Pages

gambar mata pakai skirt bertutup


gambar mata bertutup

Gambar aku yang ditag di fb

Aku anti betul kalau ada orang tag aku dengan gambar barangan jualan, kecuali kalau dia minta izin. Tapi selalunya tak. Free free aje ko nak guna imej aku untuk promo produk ko ye. Dieorang ni aku samakan dengan ah long yang suka2 tampal iklan kat tiang letrik, dinding highway, public phone dan kotak eletrik TNB. Menyemak dan semak, oleh itu sesapa yang aku tak kenal dan ada unsur2 kedai nak jadi friend di fb aku tak akan approve. Selamat tinggal!

Walaubagaimanapun aku suka apabila ditag dengan gambar yang ada aku. Siapa tak suka kan?
Ok nak tunjuk korang among my favourite tagged pics.


Ni masa tengah berjoging kat Taman Tasik Perdana. Beraksi drive benda nie walau x reti drive.



Ini ialah cover album kahwin aku untuk kenduri sebelah lelaki. Esok baru nak last payment. Hahahahhaha ehei ehei ehem.....
kalau dah dapat aku bagi korang tengok keh. Tata.


Ini memori zaman sekolah dulu. Aku rasa form 2 kot ni sebab muka tahap2 innocent aje. Tu yang bermata kartun tu aku la tu. Masa nie semua orang kena turun sapot game bola tampar aku rasa. Aku sekolah asrama, maka tiap-tiap petang wajib pergi riadah. Selalu riadah penuh masa untuk bergossip aje kalau bukan masa sukan sekolah.


Ini sorang blogger yang aku add di fb. Cutekan isteri dia.


Ni kisah pasal meja kawan aku di ofis dia. Kawan dia yang tag aku. Dia kata dia tak tulis amaran kat kerusi tu dan siapa yang tulis pun aku tatau. Tapi kesnya sebab orang lain suka songlap kerusi dia dan tak reti letak balik kat tempat asal lepas guna.


Ini ialah hantaran aku untuk pihak lelaki masa malam nikah tu. Kawan aku buat daripada KL dan bawa ke JB. So konon nak preview kat aku tag la gambar nie. Bunga biru dan pink tu dieorang beli kat Petaling Street kot. Bunga yang diwarnakan tu. Cantik kan.


Ini gambar aksi gedik kat Bali masa aku pergi sana awal tahun ni. Oleh sebab aku pakai tights maka aku kena pakai kain masuk pura ni, kawasan suci kenalah hormat. Kawan aku pula kena pakai kain ikat pinggan tu.


Ini Chowrasta di Penang, aku tak pernah pergi sini tapi kawan aku tag sebab kiteorang suka buku. Sekarang ni dah jarang aku baca buku, arghhhhh kena kembalikan aktiviti berfaedah ni semula.


Oh itu je yang aku suka. Ok bye.



PS: Tahniah pada pasukan bola sepak Malaysia atas kemenangan di AFF Piala Suzuki aritu. Kerana mereka aku bercuti hari ni. Yahuuuuuuuuuu.

Facebook complexity

Facebook sangat mudah digunakan dan difahami. Kalau ada yang tak faham-faham tu maknanya malas nak kaji la tu kalau belum klik sana sini tapi duk tanya di mana. Selalunya kalau seseorang itu baru berkecimpung dalam facebook mesti dia tak tahu ada fungsi ‘inbox’ dalam tu jadi semua benda dia akan tanya di wall. Kalau dalam failbook sebuah laman mempersenda facebook phails, selalu disertakan newbie fb kantol berterima kasih kepada temannya atas ‘malam yang indah semalam’. DIa ingat dia punya mesej dah peribadi padahal semua orang boleh baca.

Hidup ni mestilah kena sentiasa mengkaji, contohnya nak tahu maksud bamboozle tu kena la buat kajian sendiri dengan mencari dalam kamus. Takpun kalau dah taip dalam Microsoft Word, klik kanan dan klik ke Synonym dan keluarlah maksud lain bagi bamboozle tu. Takpun taip aje bamboozle definition dalam google maka jumpalah akan maksudnya.

Melalui facebook kita boleh tau hal orang dan orang pun boleh tau hal kita. Oleh itu kita kena pandai memilih apa yang kita nak beritahu orang dan tak mahu beritahu orang. Kena amalkan self censorship.

Perkara yang selalu kawan-kawan aku luahkan dalam status facebook pada hari bekerja ialah tentang rasa marah kepada seseorang yang tidak disebut siapa gerangannya. Kadangkala ada juga yang suka nak luahkan benda-benda kurang jelas seperti “Harinya bakal tiba,” atau “Penantian itu suatu penyeksaan” atau sesuatu yang buat ko nak tanya “Apa benda yang ko cakapkan ini?” Tapi lepas tu sang empunya status akan bagi jawapan-jawapan yang kurang jelas juga macam “Adalah”. Hahhahaha macam suit. Kalau nak main-main rahsia baik tak yah update kaf facebook.

Kadangkala melalui facebook juga boleh timbul pasal spekulasi tak elok. Macam masa aku baru kawin dulu aku tulis pasal status yang marah kat anggota keluarga aku yang lain. Dan dan sahaja kawan-kawan aku ingat aku marah kat suami aku. Ada sorang tu siap tulis “Takkan dah menyesal kot kawin”. Seorang rakan sekolah aku punya status perkahwinan “It’s complicated” dan sekali tu status dia berbunyi “Mungkinkah tahun ini tahun akhir kami menyambut Syawal bersama”. Terus aje respon-respon semua tanya pasal rumahtangga dia.

Oleh sebab di facebook hanya teks semata-mata dan komunikasinya amat terus maka tak perlulah baca status seseorang tu dan fikir lebih-lebih. Komunikasi antara manusia diiringi oleh pelbagai faktor macam body language iaitu mimik muka dan intonasi perkataan. Kalau melalui telefon pun kita akan peka pada intonasi tetapi dalam facebook tiada apa melainkan tulisan semata-mata yang perlu kita fahami.

Masa aku baru nak daftar Friendster dulu aku ada terdengar pasal facebook. Agak-agak ada tak jaringan sosial yang akan memupuskan facebook macam mana fb pupuskan Friendster?

PS: Bamboozle bermaksud dupe or trick, ertinya tipu.

Please be my Valentine

Bosan jadi mari menyanyi lagu ciptaan sendiri

Let me see you in the dark
Your silhoutte by the moonlight
Your bra on my sheets and your panties out of sight

Ni ko nyanyi jadi watak lelaki la

Let me kiss your lips
Your skin so soft and smooth
Your hands behind my back and now it's on my head
Caressing my hair ruffling every strand

You are the girl I need
You feel so good in my arms
But I can wait baby
It doesn't have to be tonight
Just being here with you is good enough to satiate my need

Ok now comes the corny part

Sink into my ocean of love
Drown so that I can save you with my buoys of love
I'll lift you up and place
you in my yacht
Where I will keep you warm and we will sail for eternity

Hahahhahhahahha long time no write such things
Ok tuddless

Pesanan kepada bakal pengantin

Aku, apabila berada di majlis kahwin lagi-lagi kalau kawan rapat kadangkala perlu berperangai macam pembantu pengantin. Lagi-lagi bila aku boleh bersuara kepada pengantin dan minta dia buat sesuatu untuk penambahbaikan majlis itu.

