Pages

KOLEKSI POSTING LAMA

1.

Ni lif kat ofis lama aku. Paparan tingkat dia adalah tingkat X sebab dia tak dapat kesan tingkat mana dia pergi kot. Bangunan yang lif ini lekat ialah setinggi enam tingkat campur basment dengan G untuk Tingkat bawah. Kalau nak naik lif waktu sibuk jawabnya penatlah menunggu sebab orang dari tingkat satu pun turun ke bawah guna lif.
Begitu juga orang tingkat B yang nak ke G, walhal ada tangga tersembunyi kat belakang tu. Tingkat XX, ke mana agaknya dia pergi ya? Misteri je bunyinya.

X menanda tempat.



2.


Aku praktikal kat sini dulu dan sama la dgn kawan aku. Walaupun begitu kawan aku suka usik aku akan kerja situ (walhal dia pun sama praktikal kat situ). Pergi KL mesti kena lalu depan bangunan dia yang duk sebelah Lebuh Raya Persekutuan tu pastu kawanaku akan tunjuk bangunan itu sambil kata, "Tempat Kerja Kau!". Setahun berlalu dan aku pun dapat kerja di situ, hari ni dah dua tahun lebih aku berkhidmat dgnnya.

Huruf r, t dan m ni dicorakkan di atas pasir kat Pangkor dulu. Masa tu tak sampai 6 bulan lagi aku kerja dan itu adalah kali pertama dan terakhir dapat keluar bekerja dengan kawan-kawan sepejabat. SYMP, mari jalankan tugas.



3.


Kasut ni aku beli kat Nose setahun lepas. Aku suka sebab dia funky tapi simple.Kasut ni pernah jadi gambar penghias blog aku yang lagi satu dan juga avatar forum ku. Pakai dan jalan-jalan dalamnya lebih dari 8 jam tak sesuai sebab ia keras dan sakitlah kaki. Aku dah tak pakai sebab kasut ini dah tercabut dari tumitnya. Maka, kenalah betulkan.



4.


Kesukaan aku terhadap Old Town White Coffee bermula masa aku lepak Kluang hujung bulan Mac dulu untuk menunggu ketibaan kawan2ku. Masa tu ada lagi setengah jam dorang nak tiba dan aku lapar la juga. Maka aku pun ngoder kopi hazel dan sandwic tuna dari menu dia. Dan tak sangka harga dia murah je, tahap McDonald je pun dan bukan semahal kedai kopi yang diimport dari Barat.

Di Jalan Klang Lama ada satu Kedai Old Town yang dulu parking dia percuma je so rajin la pergi. Tapi sekarang dah kena bayar jadi sebagai tanda protes aku dah jarang lepak situ. Di kedai itu juga aku pernah ternampak Mawi dan gelprennya, nama dia Ikin kot. Masa kami baru tiba kedai nampak mereka berdua je, tapi masa aku and partner nak blah nampak mereka dan keluarga mereka tanpa Mawi. Kami ke kereta kami dan nampak Mawi dengan kawan dia tgh sembunyi dalam kereta untuk menyalakan kek birthday, nak buat sambutan tergempar la tu.



5.


Ni semua adalah aksesori gayut2 handphone dan kicin aku.
Atas sekali adalah gajah biru bertelinga hijau yang housemate aku beli kat Thai,
bawahnya ialah beruang kaki besar yg aku beli kat satu kedai fast food kat Subang, bege king ke AnW tah, seterusnya makhluk asing warna hijau muda yang dibeli dari Baling dgn rege RM2 dan bawah sekali ialah setan merah mata butang dari KL . Tak ingat la pula.

Pin kat dinding sebab dah tak mampu nak lekat kat hp.



6.


Ni adalah selipar berhias mangga dan kunci pada kakiku. Selipar ni dah uzur dan tanggal perhiasan pada selipar bahagian kanan. Masa beli selipar ni aku nak beli sandal sebenarnya tapi dah ternampak selipar ni maka beli la juga. Pertama kali aku nampaknya aku fikir inilah selipar idamanku. Ia memang memiliki ciri-ciri aku. Ada sedikit ragu juga nak beli tapi aku tau aku mesti terbayang-bayang selipar tu... Makanya aku pun beli.



7.


Ais Kacang, Ais Ais Kacang, Bila panas dan rasa dahaga,
Singgah di gerai Ais Kacang diminta,
Susu dan jagung kacang dan lengkong, Air gula berwarna
Campur semua enak rasanya, Kegemaran kita bersama

Ni ais kacang dan lagu 'ais kacang' yang wajib dipelajari di sekolah rendah dalam mata pelajaran muzik. Aku sampai sekarang tak fanatik terhadap ais batu campur atau nama glamernya ABC. Dulu kalau pergi bandar JB mesti ayah aku bawa kami adik-beradik makan ais kacang dengan air gas (aku suka minum Mirinda Oren). Sekarang kalau pergi pasar malam pun kakak aku mesti beli ABC. Aku suka makan ais kacang kalau ada ais krim dan milo. Masa melepak kat Seksyen 2 Shah Alam ada la ABC Milo yang dijual dgn harga RM2 sahaja sekitar tahun 2000 ke 2003. Aku hanya makan ABC kalau ada orang makan sekali. Tapi kadang2 makan orang lain punya lagi best sebab kuantiti sikit dan tak la sejuk beku lidah nak kena habiskan ABC itu.



8.


Ini ialah catatan ahli mesyuarat yang mungkin boring sebab mesyuarat lama.
Lama+Lapar=siksa.
Tulisan dia dengan corak2 yang dilukis meningatkan aku pada tulisan fancy yang kita suka buat masa sekolah dulu. Berbalik pada cerita mesyuarat tadi, aku pernah berperanan sebagai pengambil minit mesyuarat. Selepas habis meyuarat kenalah kemaskan bilik sebelum balik; buang sampah, susun kerusi, kemas cawan dan buang kertas yang terbiar. Dan kertas ni salah satu daripada tinggalan ahli mesyuarat. Masa ni mesyuarat petang aku rasa, selalunya bermula 2.30 petang dan habis pukul 5.30petang.

Aku dengan ikhlas mengatakan bahawa aku tak merindui saat-saat mencatat minit. Tapi kalau dah tugas maka kita kenalah jalankan sebaik mungkin.



9.



Ni digital kamera pertama saya. Saya beli dia dengan harga RM700 kat pesta kamera tahun 2005 dulu. Ia kamera yang masih menggunakan bateri double AA dan bila bateri dah lemah boleh beli kat kedai aje. Memori kad yang asal 16MB dan masa beli tu dapat kad memori 256MB free. Kamera ni dah jejak seluruh Malaysia, dari Kelantan ke Johor, Sabah dan Sarawak. Gi oversea tu tak lagi kot. Kamera ni lagi hebat travel dari tuannya. Di usia begini dia dah tak berapa aktif lagi, tapi berguna juga bila kawan saya gi cover news dan kamera kompeni habis kena book. I lup my kamera so much dan setelah nak 3.75 tahun berkhidmat ia memang berbaloi setiap sen harganya.



