Pages

Demo lo nie...

REMBATED AND EDITED FROM OTBSPJJY.
AKU: Sori la ye tapi aku cukup nyampah kalau orang utara bila tau aje yang dia cakap dengan orang utara terus nak cakap bahasa dia. Padahal sebelum tu cakap cam biasa aje.
NY: kenapa lak?
AKU: Ye la, kenapa mesti nak ubah cakap utara. Cakap je lah macam biasa sebelum dia tau yang orang tu pun datang dari utara.
NY: hahahahaha...jeleslah tu, takde bahasa sendiri.
AKU: Takdelah. Macam ada sesi kenal-kenal ni. Aku borak dengan satu akak ni dan dia kata dia dari Penang, lepas habis bual tiba-tiba lagi sorang minah ni terus terpa dia berkenalan dalam dialek Penang, ramah mesranya sangat over. Aku bengang la sebab sebelum tu minah ni tanya aku asal mana dan aku kata asal JB dan reaksi dia "O" je. Tetapi dengan akak Penang itu sangat mesra macam dah kenal lama.
NY: MENDUSYUM AKU DENGAN JAWAPAN TAMBAHAN.
AKU : (JAWAPAN PUASKAN HATI) Ala jadilah macam orang Johor, kalau dah tau asal sama JB pun borak lebih kurang je hehhe. Kalau ada yang asal Kluang ke Batu Pahat dan tau aku asal JB pun sama je efeknya. Teruskan aje ketidak mesraan itu.
-----------------------------------------------------
Bicara aku dialek Johor. Bezanya dengan dialek standard pada perkataan la kot macam boya, endut, gobok (gerobok), sepatu dan gebor. Entah ek, tetapi memang selama-lama aku bermastautin di Lembah Klang ni kalau aku jumpa kawan kepada kawan yang asal Johor semua tak berapa mesra. Lagi best pula bila kawan kita yang lagi excited nak kenalkan atau bagitau sebab dia ada dua kawan berasal dr satu negeri/tempat.

Sebenarnya aku tak kisah pun bila kawan-kawan aku nak speaking dialek dorang. Kalau aku tak faham aku tanya apa makna perkataan yang dia cakap tu. Tapi bab diskriminasi kemesraan akibat dialek ni memang terasa la. Mmmmmmmmmmmmm (terasa). Aku suarakan kepada NY sebab dia orang Utara dan aku ingin dengar feelingnya tentang perkara ini. Majulah dialek untuk negara.

8 comments:

ouT oF My MinD said...

i dont say anything ya...
just mengexplain somtimes ada orng cukup kurang selesa dgn situasi camtuh...
dan orng itu adalah ko...
jd next time be alert dgn orng lain yg tidak menyuarakan ke tidak senangan hati mereka.

ouT oF My MinD said...

apa kata ko buang verification code or word bila orng nak post komen. penat la...
sbb aku nie buta uruf skit...

mizzy N said...

Entah ek, bila dalam ofis aku tak berapa heran pulak bila orang cakap dalam dialek kiri kanan. Agaknya situasi tegang first day ice breaking tu kot yang jadikan aku ultrasensitif. Risau ko nak berkawan dengan orang yang first time jumpa dan akan bertemu lagi tiga empat tahun lagi.

ninieZUERYANNIE said...

Nimmininininininini.. nadhrah, ko maksudkan aku ke tuh? hehehhe........

mizzy N said...

alamak tersama dengan nama ko pulak nin. Aku dah edit jadi mmmmm. Sebenarnya maksud nimmininin tu ialah sedang berfikir.

mizzy N said...

nin : eh sedang terasa

JohnJenin said...

Sebagai orang utara, pakcik berpendapat kenapa orang utara jadi macam tu adalah sebab mereka menganggap berjumpa orang yang sama negeri sebagai satu kampung. Tafsiran satu kampung tu pulak macam berjumpa adik beradik. Tu mesra dia lain macam.

Awai awai memang terasa ati kot. Tapi bila lama lama kamu dah rapat dengan orang utara macam adik beradik, kamu jugak akan dilayan mesra. Jangan dok risau...

mizzy N said...

ye pakcik, memang betulla tu. Kalau sekepala memang boleh masuk nya.

hELLO

hELLO
:D

Followers