Aku bukan nak tunjuk tere sebab aku pernah jadi pengantin tapi aku nak berpesan kepada pengantin baru kerana banyak kali dah berlaku perkara berikut semasa kenduri kahwin. Ini semua berdasarkan pengalaman beberapa kali menjadi jurugambar majlis kahwin. Oh dan aku bukan jurugambar orang kahwin yang meletop mahupun nak tunjuk tere. Kalau rasa perlu sila la share-share.

Perkara ini berlaku kepada majlis yang diadakan di rumah, kalau majlis secara formal selalunya ada juru acara yang akan mengemudi majlis tu supaya laju dan terancang. Sudah tiba masa majlis kahwin orang Melayu lebih tersusun dan lancar perjalanan.


1. Apa nak buat selepas bersanding?
Pengantin berarak sampai ke pelamin dan duduk bersanding. Selepas duduk bersanding dalam 10 minit dan setel dah orang nak ambil gambar bersanding pengantin sendiri terpaku kerana tak tau apa nak buat. Selalu pengantin akan panggil jurugambar sebab kami suka melilau depan pengantin mencari sudut unik untuk menembak da bertanya "Nak buat apa lepas ni?"

Jika ada mak andam aku tanya pada mak andam nak buat apa. Tapi zaman sekarang ni mak andam lebih kepada jurumekap semata-mata jadi semasa bersanding mereka buat tak tau. Kalau bolehlah kan pengantin lantiklah pengapit untuk menjadi pembantu dia dan uruskan pergerakan di sekitar majlis itu.

Aku tengok kadangkala pengapit macam pengepit je, berkepit dan mengipas pengantin. Selepas habis bersanding habislah peranan mereka. Pada aku kalau pengapit diberi kuasa untuk menggerakkan majlis, takde orang boleh marah. Tak kisahlah kalau pengapit tu muda belia berbanding orang kelliling mereka. Masa ni la nak prektis jadi pengurus ke mcm gitu. Si pengantin akan duduk keras senyum simpul aje. Jadi lepas setel orang habis amek gambo tu cik pengapit boleh minta kaum keluarga pihak yang berkunjung untuk merenjis/tepung tawar pasangan mempelai.

Masa aku kahwin dulu lepas aje bersanding dan nak ke meja makan tetiba semua orang yang sibuk-sibuk depan aku hilang. Aku ngan suami berjalan sendiri ke meja makan. Kelakar masa tu sebab tetiba semua orang hilang. Hahahhahhaha.

2. Sesi bergambar keluarga dan pengantin.
Seperti yang aku selalu tengok mak, ayah dan ahli keluarga di sebelah pihak yang buat majlis mesti payah nak berkumpul untuk ambil gambar. Ibu dan ayah pengantin berposisi di hadapan khemah untuk sambut tetamu. Adik beradik pula terlibat dalam pelbagai aktiviti melayan tetamu. Maka apabila sesi nak mengambil gambar mesti sukar mereka nak tinggalkan kerja mereka dan bergambar dengan pengantin.

Aku rasa pengantin kena brief pada ahli keluarga dia untuk bersedia untuk diambil gambar. Maklumlah bukan selalu dapat bergambar satu keluarga kan. Jadi amatlah cantik jika selepas bersanding tu terus aje ambil gambar keluarga. Lepas tu silalah pergi sambung tugas anda.

3. Sila bagitau kepada jurugambar pukul berapa nak outdoor shoot supaya tidaklah ternanti-nanti.
Aku tak taulah ini dilemma aku ke atau orang lain punya dilemma tapi pengantin jarang ada masa tepat untuk ambil gambar di luar. Selalunya aku anggap 30 minit selepas majlis habis. Zaman sekarang kenduri habis awal dalam kol 4 petang jadi pukul 4.30 tu atau 5 dah boleh chow dah ke mana-mana mereka nak. Sebabnya sesi outdoor ni kena cepat sementara matahari ada, Kalau delay memang sampai pukul 8 la baru balik rumah.

Lagi best kalau pengantin boleh bagi kata putus nak ambil gambar pukul bila-bila jadi boleh kami get ready untuk outdoor shoot pulak.


Hahahhahahha itu aje. tataattattattatatta. Kalau ada pandangan lain sila kongsi bersama :D

Kawan aku takut nak kahwin

Ok kenapa aku pilih tajuk kawan aku takut nak kahwin? Sebab utama ialah kami senantiasa membincangkan kenapa kadangkala kahwin itu perkara yang menyeramkan. Perkahwinan memerlukan pengorbanan yang hebat lagi-lagi daripada segi perasaan. Memang hidup akan berubah 360 darjah apabila kau kahwin.

Kenduri kahwin memerlukan ongkos yang besar kalau nak buat besar jadi apabila nak meraikannya sahaja ongkos besar maka kena fikir betul-betul adakah perkahwinan ini serius atau tidak. Kalau kahwin semata-mata kerana nak ikut cakap orang tua tapi hati tak nak dan lepas 3 tahun cerai, itu menakutkan. Oklah kita tak boleh nak tengok masa depan perkahwinan seseorang. Ada yang kahwin pilihan keluarga tapi ok ke akhir hayat. Ada yang kahwin suka sama suka pula retak selepas 3 tahun. Macam stail artis hollywood lepas kahwin 2-3 tahun dah habis dah. Kahwin itu satu usaha juga dan bukan untuk dinikmati semata-mata macam percutian

Kadangkala orang yang dah kahwin juga yang suka nak beritau orang bujang, lebih seronok bujang daripada kahwin. Apabila dah kahwin tak boleh buat itu dan ini dan macm-macam lagi. Ada yang kata kalau kahwin terbantut nak pergi ke sana ke mari sebab semacam ada kekangan. Mungkin suami tak bagi atau mungkin sebab anak. Tapi aku tengok kawan-kawan aku yang ada anak kecik rilek je tengok wayang, sana sini bercuti dan bebas bergerak. Itu semua ikut gaya hidup masing-masing mungkinnya.

Aku pun takde nak harap perkahwinan itu indah selalu. Memang lah indah tapi ada kalanya mencabar dan perlu toleransi dan ditokok tambah bebelan terlampau. Lagi-lagi pula apabila aku bekerja bidang komunikasi jadi bebelan mesti nak terperinci dan mencapai misi. Kesian laki aku kadangkala.

Sempena cuti sekolah yang ramai jadikan waktu untuk berkenduri ini aku ucapkan tahniah dan selamat berlayar ke alam baharu.

Kembali kepada kisah kawan aku yang single itu. Kelakar bila ada manusia yang berfikiran bodoh tanya bila kau nak kahwin pada dia? Lagi bangang bila yang tanya tu tau kawan aku takde pakwe. Nak kawin ngan siapa kak? Boleh aku tanya pada dia pula, Bila kau nak pandai dalam bertanya soalan?

BAJU KAWENGKU NAK JUAL

Aku nak jual dress kahwin aku.
Harga RM450.
Negotiable k.
Ini dia.

Pink kaler maaa.
Lining satin.
Aku beli kain kat Surabaya dengan rege RM150 4 meter dan upah jahit kat Subang.
Upah jahit around RM450.



Ini bahagian kain dia.
Cocok sekali jika ukuran badan si pemakai
36-27-38
tinggi sekitar 1.54m tanpa pakai heels.