10.


... monitor kat kedai editing di Selayang. Aku dan teammate pegi tempat editing tu dua kali baru siap video kami, Trivia Warisan. Pertama kali pergi dengan AN, YN dan PY. Buka puasa kat situ dan buat kerja sampai lewat malam. Dah malam tu naiklah ke pagi dan bila pasti kerja tak siap so kami bersahur dan pulang ke KL. Hari keduanya naik kereta kawan AL pula, Py dan tambah Sm. Kali ni kerja siap awal dan balik malam tu juga. Rindu zaman muda remaja dulu.

tagged

Achik tag aku. So ini jawapan dia.


1. Anda rasa anda hot?
"I am not hot but I am spicy." whose line is it anyway.
Everybody's hot.


2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Kenapa anda suka gambar ini?
Ikhlasnya, sebab aku dress OTT untuk ke office.


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Awal bulan hari tu. Aku gilakan pizza jadi mesti makan setiap beberapa minggu sekali.


5. Lagu terakhir yang anda dengar.
Lagu kumpulan Hujan 'Dugaannya'.


6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Buat artikel... nak mengasah bakat menulis.


7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
Rara


8. Tag lagi 5 orang (tak bleh tag orang yang sama tau)
Aku tag ida, ely azyze, ninie, lily dan encik salleh fauzi.


9. Siapa orang nombor 1?
partner membayar bil dan bestie

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
dengan aku, iaitu kawan semasa sekolah dulu dan dengan Qisha Hani (anak baru dia)

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Hello encik berada di mana sekarang?

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Rakan sekolah dan blogger ibu beranak satu

13. Siapakah orang nombor 2?
orang KL versi penangite.

jawab ye encik-encik yang ditag.

lost in surfing

Aku bosan duk rumah jadi aku terbang ke sini. Rasa macam baru hari tu je aku duk rilek2, makan, tidur, shopping, menyambut seruan alam kat sini... oh, bandar shah alam i lap u but at times i can't stand u. Kalau berangan nak shopping baju pukul 9.00 malam baik pergi jahit sendiri la sebab kedai mesti dah ready nak tutup kecuali uptown kat seksyen 24 tu. Anyway dalam bas tadi (baby blue aku tersadai lagi kat parking le gamaknya) aku meponder kata2 azyze dalam posting lepasnya. Aku maleh nak link kan posting minah tu, ala google kan ada. Aku google kejap.


ni ha dia, cari posting bertajuk Bicara Bahasa - 3 Februari, 2006

Aku terfikir perlukah aku translate blog aku dalam bahasa Inggeris? Aku perasan dalam feedjit aku dari tah mana2 orang datang sini (maybe guna link next blog atau pihak artificial intelligence/vairus mana layar sini kot), so kalau aku menulis dalam bahasa inggeris itu sekurang2nya dorang akan faham la gak apa aku menceceh sini. Hmm, maybe ok gak kalau aku translate posting aku ni... (tapi cam nampak poyos plak sebab konon satu dunia la baca) . Tapi what the heck, blog aku sukerr ati aku la kan. Hmm, pondering dan terus memponder. Rancangan aku ialah teruskan menceceh dalam bm/bi tapi translate juga la. Kadang2 cam azyze ada hari rasa nak tulis dalam english dan ada masa nak bermelayuan dalam blog.

Kadang2 gue klik pautan next blog itu dan terjumpa blog2 dalam bahasa yang tak faham. Kalau ada gambar boleh gak nak tengok tapi teksnya, lost in surfing la. Cemana pendapat saudara?




cerita lain lak ni: Kalaulah dalam dunia ni bisa mengyoutube video yang ala macam scene kawan aku balas balik marahan boss dia dalam bahasa inggeris kan best. Best sebab boss dia duk menceceh dalam inggeris and kata maybe dia tak berapa faham sebab boss dia cakap konon laju dan kompleks la. Ahahha pe lagi keluar la ammo tahap senapang SSG. Sekarang dah ngam dgn bos, tahap "I don't want to lose you as my staff wo"

Make Love Not War! But In Love there can also be war. Sayangkan bini/suami/anak/bf/gf/anak orang yang nakal2 tu, tangan-tangankan.


Tapi yang pasti di sini scene candid kawan aku yang lagi satu tengah tidur dalam rumah berbata putih takde konkrit dah lupus kot sebab rakam dalam VHS tape aje, 80 persen aku yakin dah expired. Tapi scene dia tersipu2 malu dalam pusingan rancangan menyanyi dulu dah masuk dalam bentuk digital cuma tah bila nak diDVD kan. PC tengah k.o dik.

Belated greetings kepada kawan2 yang menyambut Hari Natal. Aku nggak menyambut hari perayaan ni, tapi join sekaki bercuti dan berpoya2. Ni ada cuti Awal Muharram dan New Year lagi, berpusu2 orang balik kampung laman. Malam ni aku balik Jay Bee untuk bersama family. Keyla, HAPPY HOLIDAY@SELAMAT BERCUTI

bengang betul aku.

Masjid baru terletak sebelah port 'pak gard' (gelaran manja je) beruniform biru. Oleh sebab itu, padan muka aku kena tegur dengan sorang gard masa tengah snap2 lagi gambar masjid. Kata pakcik ni "Adik ni kalau staff sini pun janganlah snap gambar nampak2 sangat, ini kan kawasan larangan. Takut nanti ada yang mengadu. Kalau nak ambil gambar dari jauh takpe". Nasib baik tak de orang menyaksikannya tadi sebab aku malu gila.

Sebenarnya aku agak lupa yang sini bukan boleh suker2 je ambil gambar. Bawak kamera @ sebarang alat merakam personal pun kena ada kebenaran (sepatutnya) ini lagikan pula nak snap2 gambar di sini. Tapi gambar masjid yang dalam posting sebelum ni aku nak letak juga. Kalau tak nak orang nampak selubung je dalam kain je tunggu nak siap. Jahat tak ayat?

Kenapa aku bengang sangat ek? Sebab utama ialah orang yang tegur tu memang aku tak suker dari zaman praktikal kat sini. Apa cerita sebenar aku dah lupa cuma part emo je gues ingat.
Katanya ketika itu dengan penuh gah "NAMPAK TAK NOMBOR NI SAYA PUN ADA KUASA TAU!" sambil tunjuk no kakitangan 'pak guard' dia yang besar tu kepada kawan aku. Nak berlagak pun dengan student praktikal, come on la pakcik tak jantan langsung.

