Pages

tudung ari nie?

Ada kepada suatu hari aku berkunjung ke pejabat seorang rakan.
Melihatkan aku berselendang sebegini dia pun menegur.

KAWAN : Kenapa tak pakai dengan tudung 'Arini' tu?
GUE : Aku tak suka la tudung tu kak (JERIT HATIKU, HEY SOMBONGNYA JAWAPAN, COVER
LA SIKIT) Ala masa ni tak suka la tapi tak tau la di masa akan datang kan
KAWAN: Kenapa tak suka?
GUE : Sebab bentuk dia tak best

KAWAN: Betullah, bentuk dia keras je macam tu dan bulat. Muka akak ni dahlah bulat

KENAPA AKU TAK SUKA PAKAI TUDUNG ARINI?
Aku tak suka atas banyak sebab. Tambahan lagi bila tengok tudung 'Arini' dijual 3 untuk RM10 menjadikan aku tambah lagi tak heran nak try. Yela, sebabnya bila supply banyak menunjukkan semua orang nak pakai tudung Arini hari ni. Aku enggan mengejoin arus fesyen arus perdana ini.

arini Pictures, Images and Photos

INNEKE KOESHERAWATY AKA IBU ARINI

Nama tudung ini ialah sempena watak Ibu Arini (Mutiara Hati) yang berfesyen sedemikian di TV Isnin hingga Khamis, 4.30 pm hingga 5.30 pm semasa 2008 dulu. Dengan kekerapan siaran tersebut media berjaya mengglamkan fesyen asal Indonesia ini di Malaysia pula. Pada hari ini tudung Arini boleh dilihat di mana-mana sahaja di tempat awam, kesimpulannya kalau tak nak tengok tutuplah mata (sengalnya lawak).

Tudung ni memang senang nak pakai sebab caranya sarung je kepala. Tak perlu nak lipat kiri kanan kat pipi dan guna brooch. Ia sesuai untuk orang yang nak cepat bersiap (atau malas) dan boleh dipakaikan pada kepala kanak-kanak kecil yang ingin ditrain pakai tudung. Tudung Arini ni mungkin juga menjadi pakaian rasmi kanak-kanak pergi belajar mengaji dan fesyen wajib bagi makcik-makcik nak ke pasar atau kedai berhampiran rumah.

Tudung Arini ibarat evolusi kepada tudung Wahidah yang pernah glam suatu masa dahulu. Namun fesyen tudung Wahidah memerlukan dua tiga helai kain tudung berbanding tudung Arini yang sehelai sahaja. Jika pakai tudung Waheeda kena duduk situasi selesa sebab bila dah lapois-lapis pastinya agak rasa sesak bila waktu panas.

waheeda Pictures, Images and Photos

Aku pula suka pakai tudung macam ini. Pakai anak tudung serkup yang bahagian di dahinya keras tu dengan selendang.

Bagi sesetengah orang pula ada yang gemar mengenakan fesyen simpul selendang di belakang kepala. Fesyen berikut mendapat gelaran gipsi dan biasanya dipakai oleh mereka yang bergerak aktif dari Point A ke Point B.

Sepanjang aku menyaksikan fesyen bertudung ni aku pelik sekali fesyen semasa aku tingkatan tiga. Tudung tu pada bahagian depan (yang kat dahi) dijahit macam bahagian depan tudung Arini. Dan ia boleh dipakai seperti sedemikian. Ada dua tali diikat di belakang kepala dan dua unjuran lagi ikat di depan. Kalau nak pakai brooch pun boleh.

Aku rasa pelik sebab nampak leher. Macam semacam aje. Kalau nak ikat ke belakang ikat je la tapi ni ada pula ikat di hadapan.

Ngantuk ni. Aku akhiri cerita ini dengan gaya bertudung aku.


PS: Masih teringat lagi pada satu zaman orang pompuan suka pakai tudung latar putih dengan bunga-bunga besar pelbagai warna tu. Horror ko macam semua orang seragam je, ibarat tengok semua orang tengah krup krap keropok dengan bunyi yang kuat serentak. Tapi suatu hari mak aku pergi pasar dan bawa balik tudung itu untuk aku. Aku rela je la ambil.






7 comments:

Azyze said...

aku seronok baca post ini sebab kau sudah kembali mendoodle dan melukis.

teruskan yihaa!

Naddy said...

terimalah kasihku atas sokongan mu itu!

ouT oF My MinD said...

aku tak tergerak hati lg nk pakai tudung sepenuhnya. Tp zaman tumbesaran aku, aku ter'paksa ' memakai tudung. Jadi secara tidak langsung aku memakai tudung secara biskut.
dan aku paling suck bab cara nk pakai tudung nieh.
aku xnak sama mcm orng lain, tp tak reti nak buat style lain...huhuhu.

Naddy said...

OOMM : takpela beb, ikut rentak sendiri. ilustrasi awek bertudung oren ikat belakang tu sebenarnya bermusekan ko.

ouT oF My MinD said...

mizzyn:
aku tau....sbb aku saja yg ada tudung kaler tuh.
bila amik pic, sangat jelita...ngeh ngeh ngeh

Eliz said...

aku tak tau nak diffrentiate.. aku tgk sama jer heheh.. :P maap kalo tak perihatin

Naddy said...

no offence ahax. yang penting tudung arini tak best.

hELLO

hELLO
:D

Followers