Tapi tang kat pinggang ni tak available la bunga ni.
Sayang oo nak jual.
Ok tata.

Old movie, Cherry 2000 (1987)

My home is in Johor Bahru and we get to watch all Singapore TV Channels. On some nights one of the channel - named Channel 5 back then - will air American Grade B movies which were usually science fiction. This happened more than 15 years ago when I was in primary school. I remembered some of the movies my family and I had watched because they were weird and thus clearly imprinted in my mind.

One of the movie I watched was a movie which was set in the future. After scouring the Internet I found out the movie's name was 'Cherry 2000' filmed in 1987. So this movie is 23 years old now. Below is an excerpt from IMDB.

"In a post-apocalyptic world in the year 2017, Sam Treadwell (David Andrews), the head of an Anaheim recycling plant, employed a perfect girlfriend -- a rare, irreplaceable, top-of-the-line blonde-haired sex robot named Cherry 2000 (Pamela Gidley). She was programmed with a shiny "chip" (similar to a quarter-sized mini CD) behind her ear. The film had the tagline: "She's Blond, Beautiful and Forever Young." However, he found it difficult to replace her when she shorted out (wearing a tight red dress and yellow rubber gloves) when they were love-making on the floor and soapy water overflowed. When Sam went to a robot factory to get a replacement body for his girlfriend, his choices included Robby the Robot (from
Forbidden Planet (1956) and Gort (from The Day the Earth Stood Still (1951))"

Let me summarize it from what I remembered. In the movie's futuristic setting humans who can afford it had robotic sexual partner because sexually transmitted diseases were rampant. Having sexual relationship with a robot means they avoid such diseases and get to choose the physical characteristics of their robots. In short perfect girlfriend. So this guy Sam has a blond robot which got electrocuted in the kitchen. Here's a picture I grabbed from the net just for you.



He was very much in love with his robot and demanded a similar robot but the manufacturer told him the only one available is in a robot factory located far far away. However he was determined and began his journey to get his beloved robot's new body. He hired a woman to help him find the robot and they traveled there together.

I remembered that there were bad guys chasing after them and eventually Sam found his robot. He inserted the memory disc and the robot came alive. Then the bad guys arrive and they ran and hid. As a last minute effort the woman he hired helped cover his back so he could escape with Cherry. This changed his mind, so he left the robot and rescued the woman instead . So humans prevailed in the end!

Ulasan aku pasal Ngangkung.

Baru tonton Ngangkung tadi. Agak biasa aje ceritanya. Tadi aku tengok Eira Syazeira jadi bini Shaheizy Sam dan lepas tu asyik membebel aje watak dia. Bosan jugak ada isteri macam tu kan. Ok lepas ni aku kurangkan membebel atau tukar membebel kepada edisi bercakap secara mesra.

Cerita ni pasal tiga kawan yang pendapatan biasa-biasa aje jadi teringin la nak mencari duit dengan cara senang. Maka mereka pun mencari bomoh, mencangkung, panggil hantu, dapat nombor dan lepas tu tengoklah kena ke tak.

Cerita ni ada banyak pengajaran la, seperti 'kalau tembak pastikan kena badan dan bukan kena ekor' yang dikutip daripada dialog 'Dr Azlee' dan kalau gugurkan anak cara yang digunakan ialah cara yang kejam. Para pelakon yang membintangi filem ini pernah keluar dalam filem terbitan Metrowealth sebelum ini seperti Shaheizy Sam dan Azad Jazmin yang berlakon dalam drama Adnan Sempit juga keluaran Metrowealth. Juga ada cameo Norliana Shamsudin yang turut belakon dalam Adnan Sempit dan pengarah 'Selamat Pagi Cinta' terbitan Metrowealth.

Filem ni mula dengan lawak mereka berjumpa bomoh dan hantu, tapi bila nak dekat penghujungnya dah jadi macam cerita insaf dan suntikan lawak pun suam-suam kuku aje. Lepas tu hantu dia macam tetiba aje hilang padahal kalau cinta hantu lain nak kena buat upacara baru hantunya hilang.

Lepas tengok Ngangkung lagi rasa nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Itu pula filem arahan Mamat Khalid dan merupakan sambungan Zombie Kampung Pisang. Bila tengok deretan filem komedi seram tetiba rasa mcm ada trend terbitkan filem komedi seram pula masa ni. Lepas ni ada tak orang nak buat komedi muzikal seram romantik ke?

Aku bagi 2.5 bintang untuk cerita ini. Sesuai untuk kanak-kanak sebab cerita dia mudah difahami. Masa aku tonton tu pun penuh barisan depan dan belakang dengan kanak-kanak.

ps: tetiba teringat Qabil Khushry Qabil Igam yang bermula dengan sangat happy tapi berakhir dengan sangat tragis. Hilang dah kehappyan sangat-sangat yang dipaparkan di awal filem.

Apabila Eizlan Yusof berlakon menjadi warga emas tanpa super kedut

Trend drama tempatan zaman kini yang aku perasan semua watak nampak muda daripada hakikat yang sepatutnya. Contohnya macam drama 'Dimanakah Isteriku' yang menampilkan Eizlan Yusof dan Zila Bakarin yang merupakan ibu bapa kepada anak-anak yang berumur sekitar 20an. Aku agak umur mereka sepatutnya dalam 5o tahun sebab watak Eizlan Yusuf boleh mendaftar masuk ke rumah orang tua-tua. Aku tengok drama ni sambil blogging dan main Sahibba jadi aku tak berjaya kesan jika drama ini ada sebut pasal umur.

Eizlan Yusof nampak beza 5 ke 10 tahun je antara watak masa muda dan watak terkini dia dalam drama ini. Untuk membezakan usia, cuma efek rambut beruban aje yang ada. Kedut lagilah tak ada sangat tapi dari segi badan ada kesesuaian la sebab orang dah 50an dan bekerja sebagai ahli perniagaan kadangkala dah layut-layut anatomi badan dia. Tapi hakikatnya dalam realiti Eizlan Yusof hanya ada anak kecik aje, okla dia kahwin usia 30an jadi memang anak kecil la.

Eizlan Yusof akan sambut besday ke 40 tahun depan (lahir 14 Julai 1971) bersama-sama dengan Azhar Sulaiman (22 Julai ) dan Amy Mastura (10 Mei). Eh baru aku sedar ketiga-tiganya dulu jadi watak utama dalam drama dan filem sejak hampir 20 tahun dulu, sekaligus menjadi idola generasi muda era 1990an. Cuma Eizlan Yusof aje yang aku nampak sudah memegang pangkat bapak orang dewasa, Azhar Sulaiman pula sudah mula memegang watak dewasa matang macam jadi orang jahat dan bukan lagi jejaka comel kat kolej. Mungkin sebab dah semakin tua dah kurang comel kot. Amy Mastura pula nampaknya kekal comel dan kalau orang tak tau umur dia takkan menyangka dia akan masuk umur 40 menjelang 2011.

Bila masa dieorang glamer? Amy Mastura dulu menang Asia Bagus tahun 1993, Azhar Sulaiman pula berlakon drama bersejarah generasi tahun 90an iaitu Abang 92 dan Eizlan Yusof pula dengan jambunya berlakon drama Jaguh-Jaguh di tv yang disiarkan macam 15 tahun dulu. Masa tu aku ada tengok drama tu semata-mata nak tengok siapa pelakon baru tu.

