Pages

Lega....

Nasib baik aku tak yah jumpa 'kawan sekolah' aku hari nie. Dia ni lebih berusia daripada aku dan dia ajak buat kerja sekolah membelakangkan semua ahli kumpulan kami. Kata dia semua orang lambat ambil tindakan.

Dah seminggu berlalu sejak kena buat kerja sekolah ni. Deadline dia 15 Mac nanti tapi sejak tujuh hari ni ahli kumpulan semua cam pasif gila. Aku tau semua orang bizi bekerja jadi memang tak selalu la ngadap email pagi, petang, malam nak meyiapkan kerja sekolah ni. Payah tau nak kerja lagi dan nak gi sekolah lagi.

Masa dia tanya aku untuk buat kerja ni secara intensif berdua aku macam beri dia isyarat tanda setuju tapi tak juga bersetuju. Masa bincang dalam kelas terang-terang dia mengaku dia boleh buat kerja itu sorang-sorang tapi dia nak semua orang turut serta dalam pembikinannya. Tapi bila tengok team mate lain senyap dia terus beraksi komando.

Aku rasa macam belot pada kawan-kawan muda yang tak suka akak kontrol power nie. Tapi best juga sebab kerja dapat siap awal. Akak ni maybe nampak aku macam pasif maka dia ajak aku jadi pengikutnya, takpun sebab aku je yang email hari-hari untuk update kerja sekolah itu. Gua librarian tape arkib tao makanya gua udah banyak masa nak ditunai.

Tapi tadi aku call dan dia kata tak jadi jumpa.
LEGA 1: Tak yah berjumpa dia di malam hari, boleh balik tengok tv.
LEGA 2: Tak yah rasa bersalah sebab belum join team komando dan endahkan grup mate lain.
LEGA 3: Nasib baik dia bukan ofismate aku, kalau tak pengsan siut nak ngadap orang cam ni.

PS: I know you have absolute self confidence tapi janganlah sehingga memperkecilkan orang lain. Agak rasa terganggu la bila berbicara dengan dia, contohnya dia kata kalau nak main boling dengannya kena bola curve. Kalau setakat main bola tegak pergi main dengan anak dia je la. Aku baling bola ia menyusur dalam garisan linear.

1 comments:

JohnJenin said...

Biar ia bergerak secara linear. Janji point kamu berkadar rata dengan bilangan pin kamu yang jatuh dengan gaya teori pitagoras

hELLO

hELLO
:D

Followers