Kang kalau bengang dah habis aku padam la posting emo ini. Pakcik tu pun tah ingat tah tak episod dia berlagak dulu tu. Aku pakai baju merah dan aku marah. Menci!

masjid baru ofis aku

INI ialah masjid baru di rtm. Rumah Allah ni dijangka siap awal 2009 dan letaknya bertul-betul2 berdekatan pintu masuk RTM.

Australia's stolen generation

Hari ni punya The Star ada artikel A ke Z pasal filem Australia arahan Mark Anthony "Baz" Luhrmann. Huruf S ialah untuk Stolen Generation mengenai anak-anak kecil Australia yang dirembat dari keluarga mereka antara 1869 hingga ke 1970s untuk diasimilasi dalam budaya dan kehidupan orang kulit putih yang dianggap lebih maju dan postitif (Demi masa depan yang cerah katanya). Oh dan ya huruf J dan K semestinya istimewa untuk Mr Jackman dan Ms Kidman, selain U untuk Mr Urban yang ada menyanyikan lagu.

Pasal stolen generation ni boleh juga baca di wikipedia Stolen Generation dalam wikipedia dan juga pasal permohonan maaf kerajaan australia dari orang pribumi australia berkenaan hal ini.

Prelude
Ni adalah efek dari kena ajak kawan tengok Australia. Beliau mahu menonton dahi Kidman yang dikatakan tidak berkerut kerana dah dilemahkan Botox. Cerita ini mesti libatkan banyak emosi jadi kitaorang nak tengok tahap kekerutan muka mrs urban itu. Bercakap mengenai Nicole Kidman aku pelik mana pergi DVD The Others yang aku beli dulu tu... ada tak sesapa ada DVD The Others yang bolh i pinjam sebab cari kat kedai dah takde stok (of course la kedai DVD yang itu, bukan Speedy tau)

ugly cakes

I was searching for this

when I found this.

It's a bound foot cake. Does it look like the real thing? i think not as the cake is uglier and the toenails are creeping me out. icks and yucks. Would you want to taste it?

I was googling for pictures of bound feet when I found this site http://cakewrecks.blogspot.com/.
It comments on all kinds of wrecked cake designs. According to the author,
"A Cake Wreck is any cake that is unintentionally sad, silly, creepy, inappropriate - you name it. A Wreck is not necessarily a poorly-made cake; it's simply one I find funny, for any of a number of reasons. Anyone who has ever smeared frosting on a baked good has made a Wreck at one time or another, so I'm not here to vilify decorators: Cake Wrecks is just about finding the funny in unexpected, sugar-filled places."

I am checking it out.


pada setahun yang lalu aku beli massager ini (Ogawa S-300 Hand-held Massager) tapai pakai dalam 10 kali aje sebab penat tangan nak pegang urut badan. Sesape nak beli aku nak jual dengan rege RM100, iaitu give or take, eh take it or leave it. Preferably orang tu duk area KL so aku boleh deliver dengan senangnya.

Pape mesej me kat ezrara@yahoo.com. Tata.

kucing

aku jumpa kucing mati masa tengah tunggu taxi hari ni. Kucing ni takde bekas pendarahan dan ia cuma dihurung lalat, maybe mati semalam atau pagi ni. COD aku saspek kena langgar kenderaan sebab terbaring betul-betul tepi jalan. Tapi tak sure mati terus atau later-later.

Aku sangat suka kucing tapi dah jarang bermesra dengan mereka ini. Sebabnya selalu aku pakai baju nak beroffice/bersosial so kalau lekat bulu kucing parah nak bersihkan.
1. Click - starring Adam Sandler & Kate Beckinsale
Out of the purple, Linger by The Cranberries made a comeback into my head. If only I could claim this song as 'our lup song' with my bf, waahhahha so romantic maa...




2. 10 Things I Hate About You - Joseph Gordon-Levitt (Cameron) & Larisa Oleynik (Bianca), Heath Ledger (Patrick) & Julia Stiles (Kat)

I absolutely adore this movie since I first saw it. The dialogue is sharp + witty and the cast is hebat. Ni aje klip yang aku jumpa setakat ni dalam youtube ahhahaha.

further linky
1. skrip 10 THINGS (tapi lain daripada movie)
2. 10 Things in imdb.com, trivia and quotes.

why i am crazy about icanhascheezburger.com : PART 1

MYSTERY
Humorous Pictures


CUTE
funny pictures of cats with captions


SKEPTIC
skeptical-cat-is-fraught-with-skepticism.jpg


BUNWAY
bunwaylanding.jpg


COLOURS
funny pictures of cats with captions

blues lagi...

hari ni blues versi lain pulak. apa lagi dengar lagu tema blues aku,lagu blues..

apa sebab blues cik n?adela citernya. sekarang ni rasa cam nak crawl back into my mumma's womb and stay there forever or wish I can depart to some isolated island and cry me a sea, pastu balik sini balik la sebab ada banyak kerja kat office kan. Memang sesi nak mewallow in self pity tapi nanti macam Paloma of Australia's Next Top Model. So benign budak tu, sikit-sikit nak nangis. ahahha, aku pun lebih kurang je ada masanya.

adegan seminit di depan gsc midvalley

DI TEMPAT Q KAUNTER TIKET GSC MidV, MASA AWAL BULAN HARI TU. SAMBIL TENGOK2 SKRIN WAKTU TAYANGAN FILEM.

AKU: Nak tengok cite apa ni? Antoo Fighter?
OOMM: Ko nak bunuh aku ke?
AKU: Macam mana ko membunuh aku masa tengok Qabil Khushry Qabil Igam dulu boleh je.
TENGOK2 LAGI SKRIN DAN BERFIKIR)
AKU LAGI:Twilight?
OOMM: Ok.


TAK NAK TENGOK CITER MALAY YE, HEHHE DALAM MASA DUA MINGGU AKU DAH MENONTON TIGA CERITA BERBAHASA MELAYU DENGAN JITUNYA. WALAU TAK BEST MANA PUN BERTEMANKAN JEJAKA PENYOKONG KARYA LOKAL AKU MENJELMA DALAM PANGGUNG WAYANG GAMBAR UNTUK SAMA-SAMA MENYUMBANG KE ARAH KUTIPAN JUTA-JUTA MUVI MESIA.

AKAN DATANG : KOMEN AKU PASAL LOS & FAUN, CICAKMAN2 DAN ANTOO FIGHGTER.

biru mata coklatku

I am so darn blue pagi ni dan ditambah plak sakit perut bulan purnama. So bukak2 pc je terus dengar Don't it Make My Brown Eyes Blue dendangan Crystal Gayle. Sangat sesuai!

