Pages

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah : Part Deux

Salam muhibbah saudara, kita dah sampai ke bahagian kedua kenduri cuti sekolah. Episod kedua ini ialah pasal lawatan aku ke Pasir Gudang untuk ke kenduri kenalan baru aku. Ini semua berlaku minggu lepas.

Masa bertolak nak ke kenduri dah pukul 2.45 petang, apa yang aku tau nak pergi ke Pasir Gudang je tujuannya. Taman apa tak tau, no fon peribadi pengantin tak disimpan, no henpon kerja pengantin pulak off, manakala kad pengantin pula tah ke mana. Jadi kami guna GPS suka hati cari je la mana rumah pengantinnya. Untungnya kat Malaysia nie pengantin suka letak signboard pengantin kat simpang jalan utama jadi itu banyak membantu, terutamanya musim cuti sekolah yang banyak kenduri ini. Ia memudahkan kita cari lokasi kenduri tapi yang penting ko kena tau la nama pasangan pengantin itu kedua-duanya.

Cara nak ke kenduri ini ialah melalui jalan nak kempas. Sampai aje Pasir Gudang kita cuba ingat taman apa agaknya dia duduk. Menurut teman serombongan rumahnya di taman bernama bunga jadi kami pergi ke taman bernama bunga, round-round jumpa satu Taman Bunga-tak-ingat-apa-nama-tapi-mawar-kot dan terjumpa sign Sera&Sam aje. Sah bukan pengantin yang dikehendaki sebab nama mereka Dayah&Joe, jadi pergi depan lagi dan jumpa taman bukit dahlia. Ini taman nama bunga juga jadi masuk la dan jumpa sign kenduri Wati&Sany dan Dayah& Shah pulak, satu nama dah betul tetapi pasangan lelakinya lain nama.

Aku nak call pengantin tapi ada unsur degil timbul jadi guna naluri amazing-race terus terjah ke depan dan depan lagi. Masuk depan lagi jumpa Wati&Sany, Dayah&Shah dan dibawahnya Dayah&Joe pulak! bull's eye bebeh.

Ikut la signbod itu yang ada ditulis nama jalannya, jalan kulit kayu manis 2. Tengah-tengah jalan ternampak pula ini.

roda itu sangat tak sesuai...

Walaubagaimanapun saudara, agenda kami diteruskan selepas mengutuk dan kereta dipandu laju mengikut arah signboard tulisan tangan itu. Alhamdulillah sampai juga ke kendurinya dalam pukul 4 petang, gilerr lambat dahh tapi ada yang juga baru tiba saing aku. Jenguk-jenguk rumah pengantin dan tanya kat mana pengantin? Rupanya mereka tengah berfoto di tepi rumput panjang.


Kami ahlan wasahlan dan snap-snap pic lepas tu pergi makan nasi minyak dia.

Masa makan aku tertarik dengan deretan tong minyak digantung kat pagar dawai rumah dia.

Banyaknya!


Lepas tu baru aku sedar yang pagar itu ialah milik rumah sebelah dia yang kosong. "One man's loss is another man's gain", okla pengantin ada ruang lain nak buat kerja masak-masak selain rumahnya.


Lepas makan aku mencuba pelamin pengantin. Teringin plak aku nak jadi pembina pelamin, dan habihlah nangis semua pengantin tengok pelamin ciptaan aku sebab terlebih kreatif. Pelamin aku pulak kalau boleh aku nak orang tengok dan kata "Pelamin ke tu? Ok kot pelamin macam tu," sambil makan nasi dengan fikiran bingung-bingung sikit sebab pelaminnya lain daripada yang lain.


Nak blah tu kami naik atas ke bilik pengantin untuk ucap babai dan terima kasih dan lihat pengantin tengah melompat-lompat kegembiraan atas tilam.


Comel tangkap gambar macam nie!


SELAMAT PENGANTIN BARU DAYAH & JOE.

Dayah ialah reporter kat Negeri Sembilan, kalau nampak kereta kecik warna merah tengah round-round kawasan situ silalah lambai pada dia nie.

xoxo

MizzyN

ps: hari ni aku dah siap berbaju kurung pukul 7.30 pagi nak pergi kenduri tengah hari karang. Semangat tak?

6 comments:

yoon see said...

Congrats Dayah & Joe!
Shot deretan tong minyak memang creative!
This is my first time witness this unique scene...Ha..Ha..

Naddy said...

yoon see, it was my first time too tengok cooking oils berderet.

Eliz said...

nak sikit la minyak masakkk

yoon see said...

Bestlah!
He..He..got first time..must have second time!

Naddy said...

i hope that second time is during someone else's wedding soon.

Naddy said...

i hope that second time is during someone else's wedding soon.

hELLO

hELLO
:D

Followers