Pages

TaLeNtiMe

Aku dah tengok filem Talentime semalam. Tang klimaks dia memang meruntun jiwa sebab lagi sikit je aku boleh menangis hebat, tapi air cond kuat sangat jadi mata aku dehydrated pulak.

Ada beberapa watak yang diwujudkan semata-mata untuk 'prove a point' dan menjadikan usaha menunjukkan tauladannya terlalu beria.
bisingCeritanya panjang stail art movie.penat Suara Aizat sangat sedap! ros Dengar lagu Ore Piya terus rasa nak tengok Rabne Bana Di Jodi lagi.rindu

Bf aku dah tonton masa media preview dulu dan benda pertama aku tanya dia ialah siapa menang Talentime tu? Jawapannya, tonton movie untuk tau! Talentime, perkataan yang cikgu dedolu guna untuk pertandingan menyanyi tapi sekarang guna Bintang Xxxxx dan Idola Xxxxx.

ps : Meruntun - Menarik, menyentak.
Sebarisan minah dan makcik yang duk belakang kami masa dalam wayang bercakap tidak henti-henti. Wayang pulak besar dan tak ramai orang jadi sah sah memang merimaskan. Jadi aku dan Aidaron pun gi pindah duk depan sikit. baru aman damai. Perangai dorang ni macam tengok tv, asyik nak bagi komentari aje. Pergila sewa teater sendiri cam tu!

Mozac's Own Bachelor

Aku baru aje beli Cleo April 09 dan I think one ex-mozac is in it.
Lily, Ninie, Farah, Nooreen, Dayot, Achik betul tak?


Muka dia memang aku tak cam sebab dia bukan sebatch dengan aku.


Tapi nama itu sangat aku ingat sebab namanya lain daripada lain kat sekolah.
Masa belum matang dan tau apebenda, aku duk fikir bagaimana namanya sangat lain daripada sekalian nama di Tanah Malaya ini.


Lagi satu yang jadikan aku yakin dia ialah bambang x-mozac tu sebab umur dia 28, cuma tua setahun. Seingat aku budak bambang sekolah kita dulu tua satu tingkat je daripada kita kan? Lagi satu sebab dia budak kejuruteraan kimia, yolah majoriti budak sekolah aku ambil jurusan sains lepas sekolah.

Sebelum ni ada juga budak satu batch dengan Bambang ni bernama Davyndran Nair masuk Cleo's 50 Bujang ni juga. Bukan tahun lepas la sebab aku dah cek tak ada pun dalam majalah aku, mungkin tahun sebelum tu.

Anybody nak cadang atau bantah?

Mereview benda-benda ni seronok sebab dapat tengok perkembangan budak-budak x-mozac kat dunia ni. Jika dulu nampak pakai uniform aje dan duduklah beramai-ramai atas bukit tu tapi sekarang merata dunia mereka pergi dan bersuka ria.

Bila bosan dah mari macam

awan hitam mari kita gi tengok filem. blur




Semalam aku tengok 12 Rounds dan semestinya selepas Earth Hour. Tapi kat tempat aku tengok wayang tu on je lampu-lampu dia masa EARTH HOUR. Bila aku balik rumah pukul 12 mlm lagi cemerlang rumah aku sebab gelap gelita. Selalunya pasang lampu ruang tamu dan beranda.


12 Rounds tumbuk

12 round Pictures, Images and Photos
Bila tengok poster aku ingatkan John Cena yang jadi jahat dan Matt Damon jadi hero, rupanya John Cena tu muka je macam Matt Damon dan dialah hero citer ni. Menurut bf aku dia ni wrestler (thanks azyze for the koreksyen). Tapi aku tak pernah tahu pun pasal dia.

Damon, mati-mati aku ingatkan ko dalam 12 rounds tu.

Masa aku tengah upload2 gambar tadi baru aku perasan John Cena ni lebih kepada muka Mark Wahlberg berbanding dengan Damon. Muka Payne nak berkerut seribu aje dan aku plak yang tensen tengok, terasa nak suntik botox.

