Bukan seram hantu tapi seramla juge.
Kisah Seram 1
Kami dalam kereta - Aku dengan kawan aku (pilotnye), makcik dan sepupu dia. Masa itu kereta tengah berhenti sebab lampu merah dan jalannya sangatlah panjang maka berhentinya lama la sikit. Dah berhenti lama tu borak2 dan memerhati jela ke hadapan.
Tetiba aku dengar bunyi cermin kereta dipecah dan masa itu baru terperasan dua mat motor nie tengah mengambil sesuatu daripada tempat duduk penumpang hadapan kereta di depan. Kereta itu terletak di depan kami tapi sebelah kanan, kami di belakang sebelah kiri (diagonally la). Belum sempat nak jerit ke apa, motor tu dah memecut ke hadapan. Sejurus lepas itu kereta semua jalan balik dan aku terkedu sebab tak boleh nak buat apa.
Apa yang aku nampak? Cuma kelibat dua mat motor atas satu motor nie.
Platnye pun tak nampak dan malahan model motor pun tak perasan.
Hanya mampu menjadi saksi tak bersuara.
Aku keluarkan henpon dan mesej kaum kerabat aku dengan pesanan hati-hati di jalan raya.
Kami maju ke depan dan melepasi kereta yang telah dipecah masuk. Kawan aku potong kereta itu dan memang betul la ia kereta itu sebab cermin dia pecah. Wajah pemandunya seorang perempuan sekitar 30an ada iras-iras orang Cina. Jika aku boleh labelkan wajahnya ada ekspresi keliru, takut dan mungkin tak tahu nak buat apa barangkali.
Macam biasa la kalau dah nampak benda mcm nie mula la nak buat analisis. Mungkin pemandunya ada meletakkan barangan nampak mcm boleh cilok di atas kerusi penumpang hadapan. Dia pula pemandu perempuan tunggal dan masa tu tengah statik macam itik melepak atas tasik. Si pemburu membidik dan menghentam sasaran. Ibarat kata omputeh easy target, a sitting duck.
Sorry makcik. Kalau la aku dapat menolong selain daripada melihat sahaja.
Kisah Seram 2
Aku baru sahaja tiba di Terminal Bas JB daripada KL naik bas. Masa tu belum lewat sangat baru pukul 11.30 malam la dan pastinya kena naik teksi balik rumah sbb bas ke rumah aku dah pupus. Al maklumlah tak ada pelanggan maka tak ada lah bas nak layan. Oleh sebab dah sampai lambat kene la naik teksi. Teksi kat JB nie ada banyak spesis, spesis pasang meter dan ambil bayaran ikut meter, spesis pasang meter tapi ikut 'harga biasa suka hati' dan spesis tak pakai meter dan harga ikut hati saya la (konon harga biasa).
Perhentian teksi pula di seberang bangunan Terminal jadi daripada jauh aku dah nampak tak ada teksi. Fikiran aku dah saspek mesti pemandu teksi ini akan caj lebih sebab tak ada saingan dan dah nak dekat 12 mlm pula tu. Sedang aku dekati perhentian bas itu muncul la teksi nie. Masa aku tahan aku perasan ada satu kereta Wira hitam dengan dua mamat dalam dia. Aku buat bodo je la sbb nak naik teksi dah nie.
Maka aku pun mendekati teksi dan buka pintu belakang. Aku nyatakan destinasi aku dan pemandu lelaki ini minta "RM14 la dik dah malam nie". Spontan je aku kata "Takpelah bang" dan terus tutup balik pintu itu. Aku jadi berkira sebab siang hari pun tambang baru RM4.50 dan ini ialah harga sebelum naik haritu.
Semasa itu juga aku perasan Wira hitam nie memandu dekat dengan teksi itu dan berhenti. Drebar die jenguk kepada aku dan kata "Oh nak pergi sana ke? Kita satu laluan, abang ambil murah - RM5 aje" Seram sejuk aku dengar jemputandia.
HELLO BRO? Pukul 11.30 malam? Aku ialah gadis keseorangan? Muka ko crook dan kereta ko kaler hitam dan tak ada orang perasan pun kalau aku naik? Bongokla aku kalau nak ikut dia. Hindari perkara ini!
Aku paling ke arah Terminal Larkin balik dan cepat2 blah.
Bro mcm crook sound. "Sombong betul"
Baik sombong daripada ....
Selepas itu aku teringat plak nak call adik aku dan nasib baik dia tak tidur lagi jadi dia rempit amek aku. Lain kali jangan gatal2 balik lambat ke JB. Seram....
Kisah Seram 3
Aku dengan OOMM tengah berada di atas tempat letak kereta Central Market. Kami baru tiba dan nak keluar kereta la nie. OOMM tengah berkata sesuatu dengan aku dan sambil tu dia unlock kereta untuk keluar. Tetiba guard berpakaian biasa kat CM tu jerit2 di hadapan dan ada orang berlari dengan lajunya. Orang tu pula menyelinap di ruang antara kereta OOMM dengan kereta sebelah dan lalu di pintu belah penumpang. Lagi sikit aku nak buka pintu pasti terkena si pelari itu. Hahah sangat menakutkan. Tergezut kami sebentar di dalam kereta.
Kami keluar bila pasti keadaan dah terkawal. Depan CM si pak guard lagi satu tengah kutip satu selipar atas jalan raya yang pastinya dimiliki oleh si pelari pecut. Apa kes?
Mini-ManCat Monday
4 hours ago
8 comments:
seram jugak kisah 1 tu
kisah 2 tu dah biasa dah lalui
jgnlah terpedaya
baik kita bersangka buruk
dari jadi sesuatu yg buruk~
macam-macam kisah seram. Kena sentiasa berwaspada dan berhati-hati.
meragut sampai menyebabkan kematian. yang tu paling aku geram. hai peragut jalanan, moga kau dikenakan balasan yg setimpal.
btw, nasib ko masih waras dan tak mengikut lelaki berkereta wira hitam itu. kalau tak mungkin aku terbaca kisah kau dalam surat khabar keesokan harinya..
kluar surat kabar Metro berita hadapan tajuk besar....KERANA RM5, GADIS TERPEDAYA...!
Gempak seh.
-OOMM-
ida dan acik - takmo jadi statistik mahupun tajuk besar hadapan metro, METRO plak tu!
Dr sam dan intan, memang kene berhati2 di jalan raya
wahh seramm. aku penah nmpk org depan keta aku. kene ragut hp.. dia cam tepinga pinga gila. peragut ialah bermotosikal jua.. serammmmmmmm lah!!! sngt serammmm dewasa ini.'~'
seram ceritenye kan.
pernah sekali my friend tell me he witness motorist killed infront of him. they racing and accident, he flew and died on the spot.
Post a Comment