Don't know when I've been so blue
Don't know what's come over you
You've found someone new
And don't it make my brown eyes blue

I'll be fine when you're gone
I'll just cry all night long
Say it isn't true
And don't it make my brown eyes blue

Tell me no secrets, tell me some lies
Give me no reasons, give me alibis
Tell me you love me and don't make me cry
Say anything but don't say goodbye

I didn't mean to treat you bad
Didn't know just what I had
But, honey, now I do
And don't it make my brown eyes
Don't it make my brown eyes
Don't it make my brown eyes blue

Don't it make my brown eyes
Don't it make my brown eyes
Don't it make my brown eyes blue

Don't it make my brown eyes
Don't it make my brown eyes
Don't it make my brown eyes blue

SWEET!

Pasal blog

ngantuk siot... takpe gagahkan. esok ada satu pagi nak tidur (cuti lagi). Hari ni aku nak tiru posting che det yang stail guna point tu sebab sangat sesuai untuk buat posting rojak.

1. Kenapa payah2 nak letak chap kat gambar-gambar di sini.
Awal tahun haritu gambar kawan aku telah digunakan sebagai gambar iringan dalam satu artikel di sebuah laman web ni. Artikel tu pasal adakah gadis sekarang suka pakai baju ketat untuk tayang dada saiz besar. Mungkin sebagai perbandingan penulis meletakkan satu gambar pakai baju kurung dan satu lagi pakai baju fit. Bukan gambar kawan aku ni je yang diguna ada satu lagi gambar gadis yang tah siapa identitinya. Lepas aku dapat repot pasal ni aku terus beritau dia. Kawan aku kata gambar itu dirembat dari myspace dia dan dalam marah dan segan dia sempat melawak nak minta payment dari orang yang guna gambar dia. Sebab itulah aku sibuk mengecap gambar aku kat blog ni. Aku tak cukup taksub nak cap semua macam di laman blog former senior aku ni, di mana semua gambar anaknya di cop dengan jitu. Walaupun tak mungkin akan ada yang rembat tapi dia tetap mengecap untuk tujuan hak dia. Aku cap sebab nak bagitau pic itu datang dari mana. At least ada la yang boleh bagitau aku kalau gambar aku di salah guna ke apa.



2. Lemmadi Blog

Lemadi Satu. Blog ialah untuk 'suka hati akulah nak cakap pasal apa pun', tapi kena self censor kan. Aku ada plan gak nak tulis pasal ekonomi ke, sosial ke, sains ke apa tapi sebab benda tu kena dabel cek fakta maka aku tak sempat nak buat lagi. Melainkan kalau gosip lisan, yang tu memang hentam je la.

Lemadi kedua ialah kenapa aku buat blog? Mula-mula memang nak join sekaki kawan yang sama-sama blogging sebab ia satu cara nak tahu apa dorang kata, especially kawan yang dah lama tak bersosial sama tu. Tapi sekarang bila dah pandai pasang counter jadi risau pula kenapa tak ada orang nak baca blog aku. Hahha, dilema ni sangat vain. Aku patut kembali ke objektif asal, nak bersuka ria je dalam blog. Pertama dan terakhir tujuannya untuk aku.

Lemadi Tiga, kadang-kadang malas nak update. Tapi kalau dah update macam tak cukup satu page untuk tulis. Kalau aku malas aku guna je post options dan posting akan terbit pada hari yang aku malas nak update. Kalau nak update hari2 pun kadang2 jadi tak tau yang mana nak dikeluarkan. Lemadi apa ni. Pandai buat blog pandai la update. Kadang2 rasa macam bebel banyak kat sini macam dalam diari pulak, yang versi disunting.

Ey, banyaknya dilema. Dilema berudu je.


ps: tangkap sebelum ia terlepas
Pada suatu petang di subang aku ternampak matahari nak terbenam yang indah. Aku capai camera phone nak rakam tapi dalam dua tiga minit je matahari disembunyi awan.

lepas-lepas dari tu setiap kali aku tengok pic ni aku dok ingat peluang2 yang aku terlepas sebab terhegeh2 nak rebut. ruginya. tapi ada masa boleh cuba lagi. selagi ada usaha dan doa InsyaAllah boleh.

mati lagi satu

SELAMAT HARI RAYA HAJI semua! Semoga keberkatan raya qurban ni kita dapat rasai bersama.

beberapa hari lalu hamster aku telah menyahut panggilan Illahi. Hamster jantan ni la yang last mati daripada tiga ekor yang aku beli tahun lepas. Masa aku nak pergi buang bodynya ia sedang dimakan oleh nimfa lalat yang gemuk-gemuk. Nasib baik aku rabun so aku taklah nampak secara detail. Aku masukkan ia ke dalam plastik dan hantar ke tempat sampah dalam geli-geli nak pegang tu... bai bai my hammee.

Detik kematiannya mungkin berlaku Khamis malam atau Jumaat petang. notifikasi kematian aku dapat petang Jumaat dari kawan aku thru mesej. Aku kata nanti aku je le buang sebab aku dan kawan aku dua-dua penggeli, tapi aku ada mata rabun so lebih baik aku buang.

Lepas ni lama lagi la aku nak bela hamster. Kepada korang yang berangan nak bela haiwan tu takyah la bela kalau takde masa nak jaga. Sementara itu siapa nak cage hamster yang dah mati. Aku cuci la dulu before pas pada korang. Kalau nak, roger aku di sini. Cage besi yang kecik tu je. Kalau nak beritau sini k.

ahaha nak raya

aku memblog dari tempat hibernasi lama aku iaitu cc seksyen 2 shah alam. banyak betul perubahan bila dah sezaman tak jejak sini. em, lusa nak raya dah jadi esok aku balik jb. Nasib baik beli tiket vas awal so boleh pilih tempat tingkat 1 dan bukan tingkat 2 yang depan sekali macam hari tu. Owh tidak, makcik kepanasan tau. aku sangat stone ni sebab semalam borak kedai kopi lama betul, pagi ni plak aku bangun awal semata-mata kerana hari gembira. sementara biji mata aku ni gagah lagi aku bagi Q ke Z ni tanpa tangguh-tangguh lagi.

Q ke Z
Q untuk Quantum of Solace
Cerita james bond paling simple. Dia mencari kesolacean dan ganas apabila menyerang+membunuh semua orang jahat yang serang dia. Bond ni tak suave, serius je manjang dan hampenye takde gajet sangat. Dari 5 aku bagi 3 bintang aje. Boipren aku boleh lak tidur dalam panggung tengok Bond serius. Tak faham aku, dah kejut ratus puluh kali pun boleh lelap balik. Tidur bangun, tidur bangun last last habis. Last-last dia tak tau sama ada camille tu bersenggama tak dengan James Bond. Mestila tak cuma ada ciuman lepas geram je kan.