Gosip aku:-
  • 12 rounds rujuk kepada 12 pusingan game yang orang jahat tetapkan ke atas detektif Danny Fisher (John Cena) untuk selamatkan girlfriend dia.
  • Mula-mula ingatkan orang jahat tu berdendam emosi 'an eye for an eye' tapi rupanya ada niat jahat lain. Kesemua 12 round bukan saje2 nak dengki.
  • Cerita ni banyak aksi sampai tak ada masa John Cena nak bermain ekspresi muka macam dalam drama.
  • Filem terbitan WWE gusti tu
  • Orang jahat tu bercakap loghat Irish + American yang berbunyi cam ala-ala Australia/New Zealand kadang-kadang.
  • Orang jahat kena tukar sim card banyak kali untuk elak polis trace, macam kelakar pulak aku rasa. Selalu tukar handphone je.
  • Sangat annoying bila polis ada partner yang ambil langkah rilek. Boleh tanya, "perempuan pun nak cek ke? Kita kan cari lelaki" Tak langsung melambangkan bagaimana polis beroperasi dalam kerja dieorang.
  • Baloi la bayar jika inginkan aksi-aksi cam biasa. Tapi aksi bergusti sakan tak de tau.


Cerita pasal muvie yang lain ni dah berminggu-minggu terperap. Akhirnya aku keluarkan juga di posting ini.


Race to Witch Mountain penat


Sayang sebab Anna-Sophia Robb memegang watak skema dan tak meninggalkan kesan langsung. pada aku. Minah remaja yang pernah berlakon dalam Bridge To Terabithia ni pada aku comel dan talented sangat untuk pegang watak mcm dlm filem nie. Para pengarah bagi la dia filem yang mencabar siktii Di penghujung hari filem ni memang sesuai untuk keluarga dan cerita pasal semata-mata perlumbaan ke Gunung Witch.


Sayang, you can dance.putuscinte




Sebelum tonton : Tengok tajuknya aku teka ni kisah Sharifah Amani dan Samuel Rizal bercinta dengan latar belakang kehidupan tarian ala-ala Step Up. Aku nak tengok Amani menari, nampak macam terer ke tidak. Lagi pula ini cerita Malaysia yang ada elemen joget-joget moden cam freestyling/ break dancing dan shuffle jadi lagi la nak tengok.

Selepas tonton : Sebagai cerita yang nak dijual kepada orang ramai sangat banyak kekurangan cerita ini. Ini bukan alasan untuk Bajrne Wong yang mungkin baru jadi pengarah, Sinema Malaysia mencatatkan dia ada satu filem aja sebelum nie (Possessed). Aksi Amani menari memang tak banyak pun, kalau ada aku pun dah terlupa. Oh, tapi aksi dia menari dengan Samuel masa malam pertama bermesra tu ala-ala dirty dancing versi sopan pula. Uuuu, sasanya badan Samuel.

Gosip aku:-
  • Datuk Seri si bapak Mia (Amani) tak suka Remy (Samuel) sebab dia kata berbeza darjat. Jadi untuk paksa jejaka itu tinggalkan anaknya dia belasah kaw kaw dan umpan dengan duit. Konfliknya mula-mula kemain hebat tapi selesai dalam beberapa adegan aje. Datuk ni benci sebab benda lain aku rasa tapi alasan dua darjat sangat jijix malahan macam alasan orang takde IQ. So lame.
  • Remy ialah zuriat wanita sebiji macam Yasmin Ahmad dan pakcik dari Sarawak tapi loghat sebiji-biji import daripada negara seberang (tak langsung mcm Malaysia seberang@Sarawak). Tak logikla beb kalau dah membesar di Malaysia tapi masih guna perkataan Indonesia dalam pertuturan sehari-hari. Pekerja Indonesia yang setahun duk sini pun pandai nak ikut lenggok tempatan. Maya Karin yang dulu pekat cakap Melayu Indonesianya pun sekarang dah cakap stail tempatan.
  • Sukar aku nak menerima Amani jadi watak minah girly-girly sebab dia kan selalu bawakan watak simple dan selamba. Dalam filem ni siap dengan props bilik tidur dan handphone pink yang bling bling.
  • Dafi berlakon ok.
  • Kesian watak lain-lain yang pandai menari tu, aku tak tau apa nama mereka sampai hari ni tapi memang hebat menari.
  • Masa adegan final tu turn group dieorang, DanceStar punya turn macam lama sangat. je banding grup lain. Aku tengok group lain berdansa berkumpulan tapi geng Dafi ni pula ada masa nak buat solo sorang-sorang dan group combo pada akhirnya.
  • Goof - Masa Amani menari dalam finale pertandingan menari itu nampak sangat guna body double saat dia buat aksi hebat tu.
  • Ada pole dancing sequence by Carmen Soo.
  • Cliche bila hero miskin dan sakit, ibarat jatuh lepas tu ditimpa tangga.
  • Review lain - http://deennasour.terbaek.com/?p=542