Jadi bila tengok mereka kat tv jadi watak lebih tua aku rasa jika aku berlakon maka aku akan ada anak 3 orang, macam Que Haidar berlakon ada anak umur 10 tahun walhal dalam realiti masa tu dia belum jejak usia 30 pun. Isterinya pula Nor Khiriah yang dah 30 an.

Dulu pelakon-pelakon ini jadi pin up poster dan kini dah membawa watak-watak matang, memang masa dah sangat berlalulah. Bagi aku kadangkala terefek juga dengan fakta sebenar diri pelakon yang mana baru ada anak kurang 5 tahun tetiba berlakon jadi watak ayah ada anak dewasa. Melainkan Aida formerly known as Aida Radzwill dan Mustapha Kamal yang punya anak usia 20an, kebanyakan mereka yang bawa watak 50an hanya berusia 40 an aje. Namun setakat ni tak ada pula aku tengok Rosyam Nor berlakon jadi bapa kepada belia 20an, atau ada tapi aku tak tau?

Alamak aku ngantuk. Sambung esokla.

Nanowrimo

Hi everyone especially katztales who kept asking about my story for nanowrimo. I'm sorry but i didn't finish my nanowrimo. Actually I only wrote about 3,000 words before I got sick of it. Maybe it was because of the theme that I picked. I was bored of writing about it after a while, next time I'll choose another more exciting one.

That's all
:(
sincerely
MizzyN

Ofis terbakar! Bomba datang berlumba-lumba.

Ini ialah namanya kepenatan.... Lama tak keje penat mcm hari ni dan semalam. Dahla aku pakai kasut bertutup setelah 3 bulan tak pakai sejak kasut basah kena hujan aritu. So pehnat uuuu.

Walaubagaimanapun aku bukan nak cite pasal penat hari ni. Aku nak cite pasal last week ofis aku berasap. Serius panik kau. Masa tu pukul 5 petang tengah meeting kat tingkat 2 dan tetiba ada sorang ni masuk bilik meeting dan cakap dengan pengerusi meeting "OFIS TERBAKAR". Maka semua orang keluar daripada bilik tu dan pergi koridor. Tak jadi dah meeting.

Masa aku keluar ke koridor tu, hujung sebelah sana dah penuh dengan asap putih. Memang tak nampak apa pun jadi aku terus turun dengan lif di hujung koridor sebelah sini. Ehehe, turun dengan lif sebab bangunan ofis aku ni terlebih canggih macam maze dan aku lupa mana tangga kecemasan dia. Tadi baru teringat kat mana la kan.

Jadi aku dah turun ke tingkat bawah dan nak keluar, tapi teringat nak beritau budak ofis aku sebab dorang mesti tak sedar apa punya. Aku masuk2 dan aku kecohlakan. Tapi mereka cuma bangun dan siap slow2. Lepas tu aku keluar daripada office tapi bila teringat bos aku, aku patah la balik nak beritau dia. Sebabnya bos aku dah senior jadi kena bagi keluar cepat. Tetapi pada masa yang sama aku tengok bebudak ofis aku masih tenang mengemas barang. Jadi aku bebel kata "Korang ni kalau gas beracun dah lama k.o lambat sangat keluar."

Lepas tu aku keluar ofis. Masa keluar ofis tu aku nampak pelapor Sukan Asia tengah keliru tengok asap keluar daripada lorong bangunan. Mereka tengah shoot kat tengah-tengah foyer bangunan ofis aku masa tu jadi kalau asap keluar pastilah tak nampak apa dalam kamera kan.

Jadi semua orang keluar dan biasa la sebagai rakyat Malaysia mesti nak tengok apa yang terjadi sebenarnya. Bomba pula tiba dalam masa 5 minit tapi tak boleh nak ke depan sebab orang parking kiri kanan jalan. Ayoyo! Tapi polis bantuan menyelamatkan keadaan dengan menggesa sesiapa yang park situ cepat blah. Jadi bomba dapatlah ke depan dan masuk dan menyiasat lagi.

Bomba pakai baju seragam dieorang dan topeng gas. Masa tu boleh bau gas tu macam mana, agak busuk. Semua orang yang kat luar duk membuat telahan apa yang berlaku. Dan aku pun sibuk2 duk depan situ sebab ada kamera masa tu. Tapi aku malas nak upload gambar ke sini. Sangat tak sedar diri tau sebab gas tu dah berjaya sesakkan tekak aku sikit hari tu. Lepas tu bespren aku telepon bebel suruh blah. Lepas 15 minit macam tu aku penat dan rasa lapar jadi blah la ke kantin. Lagipun sudah pukul 5 dan apa fungsi lagi nak duduk di office yang tak boleh masuk tu.

Jumaat berlalu, Sabtu nak tengok HP7 tak lepas jadi tengok hari Ahad dan Ahad lepas tonton HP7 pula pergi pula jumpa azyze. Isnin pun tiba dan aku terus pergi jumpa mereka yang aku meeting separa jalan Jumaat tu. Dieorang bagi aku laporan berita pasal office aku 'terbakar' tu. O kebocoran gas nitrogen rupanya. Sini cerita sebenarnya.

NANOWIMO waaaaaaa aku malas nak buat

Nampaknya mcm fail aje nanowrimo aku tahun nie, sob sob.
Walaubagaimanapun nie ada story untuk korang baca. Di blog karya aku.

Berapakah harga yang berpatutan?

Semalam xtra rajin dan buat brooch bunga 4 ketul. Satu pakai ke office lepas tu bagi kat salesgirl kedai tudung masa gi amek stok tudung. Ini dia brooch yang aku buat semalam.

Depan dan belakang.
Kaler dia pink dan hitam.
gambar kurang memuaskan sebab pakai webcam di laptop.

Kalau korang berapa korang jual. Sebab hand made ingat nak up harga.
Modal nak buat secara kasar ialah

Felt = 50 sen
Pin = 20 sen
Manik kalau ada = 20 sen
Labour cost = 30 sen

Maka modal = 1.20 sen

Kalau jual RM2.50 ok tak?

Sedara jauh

Masa raya hari tu ada sedara aku telefon mak aku daripada Jambi, Indonesia. Mak aku panggil dia Abang Dollah dan dia ingat sebelum ni yang Abang Dollah ni sedara kami. Tapi tak lama dulu (beberapa tahun lepas juga la) baru mak tahu yang rupanya dia kahwin dengan saudara kami. Cuma dia sangat rajin mengesan dan menghubungi kami dari Malaysia ini.

Aku pula ingatkan Abang Dollah tu atau isteri dia ialah keturunan kami daripada Jambi, iaitu mak aku punya paternal Atuk aku yang berasal daripada Jambi. Tapi, rupa-rupanya mereka ialah keturunan daripada orang Malaysia rupanya. Orang Malaysia yang berhijrah ke Jambi suatu masa dahulu.

Mak aku cite ada dua orang saudara telah berhijrah ke Jambi suatu masa dahulu, mereka ialah nenek (mak kepada mak aku) aku punya mak dan bapa saudara. Lepas tu mereka kahwin dengan orang sana dan salah sorang anak mereka kahwin dengan abang dollah tu. Jadi abang dollah tu taraf pakcik pada mak aku. Rupanya ada juga orang Malaysia ke sana ya dahulu kala.