R untuk Robot
Aku seram memikirkan kalau ED2000 dari Robocop tu wujud dan beroperasi dengan jayanya di realiti. Walaupun jari kaki dia ada tiga je dan tak reti turun tangga tapi tembak orang dengan hujan peluru hujan. Kalau Decepticons wujud pun psikotik juga sebab dia sangat besar dan pijak kita je confirm jadi arwah atau patah riuk. Kalau Azyze teringin nak jumpa hantu barat (vampire je ek), dan cik OOMM paranoid dengan hantu, aku pula tak teringin dan paranoid dengan benda besi yang besar dan punya kebolehan cerdik tiruan. Oh no! aku akan pengsan kat situ juga.

S untuk Seringgit
Ada kepada suatu malam hari
Di depan tangga rumahku duduknya seorang lelaki
Berbaju butterfly dan identitinya misteri
Kami semua apalagi sibuklah memerhati

Berapa lama dia akan duduk di sana kami bertanya
Entahlah tak siapa yang berani nak menyapa
Di celah jarinya terkepit seperti rokok yang dinayalakan
Resahlah juga sebab ayah keluar bekerja dan kami tak de idea nak buat apa
Hanya melihat dia merokok di bawah suluhan lampu jalan raya

Menjelang esok lelaki misteri hilang tah ke mana
Kami pun terus CSI kan lokasi dengan segera
Di atas tangga ada rokok-rokoknya
Wahahha orang kaya smoking singgit tapi last-last kena buang sebab tak menyala-nyala

T untuk

Baca ni >>> OBSES dan bawah ini pula.

Judul buku dalam turutan ialah Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn. Aku nak terjemah gak, Senja, Purnama Baru, Gerhana dan Fajar Menyinsing. Siapa ada jumpa fanfic dia?

Buku ini sangat berangan. Okla aku memang ala-ala Bella je dulu, huhu kalau jumpa jejaka comel yang diminati je tau pastilah akan Swoon dan intoxicated. Akan tetapi deskripsi hensem di sini sangat overdose bak kata Robert Pattinson (membawakan watak Edward Cullen dalam filem Twilight, "Saya berhenti baca novel itu apabila Bella kata Walaupun dalam hujan Edward nampak hensem macam underwear model."

Aku baca novel itu sampai habis tau, tapi tu je la yang sampai habis yang lain tu tak lagi termasuklah Devil Wears Prada dari kedai uncle CM.

U untuk Underwear
Ada orang kata innerwear aku kaler macam orang2 tua punya. Ni teguran masa tengah melipat baju ye. Ada sekali tu beliau kata aku beli underwear lelaki ke sebab warna kelabu macam sweat shirt. Tapi mestilah bukan, kaler aje macam jejaks tapi pompuan punya tau. Disebabkan oleh teguran itu maka aku pun membuat conscious effort untuk membeli ala-ala mengikut skema kaler pelangi. Sekarang dah meriah dah tapi tak dapat celen certain-certain orang punye warnanya so garang2 macam tuannya.

V untuk Van
Pada suatu masa kenderaan idaman aku ialah van dan vas (bas). Semasa aku darjah tiga dulu aku, akak, adik dan mak ikut family mak melawat siblings dorang kat Perak. Salah satu tempat persinggahan ialah LUMUT sebab satu makcik kawin dgn navy. Pergi rombongan tu naik van dengan arwah nenek tiri aku, anak-anaknya dan cucu sekalian yang 12 orang semuanya. Van yang aku naiki itu van spesis hebat iaitu pakcik aku borrow dari bos dia (bos dia pun ada bot yang kitaorang pernah sample sekali). Naik van yang padat sambil mendengar lagu 'Mendung tak bererti hujan' ulang-ulang pagi, petang, siang, malam sangat memori.
Vas pula pernah jadi idaman sebab aku berangan nak travel ramai-ramai dengan family dan tersayang ke tempat yang idyllic. Maklumla aku tak pernah nampak motorhome kat malaysia dulu jadi vas la alternatifnya. boleh ubahsuai dan isi ramai orang.

W untuk wonder woman wook
Orang offis aku duk gelakkan wanita umur seabad itu sebab kawin dengan jejakas 30s tu. Baikla dia kawin sebab orang pun dah mengata. At the end of the day dia juga yang untung sebab ada orang jaga dia. Aku pernah terbaca ceritanya 3 tahun masa dia baru nikah tapi agaknya orang tak berapa perasan masa tu. Tup tup ni dah 3 tahun kawin. Malahan usianya lebih lama lagi dari usia perkahwinan sesetengah orang muda. Ada jodoh jadi, tahan lama ALHAMDULILLAH.

X untuk X-Men
X-MEN! Aku suka pada watak Gambit, khususnya konflik dia dengan Rogue. Nak cium-cium lebih tak boleh sebab nanti Rogue sedut kuasa dia dan mengkomakan Gambit. Tapi Gambit rilek je curi-curi cium. Sangat sexual harassment, but I loike.

Y untuk Yey
Yey ialah ekspresi gembira! Aku gembira hari ini sebab dah melangkah ke dunia idaman aku. Ok ok, ia macam sambungan kepada cerita yang tak habis hari tu but what the heck second chances are great too! Ya, nak tau pe kisah ni? Yiiha, rahasia tau. Kalau tau tak pe, kalau tak tau macam mana?. Aku rasa cam nak lempang je orang yang suka guna tau takpe. Macam kita bersalah pula kalau tak tau. WTH/F.

Z untuk Zoo
Aku pernah jejak zoo empat kali aje. Sekali kat zoo Johor masa pertandingan melukis tadika2 dulu (aku dapat sagu hati set kaler pensil Staedtler), zoo taiping sebab jalan-jalan kat rumah sedara aku, dan zoo negara pula baru dua kali. Aku nak pergi lagi sebab aku takde gambar sendiri di sana. Gambar dengan cipan besar!

Okla dearest, aklau takde posting lagi aku nak ambil kesempatan ni ucap Selamat Hari Raya Haji!
(To Azyze: sesi perahan otak tul nak abiskan nie)(To Azyze:sangat perah otak siut nak buat benda nie)

Hasil menGOOGLEe

Aku jumpa ni. Korang ubah nama hujung tu dengan apa-apa website/blog yang korang nak cek. Klik sini sitedossier.com/site/mizzyn.blogspot.com

Takziah kepada keluarga Encik Shafie Ahmad

Pagi ni aku dapat sms dari an (classmate lama) yang lecturer masscomm uitm Encik Shafie Ahmad meninggal kat New Zealand (katanya akibat accident) masa tengah escort rombongan student di sana. Aku tak berapa kenal Allahyarham sebab dia tak pernah ajar aku tapi dia Timbalan Dekan so cam la. Aku try google pasal dia, tapi mungkin sebab beritanya pagi tadi jadi tak ada laporan lagi. Yang ada ni je. Klik ler ye.