Geng gelakguling



Geng sangat comel. Aku bangga dengan mereka yang menghasilkan cerita yang hebat ni. Penat juga tengok wayang dengan kanak-kanak kecil di depan, belakang dan tepi. Setengah jam pertama asyik bercakap aje tapi lepas tu senyap sebab dah terpaku. Nasib baik tak ada yang menangis macam masa aku tengok Senario XX dulu. Budak kecik tu seram bila nampak alien tu dan jerit pada maknya @Mak Takut!". Maknya pun dukung dia keluar wayang dan tak masuk-masuk balik. Cerita lain, senin hari tu aku tengok balik filem negara punya kartun sang kancil tu dan buaya, satu dua tiga lekuk. Huhu sangat nostalgia....

Watchmen topi



Ada orang kata cerita ni kalau tak tau latar belakang dia takut tak terfollow. Tapi sebenarnya orait je kalau tengok filem ni. Satu-satunya benda yang tak ada explanation ialah orang jahat punya haiwan primitif. Tetiba je ia muncul masa last-last tu. Tengah membebel pasal cerita ni teringin pulak nak tengok The Spirit lagi sekali, kelakar cerita tu.



Bro Jeffrey Dean Morgan sebagai Watchmen rasa cam nak
lempang-lempang aje jahatnya.


Punisher xpasti



Aku kata kepada ny, movie ini tak berapa best. Tapi ok je kot. Mungkin sebab aku tak berapa endah sangat pasal Mat Punisher ini maka rasa tak berapa best. Bila fikir balik, ok juga ceritanya. Punisher lagi hebat daripada polis malahan polis yang menyiasatnya bangga kalau di tumbuk olehnya semasa menjalankan tugas. Dalam movie ni orang jahat sangat kontrol tapi lepas muka jadi hodoh terus jadi tak betul macam two face dalam Batman.



Ini hero Punisher pertama yang aku tak pernah tengok.

Tahun ni dan beberapa tahun lepas memang pesta menghasilkan filem daripada komik dan novel. Filem Harry Potter yang berubah banyak daripada buku tu pun ok je aku rasa. Aku sabar je menunggu Harry Potter ke-6 yang dah lama sangat tertunda ni.


Ong Bak tumbuk



Watak Tony Jaa dalam Ong Bak 2 ni pendiam. Tapi masa dia remaja dulu banyak bercakap malahan cenderung ke arah effeminacy. Dalam satu scene siap duduk terjelepok sebelah mak dia. Agaknya selepas melihat daddy dan mummynya dibunuh depan mata maka dia terkejut , lalu traumadan jadi pendiam seumur hidupnya, atau mungkin depan kamera je kut.

Dialog dia dalam cerita ni aku rasa ni je pun:
  • Scene gua untuk ujian jiwa. Hero masuk dalam gua yang ada seorang gadis tengah menangis teresak-esak keseorangan. Maka cairlah hero dan terus memujuk "Meh abang teman, janganlah takut". Muka gatal gila.
  • Masa bapak angkat dia nak pas kuasa kat dia setelah berjaya dalam semua ujian menjadi presiden, "Ayah..."
  • Masa nak membelasah orang jahat setelah habis buat persembahan "Nah, ini sebagai balasan untuk bapak aku!"
Bertuah biji mata aku dapat tengok aksi berlawan yang puas berbanding tengok gaduh-gaduh dalam Cicakman. Aksi gaduh Cicakman banyak guna CGI dan fast cut dan masa Rrama lawan dengan Cicakman kat jalan raya dan dalam gua tu aku memang tak tau apa ceritanya jadi.