Satu masa tu aku pernah naik teksi, ni cerita lain tapi berkesinambungan sikit lakan. Ok jadi aku naik teksi, dan pakcik teksi ni banyak cite pasal asal orang kawasan sini dan sana. Lepas tu dia kata orang Melayu Malaysia ada yang ke Indonesia dulu-dulu dan buka kawasan sana. Sayangnya aku lupa nama tempat yang dia ceritakan itu. Aku macam skeptik aje dengan statement dia, tapi lepas aku tau asal usul isteri Abang Dollah aku rasa ada kebenarannya kot.
Oooooo now I know.

Let Me In : My Review

This movie is mighty slow. In fact I am watching the Swedish version now on youtube. Here's the First part for your easy viewing. However each scene is meaningful and watchable, except maybe a snooze fest for tired people. Lesson learnt was never watch a movie after 9pm on a weekday or I'll be watching a movie 'alone' again. Watch them during the day on weekends :D

I am a sucker for weak strange protagonist in a film. I love watching how these weak characters react with the situations around them and most suffer at the end. So when I came across Let Me In on the Internet I fell head over heels. So I waited for it to be released in Malaysia but never saw any promotions or reviews. I always browse the movie review sections for updates on new film releases but there weren't any. Is it because the movie is rated 18SG thus it is not being marketed silently? BTW I only knew it was in Malaysia when I was lining up at the wayang and so promptly bought tickets. It was released on 11th Nov 2010.

Let Me In revolves around Owen, a 12 year old boy who lived alone with his unhappy mother in a winter cold neighbourhood. His mother is divorcing his father and he is constantly bullied by his bigger class mates. Being miserable and having no friends he spent his nights lepaking at the apartment yard and imagines getting back at his bullies with a pocket knife. At home he spies on his neighbours with his telescope and one day saw a new neighbour moving in, a father and a shoeless child. Shoeless in the cold?

So one day Owen meets the shoeless child who said matter of factly "We can't be friend". But since misery loves company the two soon bonds over their misery when the girl saw Owen sitting alone in the apartment yard with a wound on his face. He told her it was caused by bullies at school and she told him to hit back hard. So one day he hits back hard. But this in a way sealed his relationship with Abby. Hehe, teruja? Oh yeah. you have to watch it to know what happened in the end.

Abby was reluctant to befriend Owen because she said she was not a girl when Owen wants to go steady with her. I assumed she said that because she wasn't a normal girl but a vampire. But hey no, Abby was indeed not a girl as the novel revealed. However they developed a close relationship as it was evident that Abby and Owen are comfortable to be with each other.

The movie focuses more on Abby and Owen's developing relationship rather than her 'vampireness' or her eating frenzy. Owen likes Abby maybe because she appears to be approachable and thus interesting to get up close and personal with.

The movie has some violent scenes involving Abby and her victims and her supposed 'father' and his victims. There are parts which uses CGI when Abby attacks her much bigger male victims. She looked like a speedy golum attacking her victims for blood.

According to wikipedia, this film is an adaptation of novel Let The Right One In (review) by John Ajvide Lindqvist. Then in 2004 in Sweden someone initiated that the novel be made into a movie, so Tomas Alfredson came in and directed it. John Ajvide Lindqvis insisted on writing the screenplay himself and you can watch the trailer here. The Swedish movie is titled Let The Right One In.

So then the Americans made another novel adaptation which is the movie I am talking about now titled Let Me In. There were similarity between the American and Swedish version, but the American one is more violent while the Swedish one seems a calmer and less violent. The relationship between the swedish protagonists was more sweet and innocent. In the American movie the bullies look older than Owen, even though they are supposed to be in the same class while in the Swedish one they all look the same age.

I should read the novel to see whether the American movie copies from the Swedish movie or that both adapted closely to the novel which results into similar looking scenes. The novel is a best seller in Sweeden and has an english translation which I will buy when I finish reading Harry Potter 7.


Let Me In

just watched Let Me In last week. Later tonight I will write my review ok.
Bye bye.

AkuDIadanLAgu di KL@SIK N@SIONAL

Kawan aku penerbit di R@dio M@laysia Kl@sik N@sional menjemput semua orang untuk berkongsi coretan, luahan hati, kisah yang menggamit jiwa dalam ruangan Aku Dia dan Lagu - 'ADILA'. Program ini disiar setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 5.20 petang hingga 7.00 di Klasik Nasional. Frekuensi radio nie kat Lembah Klang ialah 87.7fm.

Coretan boleh ditaip atau ditulis tangan tapi kena la terang dan boleh baca ye. Panjang coretan tak lebih 400 patah perkataan beserta 3 lagu permintaan. Lagu semestinya kena lagu bertema malaysia. Korang boleh hantar coretan korang kat sini www.facebook.com/klasik.nasional

So aku yang rajin pergi la menyumbang story pada kawan aku tu. Ini story aku, tak diedit lagi tau.

"Pada musim haji ini tepatlah arwah datuk saya meninggal semasa mengerjakan ibadah haji 5 tahun lalu (aku hentam aje tapi sebelum aku keje arwah meninggal jadi tambah tolak 5 tahun la). Arwah datuk saya bekerja membawa orang pergi haji jadi dia memang selalu la ke sana. Semasa muda pun dia pernah belajar dan tinggal di sana, malahan dia sangat fasih berbahasa Arab. Arwah merupakan bapa kepada ibu saya.

Walaupun saya tidak dapat melihat jenazah arwah atuk untuk kali terakhir kerana dia disemadikan di sana namun saya berasa gembira. Kerana orang kata meninggal di Tanah Suci ialah sesuatu yang istimewa. Tambahan pula dia meninggal semasa menjalankan ibadah yang beliau suka lakukan.

Semasa hayatnya saya hanya berkesempatan berjumpa beliau berapa kali setahun sebab saya belajar di sekolah asrama. Apabila raya puasa baru saya berpeluang berkata-kata dengan dia. Selalunya dia akan bagi duit raya RM10 dan memberi nasihat yang sama iaitu belajar rajin-rajin dan tolong ibu setelah dah bekerja nanti.

Semasa kecil arwah berniaga menjual kopi di pasar besar Johor Bahru jadi selepas kami pergi membeli belah di bandar kami akan singgah jenguk dia. Jarang kami pulang tanpa kopi yang dia berikan kepada kami untuk bawa balik. Kerana dia jual kopi juga kami adik beradik menggelarnya Tok Kopi untuk membezakan dia dengan datuk sebelah bapa. Mungkin kerana itu juga saya suka minum kopi sehingga sekarang. Sentimental rasanya huhuhu.

Arwah juga mengajar mengaji dan ramai orang-orang tua di JB yang belajar dengan dia mengenalinya sebagai Ustaz. Malahan ibu saya dan adik-beradiknya dikenali sebagai anak Ustaz.

Arwah meninggalkan 12 orang anak dan ramai cucu. Saya tidak berapa kenali dia jadi selalu tanya pada ibu mengenai hidup dia seamsa muda. Arwah berasal daripada Segamat dan jika kami ke sana apabila ada kenduri kahwin kami akan melawat rumah lamanya yang hampir roboh. Ibu beliau dikatakan datang daripada Siam dan menetap dan membuka tanah di Johor bersama suaminya. Saya suka membuat lawak dengan mengatakan saya berketurunan Siam di sebelah ibu.

