Pages

flat rumah lama

Masa aku balik Jay Bee hari tu mak aku dah kehabisan sabun basuh, jadi aku pergi la cari, sebab aku kena membasuh baju nan 3 bakul malam tu juga. Kedai kat rumah aku dah selamat tutup pukul 7 petang jadi aku fikir sambil membeli sabun basuh tu boleh pergi jenguk kawasan rumah lama aku -imbau kenangan silam la kata.

Dulu aku duk sini bermula sebelum aku masuk tadika sehingga 17 tahun lamanya. Buruk kan dinding luar dia, tapi sekali dia cat kemas la jadinya tetapi seperti flat lain tempat letak kereta dia memang mimpi seram. Flat ini 16 tingkat dan lif dia pulak ada dua aje, satu ke tingkat nombor ganjil dan satu ke tingkat nombor genap. Nasib baik aku duk tingkat dekat la juga dengan tanah jadi tak ada la penat sangat nak turun naik bangunan kalau lif rosak.

Dulu masa duduk sini mak aku selalu suruh aku pergi kedai runcit Ah Seng kat bawah nie. Dalam banyak-banyak kedai, kedai dia paling lama kekal sementara kedai orang lain dah tutup dah. Aku beli sabun basuh aku kat sini la juga masa ni.

Makcik-makcik memang suka pergi kedai dia sebab dia mesra pelanggan. Kalau dia datang rumah nak hantar gas masak dia akan bagi salam, lepas tu kita pula yang serba salah nak jawab ke tak. Aku ingat dulu masa hari raya pertama dia buka kedai dan kadangkala siap pakai baju kurung sedondon dengan isteri dia sempena hari raya. Orang yang datang kedai dia semua sibuk ajak ke rumah beraya.


Gambar nie aku ambil masa awal bulan Jun ni tapi aku tengok taktik mengira Ah Seng ni tetap sama. Pelanggan akan ambil la barang dan longgok atas kaunter dan dia akan kira semua harga barang tu atas keratan kertas karton rokok. Kalau membeli barang banyak-banyak hujung tahun dapat kalendar kuda free, kalau lupa minta siaplah mak aku dok tanya suruh minta next time.


Aku baru nak kata aku tak tau apa nama Ah Seng ni tapi sini terang alam kat papan tanda tu tulis Hock Seng.

Masa aku tangkap gambar ini ada satu makcik tu kecoh, "Kenapa ambik gambar?" Aku cakap la aku pernah duk sini dulu. Lepas tu ada pakcik sebelah makcik tu tanya makcik tu pasal apa ke hal dia bising-bising. Makcik tu pun cakap dengan penuh bengang pasal aku ambil pic. Aku malas nak layan terus blah. Suka hati aku la makcik sebab bukan aku ambil gambar dalam rumah orang pun tapi tempat awam le.

6 comments:

ninieZUERYANNIE said...

makcik tuh sgt emo.. jeles sbb ko x ambik gambo die.. wakakakaka!!

ouT oF My MinD said...

psss....betul ke ah seng pakai baju kurung sedondon dgn wifey dia time raya....hehehheheh.

Naddy said...

ninie,
hahah. aku pun ikut emo sama. pehal makcik nie skeptik sangat kan.

ida,
yolah. tak caya ko tanya kakak aku nanti :D

mommyteacherwawa said...

nadh, umah flat ko dlu tu kt area mane ek.

nooreen.rahman said...

nadh, ni kat larkin eh? makcik tu marah sbb takut kau masukkan gambar die dlm surat kabar kot. hehe

Naddy said...

wawa&nasz dan juga nooreen,
yep kat flat Lrkn.

ye la kot marah sbb tanak masuk surat khabar. tak de maknanya aku nak memfitnah makcik tepi jalan dalam nie.

hELLO

hELLO
:D

Followers