Dalam Ong Bak 2 si Hero berlawan sampai betul-betul pancit. Ending dia macam nak suruh adakan Ong Bak 3 je, dendam si Hero tak banyak cakap.




Aku tak pernah tengok filem Ong Bak pertama. Filem ni lakonan si Tony Jaa juga tapi kata mereka Ong Bak 2 tak ada kaitan langsung dengan Ong Bak 1 pun. Yang aku pasti gajah mesti maintain ada kedua-dua filem. Tulis pasal gajah pastinya nak sentuh filem Tom Yum Goong. Aku tengok cerita ni separuh dalam bas balik KL dan separuh lagi kat kedai DVD. Cakap pasal kebetulan.



Gajah you tahan ya I nak bergayut ni. Ok, satu, dua!


The Unborn gigil


Aku duk membelek bontot minah ni dalam poster versi Malaysia. Ketat dan berkilat semacam je seluar putih dia. Rupa-rupanya poster asal dia pakai spender aje. Patutlah dipakaikan seluar panjang sikit, sebab tak sesuai untut tontonan khalayak bawah umur.

Sepatutnya aku tengok cerita ni semalam tapi aku takut sebab petang tu tengok gambar-gambar kilang mayat kat ohtidak! Sebelum tu pula aku tengok gambar makcik terburai perut... loya aku jadinya. Mungkin hari ni tengok kot. cerita saram ni. Tengoklah tahap kenormalan aku nanti. Kalau abnormal aku tengok kot.

Hapdet Isnin 30/3/09 : Unborn tak tengok lagi!


ps : Aku ada janji temu nak menonton Talentime dan Confessions dengan girlfriend aku minggu depan. Care to join?

Sama tak?


javier-bardem-totally-looks-like-jeffrey-dean-morgan

Totally looks alike, dude. kan, kan kan!

Javier Bardem berlakon dalam No Country For Old Men


dan Vicky Cristina Barcelona.


Abang Jeffrey Dean Morgan plak berlakon dalam Watchmen sebagai The Comedian


dan drama medikal Grey's Anatomy



Kalau yang ni pulak looks totally sama tak?


Harapnya saudara dan saudari kenal la sama Donatello ni. Menurut wikipedia dia ialah - Donatello (Purple bandanna and armour) — The brilliant scientist, inventor, engineer, and technological genius. He is perhaps the least violent Turtle , preferring to use his intellect to solve conflicts. He wears a purple mask and wields the bōstaff. He is named after the sculptor Donatello.

Translate sekali, terajin plak. Donatello ialah saintis sangat pintar, pencipta, jurutera dan genius dalam teknologi. Kemungkinannya dia ialah Penyu paling tak ganas antara mereka berempat, kerana dia lebih gemar menyelesaikan konflik secara intelek. Dia memakai bandana kaler ungu dan bersenjatajan bostaff (malas nak translate) Namanya diambil sempena nama pengukir terkenal, Donatello.

Alamak, aku tak de perisai pulak.

ps : Teenage Mutant Ninja Turtles, Heroes in a hard shell, Turtle power! Raphael, Donatello, Michaelangelo dan Leonardo!

ps: update Jumaat@8.21 pm. Gambar atas baru update, ada la perbezaan juga.

miss match dan cinta

Sejak bila tah aku menjadi miss match kepada kawan aku nan sorang ni. Ia lebih kepada aktiviti saje2 dan bukan nak menyibuk dalam hidup pompuan single pingle ni. Antara penyebab aku menceburkan diri ialah pabila dia kata pada aku yang dia teringin nak merasa ada partner in love. Aku takkan guna perkataan lover di sini sebab bila sebut lover terbayang dalam kapla otak aku partner dalam kamar. Hehehe. Kalau nak guna beau tak reti nak menyebutnya, bow? biu macam dalam beau-tiful? Okehla, aku setel pada guna boyfriend a.
Si gadis genit (asal pendek aje daripada aku genit la tu) ni ramai peminatnya, kalah aku (hidup mesti sihat bersaing peace). Dengan suara manja dan beraksi comey bila bergelak sakan semasa berbual, memang akan menarik minat orang berjantina lelaki. Aku pun ada dicop suara manja dua minggu lepas tapi aku nafikan je. Aku rasa suara aku kalau tak dalam mode 'voice over' memang tak berapa nak merdu bunyinya.