Raya Haji keluarga kami akan disambut secara sederhana tahun ini kerana jatuh pada hari Rabu. Semakin dekat Aidil Adha semakin ingat saya pada arwah atuk. Walaupun saya tidak mengenalinya namun darahnya mengalir dalam badan saya. Saya doakan arwah ditempatkan di kalangan orang beriman, InsyaAllah."

Habislah cerita.

NANOWRIMO GWE

Nanowrimo aku baru mencecah 1600 perkataan. Uwaaaaaaaaaaaa! Walhal ada 20 hari je tinggal. Patut aku dah taip 1/3 atau sekurangnya 16,666 perkataan dah. Namun aku berjaya sampai 10 persen aje daripada itu, jadi aku 90 persen ketinggalan. oh noooo!

k la malam kang lepas aku bersukan kat air asia dot com aku menaip balik eh. ehehehe.

HAPPY BESDAY ABAH

hepi bday abah. Dah 64 tahun dah bapak aku, semakin emas umur.
tadi talipon dia kata nak hadiah doakan dia. huhuhu sayu plak rasa.

Hepi Bday sekali lagi Abah.

Tunggu...

Kepada Lord dr sam of archive of times dan Madam azyze of azyze, souvenier korang on the way. Sama ada minggu depan atau minggu ni ia akan dipos. Terima kasih sebab sabar menanti. Babai!

Mizzy N in da house!

Semalam lepas habis jogging ternampak kereta Mix fm dan staff dia bagi air free kat semua orang jadi aku dan rakan-rakan jog pun berlari-lari anak ke arah kete mereka. Sesampai aje air tin hampir habis dan kami cepat-cepat ambil air tin daripada kotak polisterin berisi ais. Apa lagi buka Mountain Dew dan minum masa tu juga. Waaaa lega gila tekak kering aku.

Lepas tu gadis promo mix fm tu kata nak bagi majalah bazaar keluaran november. Oleh sebab aku memang pembaca majalah tegar maka memang tunggu la kat situ. dia ada lima buah majalah tapi yang nakkan ia ada 13 orang jadi kena la buat ujian sikit. Ujian pertama dia suruh nyanyi lagu Baa Baa Black Sheep secara rap. Itu kacang je pada aku tapi aku takut lirik salah, tapi kawan aku kata kalau salah pun dia tetap akan bagi.

Yo yo Mizzy N at the park
Baa Black Sheep
Have you any wool
Yes sir yes sir
Three bags full
One for mother
Two for my dad
And one for the little boy who lived down the ... erm park?

haha. Lepas tu orang mix fm tu suruh siapa nak majalah tu kena buat aksi mengepak dan bunyi itik. Tetapi semua orang buat bodo sebab merapu sangat kot. Lebih baik beli sendiri daripada buat aksi budus.

Seterusnya dia terus suruh dua orang ke depan dan kena buat aksi arwah michael jackson. kawan aku seorang perempuan cool aje buat moonwalk biasa tapi sorang lagi lelaki tu macam tak tau plak aksi arwah maikel. lepas tu dia kata tak nak expose diri dia sambil duk terfikir-fikir nak buat aksi apa. orang mix fm tu pun tanya pada kami, kenal ke dia. semua orang kata tak.

"So?" kata orang mix fm tu "apa you nak malu-malu, semua tak kenal you. paling-paling pun you akan keluar the star nanti" hahhahha. Maka dia toleh arah kami dan tanya "Apa ah?" Kawan aku bagi klu dan dia buat dan dapat majalah.

Lagi dua majalah orng mix fm tu bagi celen senang gila "siapa cepat tunjuk handphone dia dapat?" dan kawan aku lagi sorang dan ada satu uncle pun tunjuk hp dorang dan dapat la majalah.

Sebagai klimaks aktiviti, dia suruh main tunjuk-tunjuk jari seperti ini "hold out your right hand and kumpul jari dalam bentuk penumbuk. Bila saya tunjuk kat awak dan sebut 1 you tunjuk jari nombor lain kecuali 1. Kalau saya kata 5, awak tunjuk saya 1,2,3 dan 4 sahaja.'

Jadi mainlah dalam 10 minit dan last2 tinggal kami bertiga aje. Sweet la sebab semua hadiah kami bolot. Kawan aku first place dapat 2 pass tgk apa2 muvi gsc, aku dapat voucher makan kat hotel di klang dan sorang lagi dapat 2 pass tgk unstoppable.

Bakar lemak, air free, majalah free, voucher free - oh bahagia hari semalam.

Tapi hari ini masa nak keluar pergi kerja aku tengok bumper kereta aku jatuh kena langgar. Plet kereta patah dua. Namun daripada rupa bumper macam boleh tampal balik. Sebab laki aku ada keje so kami tak pergi repair terus, masukkan dalam kereta aje la dan duduklah bumper melintang daripada seat depan ke belakang.

Aku pun kena jadi bos hari ni duduk belakang seat driver. Pintu belakang pun jem plak jadi bila sampai office tadi laki aku kena bukak. Fuhhh jadi mem besar jap 20 minit.

Puaka sungguh siapa yang langgar bumper dan menghilangkan diri itu. Peliknya kami marah dalam 20 persen aje, nak buat camne kan dah nama pun park tepi jalan. Aiseh man, puaka sungguh puaka itu.

NANOWRMIO 1

Okay today I am starting my NaNoWriMo. Today's target is to prepare 2,000 word text.
Till then see you at the end of the day :D

What is nanowrimo? Klik sini

All Hallows Eve

Daripada kecik aku suka tengok pasal halloween dalam filem-filem barat dan baru hari ini aku tau ia disambut pada 31 Oktober 2010. Eh itu hari Ahad, esok la tu. Kalau nak tau lebih lanjut pasal apa itu halloween maka tengok sini kat wikipedia. Halloween berasal daripada All Hallows Eve yang bermaksud malam sebelum All Saints Day yang merupakan hari cuti di United Kingdom, Canada, Ireland dan United States.

Filem yang paling comel pasal halloween aku pernah tengok ialah Hocus Pocus (1993) yang dibintangi Thora Birch, Omri Katz, Bette Midler dan Sarah Jessica Parker. Mula-mula tengok kat tv dan rakam dalam VHS dan ulang lah tayang 88 kali lagi. Dalam filem ini aku pertama kali dengar orang rujuk Halloween sebagai All Hallows Eve.




Filem ini tahun 1993 tapi aku tengok lepas 3 tahun di kaca tv. Ia dibintangi oleh Thora Birch dan Omri Katz sebagai adik beradik yang menghidupkan semula 3 ekor nenek kebayan jahat yang telah dihukum bunuh semasa Salem hot dengan aktiviti sihir sekitar tahun 1692.



Omri Katz dan Thora Birch

Dalam cerita omputeh kalau anak ada dua orang aje abang mesti ada adik perempuan manakala Kakak ada adik lelaki.

Omri Katz berlakon pula dalam siri cinta hantu remaja Eerie Indiana manakala aku suka tengok Thora Birch sebab dia suka berlakon filem pelik-pelik macam Christina Ricci.




Thora Birch

Aku baru tau dia sebaya aku rupanya. Menurut cerita, mak dan bapa dia nak namakan dia Thor sempena nama dewa petir tu dan juga kerana dia lahir hari Khamis/Thursday. Tapi sebab dia ialah perempua jadi mak bapak dia femininkan kepada Thora. Dia ada saudara lelaki bernama Bolt. Office mate aku ada ayah nama Ribot. Dia kata memang nama tu sempena ribut taufan tu.