Aku sedih sebab mikirkan kita boleh k.o bila-bila masa je. Yela, aku bukan the best of muslimah, daughter to my mum and dad, sister to my siblings, limbs to the government and friend to my pals. Sometime I sux too. If I die will people remember me? If you die I will remember you. Harap-harap adalah orang sedekah Yassin kat aku lepas aku meninggal nanti. Maybe aku patut start sedekah banyak2 kat arwah nenek-nenek dan datuk-datuk aku, sebab what comes around goes aroundkan. :-)

wakakaka

Bos aku gi meeting kot pagi ni, dengan beg dan bekas handpon fancy dia, dengan buku diary korporat dan ekspresi wajah bizi beliau. Lepas tu officemate aku beransur-ansur keluar. Ketika ini aku sahaja yang berada di office. Ajaibnya, selalu aku yang hilang. Oh, officemate aku ada sorang baru balik dari lavatory. Hmmm, jaga ofis.

Kepala aku rasa cam nak pecah sebab aku drowsy dan benda yang aku menggedik nak beli semalam tak tercapai, esok kot baru beli

kasut baru


I am wearing my new shoes, it's black with red heels and the tak tahanness factor is the ribbon with the red bow. My friend said it looked so girlish, so berangan I say. It's on sale so my pocket wasn't crying when I bought them. Now it shares the space under my office desk with my other shoes which can be seen in the backgorund.

From left is my brown peep toes, my plastic yellow peep toes(they cost only RM20, cheaper than other shops which sold them at twice that price), silver vincci peep toes and my putus talinya red strappy shoes. I love peep toes because they are comfy and reminded me of the shoes my mum used to wear in the 80s to 90s.

My next buy will be a pair of flat shoes for work and a pair of snazzy boots. Boots are made for walking but certainly not in Malaysian weather where yer foot will cry and sob as they heat up.

My wish for all shoe shops in the world is that they stock shoes in large sizes. But if they don't we still have Vincci and Voir to run to.

Gambar Aneka Episod 1

Rupanya macam ketua pengawas sekolah aku masa aku form one dulu, sagat berkarisma. Ni actuallynya ofismate aku. Cuba teka siapa?


Ni ialah kakak aku dan aku. Orang kata tak serupa, aku rasa sama je cuma part tona kulit tu aku menjurus ke arah tan la kerna hasil sun bathing bertahun lamanya.


Ini wallpaper handphone aku ada satu kala tu. Kadang-kadang rasa cam pelik tengok muka sendiri dalam phone tersengih. Rasa eerie bila tengok aku tersengih perasan dalam keadaan kaku.


Ni ialah hobi aku sekarang ni iaitu mempapparazzi subjek-subjek menarik di keliling aku. Kadang-kadang rasa macam jahat menampal muka orang dalam ni sebab orang tu tak tau yang imej dia ada di cyberspace. Untuk mengelakkan rasa bersalah aku kotak orenkan muka diaorang ni semua. Gambar ni sebenarnya gambar orang tengah flirting-flirting gitu.


Aku kagum sebab lif old school ni takde butang tutup. Ada butang 'buka' sahaja. SO SIMPLE AND BRILLIANT. Lif zaman sekarang ni ada butang tutup maybe kerna orang sekarang nak cepat so kena tutup pintu dengan segeranya. Tapi lif bodo cam kat apartment aku tu kalau takde butang tutup pun takpe sebab dahlah tak de sensor pas tu pintu tutup cepat aje. Kadangkala tersepit la mangsa-mangsa penghuni apartmente kat pintu dan sakitlah bahu kena kepit pintu lif.


Teka-teki.
1. SOALAN: Ada seekor gajah yang tengah duduk mengadap pisang, kenapa gajah tu tak makan pisang itu? SEBAB: Pisang itu pisang olok
2. SOALAN: Ada Gajah dan ada pisang betul, kenapa Gajah tak makan pisang? SEBAB: Pisang dalam tv so Gajah tak boleh makan
3. SOALAN: Gajah dalam tv dan pisang pun dalam tv, tapi kenapa Gajah tak makan pisang? SEBAB: Gajah kat TV1, Pisang kat TV2

I LOVE YOU!

I spread a little love this morning through the sms. My mum replied my message first. GOD, I LOVE MY MUM! She's the best and she loves me unconditionally! I feel all tingly and warm inside and I think my ngantukness have subsided. Me in ngantuk mode is sometimes good as it prompted me to do lots of things I usually hold back doing.

Ngantuk-ngantuk go away, please come later later today. It's Monday and I am so ngantuk. Drowsiness disorients damsels. Revving up my engine, got to move it, move it. I am so damn ngantuk like cheese cake.

And I have always wanted to say this (or blog it) out loud.
BITCHES OF THE WORLD, SPICE UP YOUR LIFE.
aaa...

Hari ni aku.... derema dedara

Hari ni konon-kononnya aku nak menderma darah. Tapi kan tak cukup syarat so aku buat aktiviti lain iaitu meneman orang derma darah.

Kiri ni orang yang menderma itu.











Bawah ni plak efek ganas 18 nurse mencucuk penderma dan hasil mencucuknya pula di bawah sana. Warnanya merah dan penuh dengan zat besi.



























Aku tak cukup zat besi dan darah aku terapung dalam cecair biru tu. Sedeynya. Kerna itu aku tak leh menderma.



Marilah kita menderma dara(h) dan jangan menghisap dada(h)











Ni makanan yang diberikan kepada penderma berjaya, siap ada sijil lagi. Korang takkan nampak dengan jelas sebab gambar lagi lawa aku dah ter'delete'.

sambung lagi I ke P

I untuk Ibu
Ibu@Mak aku umurnya 54 tahun ini. Beliau sangat banyak membantu aku dalam kehidupan ini. Pengorbanan mak paling best sebab dia cekal membesarkan tiga orang anak yang bersekolah asrama pada suatu masa. Yang penat tu tang poket ibu la sebab dia nak bayar yuran masa awal tahun. Yuran sekolah aku je dah 600++ dan nasib baik la dapat BKP so dapat la diskaun 3 rat. Tu belum lagi nak duit belanja bulan-bulan la nak beli itu ini dan nak duit tambang balik JB jumpa la familia. Adik aku paling untung la sebab dia sekolah sejengkal je dari rumah aku so mak aku mengespend lebih kat dia. Hampir setiap weekend melawat dia lagi2 masa dia nak SPM tu (ko kena bersyukur tu gemok!). Aku dengan kakak kadangkala ibu@mak wakilkan ke sekolah adik kami. Time ekstra rajin tu kami pergi jalan kaki sebab perjalanannya dalam 20 minit jua.