Kat sini aku tak nak citer pasal gadis genit (GG) punya kisah diminati sebab korang boleh baca dalam blog dia. Ada la dalam senarai butang babes ni jadi ko cari la sendiri ye sayang. Anyway aku cakap dengan dia ko nak jejaka kerja apa? Kerjaya ialah salah satu ciri dalam memilih boyfriend tapi bukan ciri ni je yang dipandang semata-mata, ia juga cara mengecilkan skop pencarian.

Pesan aku padanya, aku boleh spy kawan kepada kawan-kawan aku, ada tentera (kawanku PR tentera), kedoktoran (kawan sekolah menengah), wartawan (lagi besar padang memburunya sbb duduk dalam dunia komunikasi ni) dan lain-lain. Dulu ada gak la engineer tapi kawan PR ku itu dah tak keje organisasi pembinaan itu lagi.

Selain itu sebab terlebih rajin aku siap buat extra servis dengan mendagangkan nama gadis ini kepada kawan kami yang mengahwini bisnes man berjaya. Dasat la aku ni kan. Tapi masa aku citer pada GG pasal usaha aku, dia cuma respon "Boleh tak? (memperdagangkan nama aku)". Oleh sebab tak ada amukan puaka kira ok la tu.

Di saluran lain, ada seorang pelaut yang merupakan kawan kepada kawan bf aku bertanya jika ada gadis bujang di daratan yang boleh dia kenal-kenal. Aku suakan pertanyaan itu kepada GG dan dia naklah gambar atau at least deskripsi wajah/fizikal sebelum apa-apa kan. Tapi sampai la ni respon dari pihak bf aku suam-suam sejuk so aku buat bodo je la setakat ni.

Miss match? Kawan aku yang lain ni (hint:cik pembuat video burger!) pulak pernah bercerita pasal mak dia yang juga match maker berjaya. Dia siap warning kat mak dia untuk tidak cuba mematchkan dia dengan sesiapa suatu masa dulu. Aku tak pasti kalau dia dah bagi mak dia lampu hijau untuk mematchkan dia satu dua menjak ni. Camana sekarang?

Dalam family aku mak aku tak heran nak matchkan aku dengan sesiapa. Mujur juga aku menginap di kawasan warisan arwah tok nenek ku (parents abah) jadi jiran semua dah tua dan tak ada cucu yang dewasa tinggal bersama. Kalau tak, kemungkinan untuk orang datang merisik tu pasti wujud. Selamat untuk aku kata yang semua orang bujang ada masa raya je kat kampung ni.

Kakak aku pernah cuba dimatchkan oleh jiran sebelah kanan rumah aku dengan anaknya yang duda anak dua. Pasal nak kawin duda beranak kecik tu kakak aku tak kisah sebab anak dia berinteraksi baik je dengan kami melalui pagar dawai hijau masa raya. Tapi nasib baik tak jadi sebab makcik/nenek jiran tu sangat emo. Benda remeh pun jadi isu gitu.

Mak aku dulu dimatch make kan oleh orang tuanya. Dulukan banyak kahwin pilihan keluarga. Yang beshnya family mak aku memang sangat connected, ditambah pulak kalau dah kahwin masuk dua kali. Ada la yang siap nak kahwinkan ahli family sini dengan ahli family belah bini baru. Nenek (emak mak) kata objektifnya sebab nak bagi harta rolling dalam keluarga. Tapi kalau ada krisis tak tau le mana nak toleh sebab linknya banyak sangat. Cerita belah sini sampai juga ke belah sana.

