Pages

KLINIK, DI MANAKAH ANDA!

Mimpi aku baru je nak mula masa pintu bilik aku diketuk dengan lantangnya. Aku buka pintu secara automatik sebab dah biasa la dengan ambush malam (spot check) masa zaman duk hostel dulu. Ku pulas tombol tika detik jam 4 pagi lebih. Oh rupanya ada orang nak minta teman pergi klinik sebab sakit perut pulas-pulasan. Dan memang teman ajelah yang aku mampu buat sebab wa tak reti drive. So orang sakit perut pergi la drive kereta ikan dia dengan aku sekali cari klinik kat Jalan K Lama tu tapi takde yang buka, bukit angkasa punya pun tutup dan nasib baik ada kat Bangsar nun. Ini memberikan aku peringatan, pertama - belajar drive la, kedua - sediakan duit dalam poket extra sikit sbb mana tau ada emergency macam ini pada diriku jua dan ketiga - kenal pasti klinik 24 jam di rumah saya.

ps : Masa pergi klinik pertama tu aku hampir tertengok luka orang kena tetak benda tajam kat wad kecemasan klinik tu. Darah dia menitik-nitik atas jubin lantai bilik kecemasan tu. Seram siut, patutlah aku tak jadi doktor/nurse. Ala layak ke nak jadi, Bio pun 3 aje takbole.

11 comments:

JohnJenin said...

mizzyN,
miss satu lagi kerja yang berkaitan dengan darah yang kamu tak boleh kerja, tukang cuci lantai. hehe

thoyol said...

heh..

nasib baik aku ada klinik panel. Haha..

Eliz said...

siannyer.... bah bah kwn dah ok blom?

ouT oF My MinD said...

terima kasih mizzyN sbb melayan aku cari klinik walaupun mimpi ko baru je nak bermula...
kalau bukan ko yg aku patut susahkan, siapakah lagi.
anyway...jasamu dikenang. mcd breakfast sbgai balasan.

thoyol:
kitorng ada hospital panel...apalagi, hospital gomen la. tp jauh dr rumah....

ninieZUERYANNIE said...

waaa.. nadhrah.. berkhidmat di malam hari..

Naddy said...

pakcik john jenin,
masuk senarai dah.

thoyol,
klinik kerajaan adela.

eliz,
ko tanya sendiri kat tuan empunya badan.

ida,
heh heh. tinkayu 4 d mcD.

ninie,
bukan malam hari dude, pagi hari.

yoon see said...

Betul mizzyN, very important to learn to drive.
Without a car or don't know how to drive...susah juga.
Must have extra money, jika tidak emergency time mesti susah....
kena tau klinik 24jam, yeah.

I pun tak boleh jadi doctor or nurse, I takut darah!

Naddy said...

yoon see, i rasa boleh tahan kalau darah sahaja. tapi bila nampak luka dan bau dia, tak tahan. tapi i ingat senior i dulu, walaupun dia takut darah tapi dia sanggup tolong orang cedera. tapi lepas kawan dia dah selamat dan dia perasan tangah dia penuh darah baru dia terkejut.

nooreen.rahman said...

nadh, pagi ke aku bygkan cam di tgh malam sbb kau nk start Zzz kan.. he he :)

yoon see said...

Macam tu your senior, orang dia sangat baik dan suka tolong orang.
Dia serve others first. Very good character.
MizzyN, bertuah you have a friend like this:)
Happy Friday.
Nak pergi tonton "Transformer" ke?
I heard tiket dah kehabisan....

Naddy said...

nooreen,
:D

yoon see,
:D

About Terminator. Semalam I beli kat kaunter GSC tiket utk 3 orang dan yang ada pun waktu siang sahaja. Last2 I beli pukul 11 pagi punya. Petang dan malam memang seat belakang dah habis. Kena beli seat belakang sebab robot trasnformers besar.

hELLO

hELLO
:D

Followers