Sarah Jessica Parker, Bette Midler dan Kathy Najimy.
Sarah, Winnifred dan Mary
Sarah kononnya ialah nenek kebayan paling comel antara tiga ni.

Tiga ekor nenek kebayan yang berhasrat untuk mengambil alih dunia moden menggunakan kaedah sihir. Seiring teknologi masa kini, dorang terpaksa naik pembersih vakum menggantikan penyapu dorang yang dicuri oleh kanak-kanak kecil.

Semasa nenek-nenek kebayan ini bangkit semula ialah pada malam halloween dan bila mereka ke sana dan ke mari tengok dunia orang semua tak hairan. Sebabnya malam halloween kan semua orang pakai baju beragam jadi tak la pelik sangat kelihatan.

Aku rasa macam best aje pergi rumah ke rumah pakai pakaian beragam. Korang rasa ada tak anak-anak yang nak buat macam tu tak masa raya nanti. Dorang memang pasti akan pergi ke rumah ke rumah untuk minta duit raya, alang-alang pakai la baju fancy schamncy kan.

Kalau di Barat boleh tengok dalam tv bebudak pakai uniform dan diawasi mak bapak atau abang kakak beredar dari rumah ke rumah. Bila tuan rumah bukak pintu mula la jerit "Trick or Treat!" dan ruan rumah akan jerit ketakutan supaya budak tu berusa teruja. Kalau comel macam puteri ke apa kena la puji. Lepas tu tuan rumah bagi gegula dan cokelat yang mana akan menggembirakan kanak-kanak. Dalam hal ini Willy Wonka aje yang akan menangis sebab x dapat makan ceklat sob sob.

Dalam majalah apa tah baru nie aku tengok anak ada artis nie anak dia akan beraksi sebagai Lady Gaga siap rambut palsu separh blonde dan separuh pink. Kalau kita ada tak yang nak pakai beragam macam artis, kalau korang nak pakai macam siapa?


Ini tatu ya. Sanggup mengorbankan kulit untuk lukis hantu.

Kat Malaysia nie Halloween disambut secara kecil-kecilan. Selalu orang pakai pakaian beragam masa parti-parti aje. Best jugak buat parti bertemakan pakaian beragam sebab boleh berangan-angan lebih sikit. Kalaulah ada parti pakaian beragam dan korang tak ada idea, apa kata berpakaian dan datang sebagai identiti facebook korang.


Add as friend?

Kalau tak nak jadi facebook, boleh jadi youtube, myspace atau mana-mana laman web kegemaran korang.

Ok, adieu.

main main nama filem 1

Judul filem, buku dan lagu di Malaysia ada pelbagai bentuk, ada yang nak gah gila sampai rasa macam best aje bila sebut banyak kali lagi-lagi semasa promosi seperti Rempit V3: Bla, bla dan bla, Evolusi KL Drift dan . Ada pula yang satu perkataan seperti Estet, Belukar dan Pensil, pendek tapi objektif. Manakala di seksyen sebelah sini pula banyak yang menggunakan perkataan Cinta seperti Cinta, cuti-cuti cinta, selamat pagi cinta dan cinta kolesterol.

Semalam masa aku gila mentweet secara siput aku dapat idea buat gini, main dengan judul filem dan lagu.

Siapakah yang akan sentiasa di sisi kamu dari dulu sampai sekarang?
Kekasih awal dan akhir

Apakah yang bersejarah dan bertanduk?
Lagenda budak setan

Kamu sedang berbulan madu di Langkawi, book hotel tepi laut. Semasa matahari terbenam kamu boleh lihat apa?
Senja Nan Merah

Apakah yang kamu pasti tidak dapat ucapkan setelah one night stand?
Selamat pagi cinta

Mak kau dah masak, ayah dah siapkan meja jadi selepas makan kau kena buat apa?
Cuci-cuci

Anak lelaki sulung encik Ali ada adik pada tahun 92, maka anda boleh panggil dia?
Abang 92

Ok itu je, sehingga jumpa lagi dalam no 2.

nanaowrimo dah dekat

oh nanowrimo is near.
so i willl concentrate most of time for it come November.

aku tatau lagi jenis karangan yang akan aku hasilkan.
mungkin aku akan buat draf untuk panduan dulu.
atau mungkin aku akan tulis ikut perkembangan semasa,
membuat plot dan merubah arah tuju cerita sambil-sambil menaip tu.
yelako 30 hari kena hasilkan 50000 tak cramp jari jemari menaip.
apa itu nanowrimo, nantikan 1 november.

Jalan-jalan jadi penembak gambar di KL

Walaupun dah kahwin aku tetap jugak nak amek gambo. Nasiblah baik suami aku pun budak foto maka dia memahami la kehendak Mizzy N yang gedix ini.

So hari sabtu hari tu lepas aku ikut suami aku pergi melaporkan Hari Koko dan Cokelat Malaysia di MdVeli , terus aje aku pergi jumpa kawan-kawan kamera aku untuk jalan-jalan sekitar KL.

Inilah hasil 60 minit melepak di KL. Langit cun gile pulak. Eh, mestila ada edit-edit sikit kan hehe.


















cantuman 4 gambar



Aku jumpa blog nama sama tapi wordpress

Aku google mizzyn lalu terjumpa blog ini. Penulisnya buka blog untuk kerja sekolah tapi tak update.

Bali, cerita terlambat

ari tu aku pergi ke Bali selama 4 hari, lama dah tak ingat bulan berapa tapi masa bujang lagi la. Semua sekali aku belanja dalam RM600 sahaja. Jimat sebab kebanyakan kos kongsi bertiga, jadi duit spare semua boleh simpan ke arah beli lebih banyak souvenirrrrrrrr.

Kalau dulu duit rupiah lempar sana sini je, sekarang simpan sebab mana tau tetiba ada plan nak pergi ke sana lagi. Budak-budak office aku dah berangan nak pergi Bandung next year. Kena prihatin pada jualan murah Air Asia sekarang ini.

Ahli rombongan sampai Bali waktu dah malam jadi terus cari hotel, memang murah gile punya hotel la cari ni sebab untuk tidur aje. Tapi tidur-tidur pun kena atas katil. Kalau tidur atas lantai sakit badan oooo lagi-lagi kalau selepas berjalan sehari ke sana ke mari.

Lepas je selesai sewaan hotel cari kereta sewa. Sebab kawan aku berani nak memandu jadi sewa la selama 2 hari. Seingat aku duduk situ tiga malam rasanya. Kereta kami sewa tu nama dia Karimun (edit dah). Gambar jip pun tak ada pulak. Lain kali ambil gambar la sebab jip tu jarang nampak di Malaysia ini.

Huhuhu, aku sebagai pengguna jalan raya tiada lesen hanya menjadi penyumbang duit minyak ajelah kan. Hahahahaha, uuuu :( Ok jangan sedih lama mari bercerita.


Muka koma tak reti drive.



Mula-mula kami tuju tempat jauh dulu. Kawan aku cadangkan pergi satu pura nie yang terletak jauh di atas bukit, Pura Besakih namanya. Rasa nak ke sana tu macam lama sangat. Sebab dah pandu kereta sewa sendiri maka sesat sana dan sini la. Namun bila sesat dapat pula menikmati pemandangan tanaman di bukit bukau. Bila ada keadaan best aje berenti.