Hmmm.... Aku pernah kata pada GG suatu masa dulu "asalkan ko tak menyibuk dalam hidup aku, aku tak kisah." Hakikatnya bila kita dah rapat dengan seseorang tu jangan haraplah nak bersikap neutral selalu dan maka menyibuklah aku. Nasib baik setakat ni dia tak buat amukan "Kenapa ko sibuk-sibuk pasal urusan cinta aku?" Drama gitukan.

ps : Masa tengah buat-buat bizi kat office lama aku bertembung dengan akak E yang bertanya sama ada aku nak kawin tahun ni ke? Aku kabar nanti la kak oi. Dia kata manalah tau nak kahwin tahun ni sebab nak celen opismet lagi sorang yang akan kawin minggu ni selepas setahun bercinta. AKAK! INGAT KAHWIN NI AMAZING RACE KE?

Cuppycake: The Original

Inile rakaman asal message tone yang aku pernah guna suatu masa dahulu. Budak ni kalau dapat RM1 setiap kali orang bluetooth lagu ni mesti dah boleh pergi genting highlands berkali-kali.



(Aku rembat dari ko Nooreen)



ps :
kelegaan ialah apabila jumpa jamban.

kelegaan juga ialah bila dapat hantar kerja pada tarikhnya.
haaaaaaaaaaaaaaaaaa.

mOnOlOg pEtAnG sAbTu.

3.00 pm

MizzyN : n@dhr@h, lain kali jangan leka-leka buat kerja dah terlepas makan nasi minyak.

N@dhr@h : Oh nasi minyak, dah mengidam ni kena la belasah kat JM Briyani nanti. Nasi briyani dengan ayam masak merah.
MizzyN : Memang mengujakan.
N@dhr@h : memang.

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Pictures, Images and Photos
Ayam masak merah Che' Nah rembatan drpd photopages.



4.00 pm

Shimmy masuk rumah dan kata.

Shimmy : Dahsyatnya!
N@dhr@h : Apa yang dahsyat?
Shimmy : Daripada saya keluar tadi... (merefer kepada aku melekat kat meja daripada pagi tadi)
N@dhr@h: Aku dah siap jumpa kawan aku gi fotostat buku lagi
(Wei baju pun dah bertukar. Tadi putih ni hitam)

Shimmy : Oh ye? (dan terus masuk bilik dia)

Dalam hati le aku kata, mengata Dulang Paku Serpih?


5.00 pm

Ada plak uncle mengamuk dengan guard petang2 nie. Ni baru sikit aksi jerit-jerit aku dah rasa cuak. Oh Thank God aku duduk negara aman. Thanks semua askar laut, darat dan udara. Terima kasih rakyat Malaysia sebab mengamalkan sikap toleransi sesama kita.






Dalam perjalanan pulang ke rumah.


Dari jauh sebiji macam taufan tak pun asap cendawan bom besar.



Tapi sebenarnya formasi awan aje.
Syukur Alhamdulilah (Thank you God).



Pandangan sebelah kanan pula.
Malam yang sepi pi pi, Pak Mat jual kopi pi pi.



Eh, ada watak Hairspray sesat kat tepi jalan.
Oh tak, kawan aku je pun.
Kansel nak joget 60s.


Taman Orkid Serendah

Aku terbaca dalam utusan semalam pasal Taman Orkid Serendah. Penulis tu kata sayangnya ia dah tutup. Dulu masa aku praktikal tahun 2005 sempat la pergi recce ke sana dengan penerbit aku. Aku tengok pun tempat tu memang sepi je dan orang yang tengah ber'orkid' masa tu pun ada la empat lima macam tu. Harap-harap taman ni akan diupkan balik la sebab ia memang tempat bunga orkid yang best untuk dilawati.

Berita gembira, aku sempatlah tangkap pika-pika bunga sekalian pada hari tu. Ada la juga kenangan indah dari serendah. Jom, tengok bunga.
















Dalam banyak-banyak bunga aku ingat nama bunga Cattleya ni je. Pergi ke mana-mana pameran/jualan bunga mesti Cattleya akan mengingatkan aku pada Serendah.



















Tammat.

x o x o
MizzyN

hELLO

hELLO
:D

Followers