Ada kepada suatu hari
Seorang gadis mengidam butang
Maka berlarilah keliling KL mencari
Namun sebiji pun tak jumpa maka tiadalah girang
Seorang gadis mengidam butang
Maka berlarilah keliling KL mencari
Namun sebiji pun tak jumpa maka tiadalah girang
Untuk menghasilkan ini bukanlah mudah. Demi menghasilkan ini keliling KL mencari. Siapa tau kat mana nak cari butang di KL? Kalau kat kampung laman kita tahu kat mana ada jual tapi di KL ni ibarat mencari jarum dalam sebemban rumpun kering (needle in a haystack le). Cari jarum/ butang putih senang tapi nak cari butang pelbagai warna payah.
Pada hari pertama pencarian butang wajiblah kami cari kat MidValley MegaMall. Sebabnya aku anggarkan ada kat Jayajusco (jj). Tapi sedihnya hari pergi tu hari jj buat jualan untuk ahli kadnya aje jadi langkah pun sasar ke ace hardware store dan carrefour tapi tak ada la jual.
Bermotivasikan kemengidaman nak mencari butang kami pun merempit roda empat ny ke jalan TAR. Terus je ke basement Semua House. Dalam kedai tu aku giranglah melihat benda-benda jahitan ni sebab ia warna-warni kan, I like kalerful things. Namun sebelum tunaikan ghairah itu aku cepat-cepat pergi kepada objektif.
Kedai itu menjual pelbagai barangan jahitan dan kenduri kahwin; manik-manik, labuci, bakul, renda dan reben. Dari segi rupa macam peluang cerah nak cari butang tapi yang ada cuma warna putih jenis untuk baju kemeja putih sekolah tu. Salesgirl pun sarankan pergi cari di kedainya yang kat atas bumbung pula. Justeru itu kami pun ke sana, cari kat belah manik tak ada, gadis penjual pun kata tak ada. Aku degil jadi tanya lagi gadis juruwang pula tapi memang tak ada rupanya. Keliru kejap sebab sebesar-besar kedai ni tak ada jual butang. Jual butang tak laku kot. Tak faham...
Tapi di kedai tu aku dapat beli benda ni. Hypertronik siut nak beli sebab 36 sen aje sebiji. Lain kali gua datang beli lagi.
Jadi kami gi naik atas tanya penjual kedai baju, sorang kata jenguk kat kedai basement (tak ada pun butang) dan sorang lagi suruh tuju ke bangunan sebelah. Masa tu hujan sangat lebat jadi kena tunggu hingga ia renyai-renyai. Aku kerling kepada si gadis ... di wajahnya memang jelas muka tak sabar nak beli butang. Hei butang, di manakah kao?
Sedar-sedar saja hujan kurang merintik kami bergegas ke sebelah. Masuk-masuk aje bangunan dah jumpa kedainya, masuk je pintu dah jumpa butang idaman.
Kedai bernama bunga reben
Menjual produk idamannya dia
Harga butang ni sepeket empat ringgit lapan posen
Kalau nak sikit ada yang sedozen lima posen juga
Baru aku teringat kakak aku pernah sebut-sebut pasal bunga reben ni. Dia memang kaki crochet jadi sini rupanya dia dapatkan supply.
Beberapa hari lepas beli butang kat bunga reben tu kami gi jj midveli lagi. Hari tu jj ada sale biasa aje jadi bolehlah masuk. Pergi tengok kat bahagian jahitan dia ada contoh butang-butang pelbagai bentuk menarik, hmmm ada la kot sini. Tapi bila ditanya pada jurujual dia kata dah lama tak ada jual butang tu, stok dah habis. Oh, paparan mengelirukan, oh ko tipu aku ye jayjay. Cis, kat sini ada la juga butang tapi warna putih dengan coklat aje. Gegas-gegas la ke tempat DIY nya pula dan ada jual butang tapi mahal sikit. Satu peket pelbagai saiz, satu/dua warna, ada dalam 20 biji berharga rm20. Hehhehe, KIV la dulu.
Selang beberapa hari lagi aku gi kfc gombak jumpa kawan. Kat deretannya ada kedai pengantin yang jual banyak sangat butang. Tapi sebab banyak jenis tapi masa suntuk (sampai aje dah pukul 9.30 mlm) maka aku tak tau nak beli butang mana. Dalam kepala memang nak tolong belikan butang untuk minah mengidam ni la tapi sebab banyak sangat so aku rembat yang murah-murah aja sebab ini paling senang nak pilih. Butang sini dijual sebiji-sebiji antara 10 sen sehingga seringgit.
Selang beberapa hari lagi aku gi kfc gombak jumpa kawan. Kat deretannya ada kedai pengantin yang jual banyak sangat butang. Tapi sebab banyak jenis tapi masa suntuk (sampai aje dah pukul 9.30 mlm) maka aku tak tau nak beli butang mana. Dalam kepala memang nak tolong belikan butang untuk minah mengidam ni la tapi sebab banyak sangat so aku rembat yang murah-murah aja sebab ini paling senang nak pilih. Butang sini dijual sebiji-sebiji antara 10 sen sehingga seringgit.
Ni la pembelian aku di Gombak itu. Pada sebelah kiri dalam plastik harganya sebiji seposen dan yang kecik2 10 biji sepeket harganya 30 sen. Habis dah cerita pencarian butang untuk kali ini. NY ada beli butang kat MACY (aku rasa lokasi dia depan Watson yang seberang jalan daripada Kotaraya itu - betulkan kalau silap) dan setakat ni aku tak dapat info lagi mana ada jual butang di KL. Korang tau tak?
Update : January 2015
I just bought a whole bunch of buttons from Beading.my. They are great for making amurugami eyes or doll's eyes. Just type buttons in the search box.
ps:
I was shy but I casually walked by
And if he saw me I'll just say hi
My lips were synching a lie
But the truth made my smile sly
11 comments:
ko nak buat aper weihhh ngan butang tuh???
buat dekorasi kat baju, mata patung dan juga tampal kat mana-mana yang patut.
ade jumpa butang besau x? i pon cr butang.tak jumpa kat kl.huhu~ then blah
Yang besar ada jual kat Jaya Jusco MidValley tapi harganya tidak sesuai dengan bajet saya.
yg rasenye sesuai ngan bujet kite dua. rasanye kat mane eh? :)
i love butang gak :D
saya cari sampai ke gombak depan giant tu, banyak kedai barangan gubahan kawin etc. tapi butang bulat2 pelbagai saiz la. pergi gombak sebab jumpa kawan masa tu.
baru ni saya tgk kawan saya ada beli dalam peket2 kecik, tapi saya tak tanya dia beli kat mana. macam beli kat kampung dia je kat kedah nun.
mizyn.
the butang lover aite?
here--->http://buttonplanetent.blogspot.com/
hye,nk tmpang tnyer..butang yg awk beli dkt gombak tuh...dkt mne eh?boleyh bg adress x?
tq
nk tau kt ner ek kdai2 yg awk bli butang 2?bnyk sgt la kdai2 yg awk sbut kn 2 kt dlm post nie...ermmm...leh mnta address kedai2 2 x??sy pon mncri2 butang kt area2 kl nie...huhuhu..tp mlg nya xjmpa2 pown...huhuh
butang tu semua beli kat bunga reben. cuba cari kat kedai penganten sebab kadang2 ada jual butang. mcm kedai bunga reben kat jalan masjid india.
saya pun jual butang gak...tapi jualan melaluai facebook ajer.... https://www.facebook.com/ButangMenarik
Post a Comment