Pages

Pakcikku, MJ dan Farah Fawcett sudah meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Minggu ni aje ada tiga kematian orang yang aku kenali.

Pertama - pakcik J.A aku.
Nama arwah pakcik aku ni J.A. Isteri dia ialah adik mak aku. Dia pergi meninggalkan isterinya, anak perempuan sulung (plus menantu dan baby), anak lelaki (awal 20an) dan anak bongsunya yang baru form 3. Aku kesian kat anak bongsu dia sebab kehilangan bapa di usia muda.

Dulu aku pernah sekali ajar anak bongsu dia sains UPSR tapi sebab sains UPSR ada banyak term yang aku tak tau jadi percubaan menjadi guru itu sangat fail. Macam mana nak menerangkan apa itu inferens dan hipotesis pada budak 12 tahun dalam bahasa malaysia (lingua franca masa tu)? aku belajar statsistik pun english style.

Pakcik ini sebenarnya dah dua tahun aku tak jumpa. Manakan tidak masa anak dia kahwin tahun lepas pun aku tak datang. Anak dia satu sekolah dengan aku sampai dia form four aje. Jadi masa tu aku pernah tumpang kereta dia balik ke sekolah kat Melaka tu selepas habis cuti sekolah. Nooreen, ko tau siapa dia kan, dia ni ayah si Zeera tu. Menurut mak aku, dia dah sakit setahun lebih dan antara penyakit dia ialah kenicng manis.

Aku rasa aku sedih tapi tahap gitu-gitu aje feelingnya. Ada nampak macam jahat atau seperti kurang emosi ke? Tapi aku rasa ok kot feeling begini sebab aku lama dah tak jumpa dia dan memang jarang jumpa dan bercakap pun masa zaman aku melepak jb.

Pakcik J.A, ku sedekahlan Al-Fatihah untuk roh mu. Moga berada di kalangan orang yang beriman.


Kedua - Michael Jackson
Aku tau MJ mati awal sebab Shimmy (housemate aku) guna bilik air lama-lama masa pagi Jumaat tu jadi aku gi cek internet dulu. Dah lama tak shut down laptop sebab sekarang aku gila kat tenet. Okey terus pada story.

Macam biasa bukak yahoo nak cek email dan nampak highlight pasal MJ mati. Lima belas minit seterusnya housemate aku keluar bilik siap berbaju nak gi office, aku dengan tak mandinya kata "MJ mati dah". Kawan aku boleh kata "Tak sempat nak buat konsert". Cheh. Aku mula-mula tak caya tapi aku cek kat CNN untuk kepastian. Shimmy keluar bilik air dan aku pun nak pergi mandi tapi azyze pula mesej aku untuk beritau pasal MJ mati. Tak pernah2 dia mesej aku kalau tak de cerita hebat tapi hari ni dia mesej pula, nampak sangat lah dia pun sedih MJ mati.

Aku ni memang bukan kaki muzik tapi MJ ialah satu kewujudan sampingan yang tetap dalam hidup aku. Dia macam gosip yang tersebar luas seperti cerita Tok Ti yang kalau ko tak nak tau pun ko akan tau juga sebab ia berada di mana-mana. Sejak kecil lagi aku dah dipersembahkan dengan Thriller dan sibuklah juga cerita Tamil nak tiru video klip tu untuk aksi menyanyi filem dia.

Aku ingat masa pertengahan 90an ada special program Michael Jackson yang di mana akhirnya dia kena kejar polis jadi dia transform jadi jet. Huhu gile pelik tuuu. Oklah, aku nak menulis pasal MJ lebih-lebih pun aku tak terer, cuma masa dia meninggal aku terfikir dua benda aje.

1. Cara dia dikebumikan
2. Siapa akan jaga anak dia

Aku harap moga-moga perkara yang terbaik berlaku kepada keluarga dia.


Ketiga - Farah Fawcett
Aku tau masa pergi office hari Jumaat tu sebab officemate aku beritau. Dua tiga hari sebelum dia mati ada cerita pasal boyfriend dia Ryan O'Neal yang kepingin nak menikahi Farah sebelum dia mati. Aku ingat Farah sebab dia berlakon dalam cerita glamer tu, Charlie's Angels. Lepas semak web baru aku tau yang dia memang poster girl untuk keseksian zaman itu. Huhu, zaman dulu wajib ada gambar pompuan pakai swimsuit berlubang sana sini dalam bilik anak bujang. Aku selalu terperasan kalau tengok cerita mat salleh, lagi-lagi kalau ada scene dalam bilik tidur anak bujang.

Rasanya itu je aku boleh tulis pasal Farah, sebab itu je yang aku tau.

Rest in peace ye Farah Fawcett.

7 comments:

DrSam said...

Semoga yang pergi meninggalkan sesuatu yang berguna untuk dimanafaatkan oleh yang masih bernyawa.

nooreen.rahman said...

nadh, zeera tu cousin kau ke? hehe dormate aku eh? innalillah ..
psl mj tu pulak, aku rasa cam biasa biasa gak time mj meninggal office mate aku yg paling aku rapat siap menangis masa tau mj meninggal... dia sngtttttttttttttttttttttt minat kat mj tu.. huuu
hurm jap aku ade kemusykilan tok ti tu siapa?

nooreen.rahman said...

yg lg satu aku tak ade comment pape. aku tau die charlie's angel je. camtu camtu je. hehe

Lily@MamaZaraZareef said...

takziah utk family pakcik ko..

farah fewcat tu dulu pelakon kegemaran mak aku. zmn2 die berlakon charlie angels dl. ntah mak aku tau or tidak die dh mati.hehehe..

FdausAmad said...

gua nak ajak lu dtg kenduri kt blog gua..ikut baca doa skali pun takpa..

kali ke empat gua buat kenduri ni...

Azyze said...

nadh, ko bleh pi blog aku for my tribute to MJ.

yoon see said...

yang pergi...biar pergi..tapi kenangan masih segar!
May they all rest in peace:)

hELLO

hELLO
:D

Followers