku kat fb tu yo yo je nak hamster tapi tak nak datang ambil sendiri.

Ok adieu is bai bai!

4 comments:

AchiQue said...

pink is the new black ke? wakakaka...

Naddy said...

kata orang dalam the star

TH said...

giveaway at blog waiting for you :)

intan izani said...

kelakar jugak penulisan awak ni

sian hamster tu eh
by the way,
setuju, salam keruk harus ada sampul

;)

hELLO

hELLO
:D

Followers