Salallahu 'alaa Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam,
Salallahu 'alaa Muhammad Sallallahu 'alaihi wa sallam
Assalamualaikum saudari,
Dengar kata hari ni saudari ada event Maulidur Rasul maka selamat menjalani aktiviti menyambut hari kemuliaan Rasulullah s.a.w junjungan kita bersama itu. Sehubungan itu kita perlu menjadualkan semula pertemuan kita di kawasan KL ini sejurus mungkin karena sudah berpurnama asyik tertangguh. Tarikh bertemu akan kita tetapkan kemudian. Jika aku tak silap dah dekat setahun tak jumpa dan pastinya terakhir masa Januari 08 dulu, terasa begitu pantas pula masa berlalu.
Walaupun sangat dekat tempat kita berkhidmat tapi payah sungguh nak bertemu. Itulah, jika aku mampu mengimbangi skuter biruku pasti aku akan bertemu kau selang beberapa minggu sekali. Namun skuter biru jadi tukun sekejap pada masa ini, insyaAllah akan bergerak aktif tika basikal 18 gear dah boleh ku imbang. Buat masa ini kita merancang ajelah. Skuter biru bukan mengeras di parkir semata-mata tau ada yang memandu kadang kala.
Saudari azyze, setelah kita mengemudi kehidupan di cabang sendiri selepas pertengahan 2003 aku seringkali terfikir tentang evolusi pemikiran kita. Teringat kisah lalu dan pastinya memori masa dahulu dan tentang orang-orang yang kita sama kenal. Yelah, dunia mass comm ini kecik sahaja jadi semuanya kita kenal macam peysal taher dengan nazeerah KLfm. Dulu satu batch dan kawan kau, sekarang sorang penyanyi glamur dan sorang rakan sejabatan aku pula. Tak boleh aku lupakan dalam satu debat antara kelas. Ketika itu peysal taheer engan mendengar apa kau kata jadi kau panjat meja dan berdiri dengan gagahnya semata-mata untuk menarik perhatian si peysal. hohoho...
Sebenarnya apabila semakin dewasa ini aku makin risau tak boleh nak connect dengan kau dan kawan-kawan lama. Yela, masa dah berlalu dan banyak perkara berbeza kita dah lalui. Kadang kala aku risau bila respon ko pada cerita aku dah tak macam dulu, namun salah aku jua mengharapkan kau memenuhi skema respon aku. Itula kadang-kadang perkara itu yang menyebabkan orang kata kita dah berubah. Siapa yang tidak berubah apabila semakin tua? Ramah tamah di friendster dan ramah tamah di facebook boleh aja tapi bila bertemu muka macam mana agaknya. Makin dewasa memang makin kita akan berjumpa dengan ramai orang dan cara berkawan juga akan berevolusi.
Hey azyze, it's hard you know growing old and especially not seeing you this long. Well, I realize that this is just a fear of not knowing that's all. I know we are still the same in the core and I can't wait to see you.
Oklah, sampai di sini sahaja warkah posting kali ini. Jika kita dapat bertemu dalam masa terdekat pastinya akan lebih banyak perkara gosip boleh kita kongsi. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sincerely, MizzyN
ps: Aku terpengaruh suka Aerosmith sebab kau tapi I can't dig Metallica yet and maybe not ever.
3 comments:
*reading this, i am silently crying and smiling at the same time*
therima kasih, Nadh.
emosional pulak aku, tq ely.
errata: basikal 18 speed bukan 18 gear.
babe, why i cant even see the latest entry: 1999 bla bla bla. same problem goes to the ida's entry- about baju kurung.
Post a Comment