J untuk Jovial Jonquil
Ni ialah nama dorm aku masa form five dulu. Nama ni ilham dari belek-belek kamus dan usaha suai padanan yang sesuai. Dorm aku nama rasmi dia Dorm J so kitaorang cari nama2 yang ada huruf J untuk jadi nama dorm suka-suka. Jovial maknanya gembira dan Jonquil tu menurut kamus ialah sejenis bunga kecik kaler kuning. Rumah sukan kami plak memang kuning so sangat cocok. Nama dorm paling seram kat sekolah aku ialah dorm pengawas iaitu Dorm H yang tagline dia Hierarchy Spirit. Makcik rasa cam duk kat organisasi junta je dengar nama hierarki ni. Wid wid (bunyi pelik sebab cam seram)... Nama lain yang pernah lekat kat dorm aku Junior Bats (Form 1), Jxxxx Jasmine dan Jannatul Naim. Aku duk teringat Juniper berry dengan jodphurs je kalau sebut pasal huruf J ni.


K untuk Kasut
Aku suka kasut kalau boleh nak beli pelbagai warna dan bentuk tapi bila bab nak beli mesti jadi berhati-hati plak. Last-last kasut aku banyak yang leper dari yang tinggi. Realistik la pilihan aku sbb aku duk office yang kerjanya asyik nak kena menapak ke sana sini so pakai flat baik untuk kaki. Kasut aku banyak asal dari Vincci. Taste aku lak pelik2 sikit dan selalunya aku dah set satu imej kasut dalam kapla otak dan bila nampak objek yang serupa dengannya aku beli jek. Dulu kecik2 dari darjah tiga dan ke atas sibuk membeli kasut tinggi untuk raya. Dahlah kasut aku mesti sama degan adik atau kakak aku sebab masing2 nak design tu jugak. So lantak ko lah, nasib baik aku duk jauh dari mereka (akak dgn gmox).


L untuk Lembaga
Dulu-dulu kan TNB nama dia Lembaga Letrik Negara (LLN) pastu dia cap LLN kat tiang letrik seluruh Malaysia. Masa kecik2 aku lak rajin baca majalah Variasari yang ada Siri Bercakap Dengan Jin tu. Dalam cerita tu mesti ada sebut pasal Lembaga dan deskripsyen lembaga gelap dan hitam dan berbulu dan besar dan tinggi. Jadi setiap kali aku tengok nama LLN tu aku terpandang nama penuhnya Lembaga maka karut-karutlah aku fikir. Kalau bapa aku dapat surat LHDN pun sama lah efek dia. Dahlah tiang letrik mesti ada semak sebelah dia, rumput2 panjang yang menyembunyikan misteri Lembaga.... Letrik Negara.


M untuk Malaysia
I love Malaysia walaupun I hate the politik people, cam banyak sangat bs dari yang logik. M juga untuk Melaka tempat aku mempelajari segala mak nenek untuk PMR dan SPM aku. Suatu hari my fren n me drive dari KL ke Melaka semata-mata nak pergi Jonker Street dan balik malam tu gax. Orang lain duk kata membazir dan tak logik. Pada aku sama je motifnya kalau nak gi kenduri kawan kat negeri sebelah yang 2 jam away, balik hari gak, keluar duit minyak n tol gak.


N untuk Nama N
Adik beradik aku semua nama mula dengan huruf N. Ia adalah ilham ikhlas daripada Allahyarham datuk maternal aku. Walaupun aku tak rapat dengan datuk tapi dapat gak la sesuatu darinya dengan nama ini. Terima kasih datuk Jaafar ku, semoga dikau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Nama kakak aku sangat disukai oleh satu sepupu mak aku jadi dia bagi nama anak kedua dia dengan nama variasi Nabihah. Nama adik yang sebenar sangat tipikal dalam Malaysia ni. Masa dia masuk UTM dulu dapat pula rummet ikut senarai nama so ada Nurul, Nur dan Nor dalam tu. Nama aku selalunya nama huruf N pertama dalam mana-mana senarai so senang nak cari, tapi ia datang selepas deretan semua Encik Muhammad dan Mohamad. Berapa riban orang nama mula Muhammad dan Mohamad, banyak ko.


O untuk OwMyGod
Aritu aku gi jalan dari Wisma Radio ke Wisma TV dengan berbaju kaler pepel yang pesen baby doll tu dan ada tali kat belakang boleh ikat reben. Pastu tengah jalan kat foyer Wisma Radio tu tetiba ada satu minah rambut dye kuning terhenti, tengok aku dan kata "Oh My God!" Aku pun berenti, tengok dia dan tertanya2. Dia kata "I ada baju sebiji macam ni, tak nak pakai pergi office la macam ni." Mukanya drama queen sungguh dan dia pun terus blah masuk Wisma Radio. "Stupidnya!" ujarku dan aku pon blah. Padan muka dia, aku bukan berpusat kat Wisma Radio pun so nak risau baju sama kenapa? Aku ada satu baju kaler merah beli kat blook, dahlah beli sama-sama dengan kawan aku. Orait je ehhehe. Sebenarnya ada banyak lagi yang sama dengan dia, taste sama dan sama-sama degil so beli je lah. Tapi kaler lain tau. Bila nak pakai kena buat spotcek dulu.


P untuk Petrina
Masa aku darjah satu kakak aku pula darjah empat. Dia ada kawan sekelas nama dia Petrina. Dia ni berambut sedikit perang, tinggi dan kurus je orangnya. Kaler kulit nya cam cerah gak la dan dia juga faveret student cikgu matematik aku, Mrs Tan. Kadangkala cikgu aku suruh kami gi panggil Petrina ni datang kelas kami nak jumpa. Bila Mrs Tan cakap dengan P mesti muka dia senyum ceria tapi bila dia ajar kami mesti garang glerr. Masa tu kami sebagai kanak-kanak fikir mesti cikgu suka dia sebab dia cantik. Kenapa aku cerita pasal dia? Sbb imej dia datang melawat ke kelas aku ketika kami tengah buat latihan maths masih terpahat dengan jelasnya sampai sekarang.


Perempuan ini dah writer's block plak so sesi P ke Z sambung tulat la. K wa lapar so nak makan dulu. TTFN.

A ke H

Aku ada lebey kurang sejam nak spend sini sementara zoom in ni run so aku akan merepek panjang2 berjela la. Topiknya ialah A ke Z.

A untuk Aishah
Sekarang ni aku tengah half menonton Zoom In @ RTM Aishah (ni kerja tau). Akak ni popular kerana suaranya yang lemak merdu. Selalunya aku bersifat neutral kepada lagu-lagu nyanyiannya kecuali lagu raya dia tu. Kalau dengar lagu Pulanglah tu konpom rasa sayu... time tak raya punsedey juga.

B untuk birthday bapa saya
My daddy sambut birthday dia ke-61 hari Isnin hari tu. Tahniah Abah! I love you so much.