Tapi x bestnya sebab ada ramai penjual barangan cenderamata. Aisehman dorang nie memang jitu nak menjual, jadi kau akan rasa macam kena paksa beli.



Sorry la tante, nanti gwe beli lain kali saje ye.

ini tempat manyak sejuk, kereta tak ada air con pun tara papa yeah.


Selepas salah masuk jalan, marah-marah kena pau secara tidak sedar oleh guard tempat masuk tu dan ada pulak sesi menukar wang Malaysia ke wang Indonesia dengan tour guide di situ (nak pergi tukar duit kat bandar mau sejam lebih baru sampai), kami pun jumpa jua puranya.


tadaaaa!!!
Close up



Tadaaaa!!
Full shot
gambar nie rembat daripada tenet sebab aku takde amek macam nie.



Di situ ada budak nie minta derma dengan emak dan adiknya. Bila aku buat muka tak tau dia pergi selit sekuntum bunga kat ikatan kain aku dan minta simpati. Aku ambil bunga tu dan selit kat baju dia balik hohohoho. Terus aje dia tak kacau aku dah.



Ini bukan tarian pendet, ini posing maut berpario.


Oleh kerana ini ialah tempat suci mereka maka kena la pakai kain untuk menghormati tempat tu. Kain ni aku beli siap-siap semasa dalam perjalanan lagi dengan harga kurang Rp20,000. Kalau sewa di sini kos dia Rp15,000 macam tu la. Baiklah siapkan kain awal-awal sebelum datang. Kawan aku sorang pakai jeans jadi dia kena pakai kain ikat pinggang, itu pun sewa jugak tu dalam Rp10,000.

Masa nak masuk tak ada bayaran tetapi kena derma. Orang kat pintu masuk tu kata ikhlas tapi bila tanya berapa ikhlas tu dia kata ikut suka kau la. Ikut suka kami nak bagi Rp50,000 aje (RM18 mcm tu) tapi dia tak rela dan siap tunjuk buku pendaftaran orang dermakan lebih daripada jumlah itu lagi. Aku rasa kiteorang bagi dalam Rp70,000 aje kot. Yela lepas tu mesti la kena bagi tips kat dia punya tour guide pulak kan, haruslah ikhlas je kan :D

Huhuhu bila kami buat aksi kedekut, dorang duk kata Malaysia pelancong kaya. Kiteorang balas la kata kalau kaya tak pakai cabuk-cabuk macam ni tapi dorang tak percaya. Tapi mungkin ada benarnya daripada satu aspek sebab masa duk borak2 dengan teksi drebar Surabaya dulu, dia kata gaji driver macam 1 juta rupiah aje sebulan, itu macam RM360 je lebih kurang.

Saya yang suka bergambar.



Ini la guide kami, baru 16 tahun lepas tu macam remaja lain di Malaysia suka main handphone. Bila kami sibuk shoot gambar sesama sendiri dia mula la tengok handphone main mesej kot. Bila kami buat lawak sesama sendiri dia gelak-gelak kata macam Upin & Ipin. Kat sana glamer sungguh kartun nie.



Rasa macam sweet aje bila tengok situ ada bunga raya, masa nie aku dah lama tak nampak bunga raya. Tahukah anda bunga raya baru je celebrate tahun ke 50 jadi bunga kebangsaan 30 september lalu.


Saya juga suka mengambil gambar haha.



testing camera orang lain. gigi maintain bersusah payah.



Nie kaki kawan aku dan tatu sementaranya. Kami lukis kat Sukawati tempat membeli souvenier on the way ke Besakih. Selepas aje habis lukis datang pula pelukis tatu lain yang menawarkan harga lebih rendah untuk tatu seterusnya. Mak aii walaupun 1/2 harga daripada tatu pertama, berapa banyak tatu aku nak lukis atas badan wei??



Anjing di sana. Saje nak letak juga.




Semasa perjalanan turun matahari dah agak terbenam jadi memang gelapla. Maka kami cepat-cepat ambil gambar dengan bukit bukau pertanian di situ. Memang mimpi indah la pemandangannya. Bila tengok jauh ada rasa macam nak klik ala-ala main farmville pun ada.


Sampai aje ke bandar kami pergi tengok show tempatan pula. Aku lupa kisah apa nie. Ada orang baik, ada orang jahat, ada pembunuhan, ada percintaan, cukup la drama semua.



Ni pula malam sikit, lepas balik tukar baju. Masa nie jalan-jalan cari makan kat depan pantai kuta tu. Pantai Kuta malam-malam ombak besar. Tatott nak mandi lebey-lebey


Hebat betul, beach boy ni sebab malam-malam pun tak pakai baju. Oh patutla badan dia kelabu sebab sejuk banget malam-malam bertebeng. Hahha, mak aku selalu kata bertebeng kalau tak pakai baju. Tapi aku tak pasti itu perkataan datang mana, jawa ke? Entah.



Datang Bali kena amek pic dengan artifak di sana, lebih-lebih lagi Hard Rock Cafe punya.



Esoknya bangun pagi pergi Tanah Lot yang jauh itu.
Yippeee.



Mesti la nak berdrama kan di sana. Aku sungguh suka ini gambar.



Kawan aku berdua nie sibuk nak membeli lukisan juga. Lukisan sana boleh ditawarkan dengan harga yang hebat gila. Daripada 400,00 kawan aku dapat 200,000 macam tu. Dalam RM72 aje lukisan besar.


Kat sana aku tak beli lukisan tapi terpana melihat ini. Apa dia, shhhhhh hahahaha.



Ye, baju merah itu aku dan tudung merah tu Yuyue yang sedang memilih barang.
Yang sedang menghambek gambo ialah sang out of my mind.



Memilih kraf, Ahaha posing je lebih. Beli sikit aje.



Malam pula makan kat Sanur pulak. Banyak gila makan, sampai mengah akhirnya.
Burppppp.



Makan sampai pecah perut sambil di ayat oleh seorang mamat pelayan nie. Bila dia tanya nama kami siapa, kawan aku suka hati aje labelkan kami Bunga, Cinta dan Lestari.

Sebelum nak balik mamat nie bagi ayat baekkk punya kat Cinta aka Out Of My Mind, aku reka semula ayatnya sebab dah tak ingat apa ayat yang tepat "Saya nak tengok awak lama-lama biar ingat, gadis yang cantik perlu diingati". Hahahahahahhahahhaha. Ngurat ye mas?



Hari sebelum balik tu kami bergegas ke pasar waktu pagi cari barangan souvenirrr last menit. Kat sana kami dapat jugak naik kijang dan round2 jalan shortcut dari Kuta ke pasar tu. Di tepi jalan boleh nampak ramai menjual buah berangan, nyammmy.


Last kopek nak melawat Kuta. Tak boleh mandi sangat sebab ada bendera merah amaran dikibarkan di pantai. Tapi bab berangan bergambar no 1 la kan.



Haihhh habis dah perjalanan. Aku dah serupa orang pantai sebelum balik, semakin gelap dan kalau free hair aku dah rastakan dah rambut aku tuu. Aku kerinduan nak pergi jalan-jalan ni. Lama tak pergi jalan tempat-tempat asing dalam negara mahupun luar negara. Aku macam teringin nak tengok Kelly's Castle plak. Hahaha oh rait babai.

hELLO

hELLO
:D

Followers