Har har har
Kena mula dengan gelak sebab selepas berborak dengan Limah tu aku rasa macam kena pukau beb.
Begini sambungannya daripada cerita out of my mind.
Maka aku pulas la tombol ofis dan nampak lampu terbuka. Aku teringat la Ida kata opis dia kunci rosak jadi aku buat bodo la, tapi aku pelik kenapa lampu bukak sebab maksudnya mestilah ada orang. Dan-dan masa aku masuk office tu Limah pula keluar daripada sudut belakang office itu. Aku fikir dia ada jumpa sesiapa ke kat belakang itu?
Aku berhenti kat mesin potostat yang terletak dekat pintu masuk untuk mengcopy mykad, Limah dengan segera datang pada aku dan beria-ia ni kata dia memang cari aku. Aku kata la "Saya bukan office nie la kak."
Dia kata "Ye ke? Selalu nampak kat sini?"
Aku jawab "Memanglah, tapi saya datang nak melepak aje. Dulu saya office sini tapi dah lama dah pindah ke unit yang bangunan dia hujung dunia sana."
Limah skeptik lalu mempersoalkan statement aku "Eh, ye ke? Tadi akak nampak awak lalu sini tapi pakai baju lainla. Itu yang akak datang cari?"
Aku mendefend la diri sebab ia tidak benar "Mana ada kak, baru sekarang ni saya datang office ni dalam hari ini."
Limah "Eh, ye ke? Akak nampak kelibat awak lalu la tadi. Tu yang akak ke mari. Tadi panggil-panggil nama tapi tak de orang pun rupanya."
Dipendekkan cerita dia cari aku sebab dia satu kumpulan dengan aku untuk satu kursus ni dan kononnya nak tanya bila daftar kursus? Aku akui la aku mana tau pasal bila nak daftar untuk kursus tu. Dia kata pada aku, kawan dia beritau dah boleh mendaftar mulai hari ini. Aku jawablah, agaknyalah tu kot. Lepas borak dalam lima minit dengan siap dia ajar aku cara nak fotostat ic depan belakang menggunakan kaedah spesel tu, maka dia pun blah balik office dia.
Lepas tu aku sambung lepak office ida dan ida komen pada aku. Kata dia akak tu beria-ia defend diri dia dengan mendakwa bahawa dia nampak aku dengan yakinnya tadi berbaju lain. Masa tu baru aku terperasan:-
1. Kalau betul dia nak cari aku, kenapa dia mesti cari sampai dalam-dalam office Ida. Bukan ke kalau tak de orang ko bagi je salam dan jerit "Ada orang ke tak?" dengan kuat2 dah cukup?
2. Kenapa beria-ia kata dia nampak aku pakai baju lain tadi? Aku ada pendua ke macam kunci? Atau aku dah amnesia mana aku pergi tadi?
3. Aku dengan dia lain kumpulan untuk kursus tu, kenapa tetiba dia nak cari aku pasal nak info bila daftar? Tak ke ko boleh call ahli kumpulan ko untuk bertanya? Tak pernah-pernah ko minta extension office aku ke tetiba ko kata ko cari aku hari ni?
4. Dan kenapa, bak kata idalah, dia beria-ia mengdefend diri dia pasal kata nak jumpa aku tu? Padahal rilek je la nak borak tu kan, nie cerita macam cari aku berhari-hari tak jumpa tapi baru ni ada peluang. Agak penuh dengan bulls**t jugek gayanye.
Misteri siut gelagat Limah tu. Aku rasa macam kena pukau sangat tadi sebab masa berborak lupa dah persoalan aku yang mula-mula itu - kenapa dia yang daripada office lain tetiba ada sorang-sorang dalam office ini di petang begini. Padahal office ni terbuka gila, kalau ko jerit-jerit lima nam kali daripada pintu depan pun orang dah boleh dengar jadi tak yah ko nak cari sampai dalam-dalam sana la Limah oi.
Wonderful Wordy Wednesday
2 days ago
5 comments:
nadh, seramnye! penuh misteri kak limah ni.
Saudações de Lisboa-Portugal
nooreen,
tu ler.
maga,
hi.
aku rasa akak itu adalah akak dalam video clip klinik..
*larik!!!!
video klip klinik?
Post a Comment