C untuk camwhoring
Pagi tadi aku teman kawan aku masuk tv. Dia kata dia julung2 kali keluar tv, tipu tu sebab sebelum ni dia keluar dalam promo raya RTM kat rtm 1 dan rtm 2. So pompuan ni start senin hari tu lepas konpem nak kuar tv hari-hari dia buat dry run. Berikut ialah rekod kegiatannya pada pagi tadi.
Ni aku sebagai kamera-gal rasmi yg turut camwhore.
Ni bukan ambil sendiri tau, Adi dari promo yang klikkan.


Up, close and faraway - dah tau nama dan rupa kalau jumpa dia minta autograf ye.

Dari kiri - Minah tu compere SPM, Abang Khalim Rohani bos PnP Radio,
Kawan aku dan Tetamu dia.

Tangan efek motion blur.. cam citer kung fu plak


Ni komposisi shot faveret aku sebab aku yang compose.

D untuk doggy
Aku suka anjing dan masa sekolah rendah mak aku marah sebab aku suka pinjam buku cerita pasal anjing. Katanya gambar anjing haram disimpan dalam rumah. Tapi itu tak mematikan minat aku nak mengenali jenis-jenis anjing. Semalam aku first time nampak ada seekor Dalmation kat tepi jalan tengah merayau-rayau. Aku terfikir pasal tuannya, macam mana boleh terlepas sebab dia jenis pedigree kan... Sebaris dengan rumah aku kat JB ada jiran bela anjing, sekor tu bulu kembang apa jenis tah manakala sekor lagi tu dachsund warna coklat. Yang bulu kembang tu nama dia Lucky dan dengarnya dah mati. Kesian dia. Aku ingat dia sebab dia suka menyalak kat kami kalau lalu depan rumah time nak gi pasar malam. Lepas dia nampak kami, kami tegur dan dia senyaplah dan buat bodo. Tapi kadang-kadang dia menyalak macam tak kenal sebab dia jarang nampak aku kot.


E untuk embrio
Minggu lepas aku menonton program pasal embrio adoption kat saluran DH&H. Kaedah ni hangat di kalangan mereka yang tak boleh dapat anak sendiri tapi boleh melahirkan. So dia akan guna khidmat servis satu organisasi ni yang akan padankan dia dengan ibu bapa yang ada embrio lebih. Kaedah ni wujud sebab parents yang tak boleh ada anak secara naturalkan buat In Vitro Fertilisation dan selalunya embrio yang dihasilkan ada banyak. Setelah dorang berjaya ada baby dari embrio itu mereka akan bekukan yang bakinya. So diaorang boleh buat baik dengan memberikan hak penjagaan embrio ni pada orang lain yang perlukannya. Macam ambil anak angkat tapi ni embrio. Yang memeranjatkan pasal stail ni ialah ada sorang baby ni umurnya 2 tahun dan dilahirkan melalui kaedah embrio adoption ini, dan jeng jeng jeng dia ada kembar segen yang berumur 4tahun. Weird kan? Macam aku serupa dengan kakak aku yang lagi tua dua tahun! Macam mana nak sesuaikan diri?


F untuk Fahrenheit
Aku gila kejap kat kumpulan Fahrenheit sebab last year aku terpengaruh dengan citer Hanazakarino Kimitachi E (Hanakimi), ahahah lebih kurang gitu tajuknya. Aku sker kat WuZun dgn Jiro tu je, yang dua jantan jambu tu tak kenal pun. Alangkah bestnya kalau aku paham bahasa Mandarin. Aku suka lagu Chao Ji Xi Huan Ni.


G untuk Gemok
Ni adalah nama panggilan aku kepada adik aku. Yang tukang mengilhamkannya ialah kakak aku sebab masa dia umur empat tahun ada satu gambar dia dari low angle yang mana menampakkan dagu nya yang berdabel dan perutnya yang buncit. Walaupun itu cerita zaman dia baby tapi sampai sekarang lekat. Kesian dia, kadang-kadang dah besar ni pun aku suka2 je panggil dia dari jauh dengan nama tu. Aku tengok dia cam tak kisah je, tapi tak tau la dah besar ni terasa kot. aku dah terbiasa panggil dan kerana itu kadang-kadang terlepas juga di tempat awam.

H untuk Harry Potter
Aku fed up tul nak tunggu movie ke 6 harry potter ni. Ey, ke enam ke kelima? Entahla, dah fedup maka tak ingat. Boleh dia postpone dari bulan November ni ke Julai 2009. Nasib baik ada Madagascar dengan HSM3 untuk melepaskan tensen.


Hmmm, sampai sini je sempat aku menaip. Aku tak boleh nak sampai Z la. Ok la, sambung esok atau tulat. Taaa!

pembelian termahal aku


ini ialah pembelian aku yang termahal setakat ini. aku belinya kira-kira tiga minggu lalu. rupanya yang comel lebih kurang cam ni la tapi ni 125 punya. Gambar ia akan saya rakamkan setelah cik aida y beli kamera. sila nantikan gambar cik biru saya ya. tata.

tenet fail tul...

aku betul2 terketinggalan dunia tenet dua tiga hari ni sbb tenet ofis slow dan asyik putus aje. Memang membantutkan sebab sampai nak email benda kerja pun tertunggak dan last2 aku faks dulu sebelum try lagi email esok pagi.

Kisah gembira terbaru : Aku rasa cam gembira sebab gembira lah... sukar nak terangkan sebab tak tau apa penyebabnya. Yang penting hujung bulan ni aku nak beli beskal untuk pembangunan diri sendiri. Maybe itu yang menghidupkan mood aku kot.

Kisah sedih terbaru : Bos aku tegow coz datang lambat banyak hari. Nasib baik das2 dia lembut dan aku dah memang sedia nak terima hakikat kena tegur. Ye bos, I rajin2 kan diri gi ikut masa yek. Itu la fungsi akan datang baby blue I!

Esok aku kena gi latihan sms kat glenmarie. Ahahah, sambil2 latihan bleh cilok wifi ke sini kot. Aaaa, bladder aku ni asyik nak nulet je. K a ciao and out.

Suara tanpa video


Gambar orang berkursus Radio Interaktif, semua daripada semalam punya kelas


yang kat depan tu encik azli paat, orang kuat dapat vista aka cikgu kursus. Yang tengah ambil gambar tu daim. Yang back shot tu tah sapa.



Aku yang rajin sangat pergi kursus, awal tahun(januari) dan hujung tahun (oktober)

kak lin yang duk depan aku.

Orang sebelah aku, ida-san.

orang row belakang yang juga konsentret

suku daripada student kursus

peralatan berkursus


paparazzi dari ASYIKfm


berbincang tentang keamanan dunia

hELLO

hELLO
:D

Followers