Pages

Bila bosan dah mari macam

awan hitam mari kita gi tengok filem. blur




Semalam aku tengok 12 Rounds dan semestinya selepas Earth Hour. Tapi kat tempat aku tengok wayang tu on je lampu-lampu dia masa EARTH HOUR. Bila aku balik rumah pukul 12 mlm lagi cemerlang rumah aku sebab gelap gelita. Selalunya pasang lampu ruang tamu dan beranda.


12 Rounds tumbuk

12 round Pictures, Images and Photos
Bila tengok poster aku ingatkan John Cena yang jadi jahat dan Matt Damon jadi hero, rupanya John Cena tu muka je macam Matt Damon dan dialah hero citer ni. Menurut bf aku dia ni wrestler (thanks azyze for the koreksyen). Tapi aku tak pernah tahu pun pasal dia.

Damon, mati-mati aku ingatkan ko dalam 12 rounds tu.

Masa aku tengah upload2 gambar tadi baru aku perasan John Cena ni lebih kepada muka Mark Wahlberg berbanding dengan Damon. Muka Payne nak berkerut seribu aje dan aku plak yang tensen tengok, terasa nak suntik botox.

Gosip aku:-
  • 12 rounds rujuk kepada 12 pusingan game yang orang jahat tetapkan ke atas detektif Danny Fisher (John Cena) untuk selamatkan girlfriend dia.
  • Mula-mula ingatkan orang jahat tu berdendam emosi 'an eye for an eye' tapi rupanya ada niat jahat lain. Kesemua 12 round bukan saje2 nak dengki.
  • Cerita ni banyak aksi sampai tak ada masa John Cena nak bermain ekspresi muka macam dalam drama.
  • Filem terbitan WWE gusti tu
  • Orang jahat tu bercakap loghat Irish + American yang berbunyi cam ala-ala Australia/New Zealand kadang-kadang.
  • Orang jahat kena tukar sim card banyak kali untuk elak polis trace, macam kelakar pulak aku rasa. Selalu tukar handphone je.
  • Sangat annoying bila polis ada partner yang ambil langkah rilek. Boleh tanya, "perempuan pun nak cek ke? Kita kan cari lelaki" Tak langsung melambangkan bagaimana polis beroperasi dalam kerja dieorang.
  • Baloi la bayar jika inginkan aksi-aksi cam biasa. Tapi aksi bergusti sakan tak de tau.


Cerita pasal muvie yang lain ni dah berminggu-minggu terperap. Akhirnya aku keluarkan juga di posting ini.


Race to Witch Mountain penat


Sayang sebab Anna-Sophia Robb memegang watak skema dan tak meninggalkan kesan langsung. pada aku. Minah remaja yang pernah berlakon dalam Bridge To Terabithia ni pada aku comel dan talented sangat untuk pegang watak mcm dlm filem nie. Para pengarah bagi la dia filem yang mencabar siktii Di penghujung hari filem ni memang sesuai untuk keluarga dan cerita pasal semata-mata perlumbaan ke Gunung Witch.


Sayang, you can dance.putuscinte




Sebelum tonton : Tengok tajuknya aku teka ni kisah Sharifah Amani dan Samuel Rizal bercinta dengan latar belakang kehidupan tarian ala-ala Step Up. Aku nak tengok Amani menari, nampak macam terer ke tidak. Lagi pula ini cerita Malaysia yang ada elemen joget-joget moden cam freestyling/ break dancing dan shuffle jadi lagi la nak tengok.

Selepas tonton : Sebagai cerita yang nak dijual kepada orang ramai sangat banyak kekurangan cerita ini. Ini bukan alasan untuk Bajrne Wong yang mungkin baru jadi pengarah, Sinema Malaysia mencatatkan dia ada satu filem aja sebelum nie (Possessed). Aksi Amani menari memang tak banyak pun, kalau ada aku pun dah terlupa. Oh, tapi aksi dia menari dengan Samuel masa malam pertama bermesra tu ala-ala dirty dancing versi sopan pula. Uuuu, sasanya badan Samuel.

Gosip aku:-
  • Datuk Seri si bapak Mia (Amani) tak suka Remy (Samuel) sebab dia kata berbeza darjat. Jadi untuk paksa jejaka itu tinggalkan anaknya dia belasah kaw kaw dan umpan dengan duit. Konfliknya mula-mula kemain hebat tapi selesai dalam beberapa adegan aje. Datuk ni benci sebab benda lain aku rasa tapi alasan dua darjat sangat jijix malahan macam alasan orang takde IQ. So lame.
  • Remy ialah zuriat wanita sebiji macam Yasmin Ahmad dan pakcik dari Sarawak tapi loghat sebiji-biji import daripada negara seberang (tak langsung mcm Malaysia seberang@Sarawak). Tak logikla beb kalau dah membesar di Malaysia tapi masih guna perkataan Indonesia dalam pertuturan sehari-hari. Pekerja Indonesia yang setahun duk sini pun pandai nak ikut lenggok tempatan. Maya Karin yang dulu pekat cakap Melayu Indonesianya pun sekarang dah cakap stail tempatan.
  • Sukar aku nak menerima Amani jadi watak minah girly-girly sebab dia kan selalu bawakan watak simple dan selamba. Dalam filem ni siap dengan props bilik tidur dan handphone pink yang bling bling.
  • Dafi berlakon ok.
  • Kesian watak lain-lain yang pandai menari tu, aku tak tau apa nama mereka sampai hari ni tapi memang hebat menari.
  • Masa adegan final tu turn group dieorang, DanceStar punya turn macam lama sangat. je banding grup lain. Aku tengok group lain berdansa berkumpulan tapi geng Dafi ni pula ada masa nak buat solo sorang-sorang dan group combo pada akhirnya.
  • Goof - Masa Amani menari dalam finale pertandingan menari itu nampak sangat guna body double saat dia buat aksi hebat tu.
  • Ada pole dancing sequence by Carmen Soo.
  • Cliche bila hero miskin dan sakit, ibarat jatuh lepas tu ditimpa tangga.
  • Review lain - http://deennasour.terbaek.com/?p=542


Geng gelakguling



Geng sangat comel. Aku bangga dengan mereka yang menghasilkan cerita yang hebat ni. Penat juga tengok wayang dengan kanak-kanak kecil di depan, belakang dan tepi. Setengah jam pertama asyik bercakap aje tapi lepas tu senyap sebab dah terpaku. Nasib baik tak ada yang menangis macam masa aku tengok Senario XX dulu. Budak kecik tu seram bila nampak alien tu dan jerit pada maknya @Mak Takut!". Maknya pun dukung dia keluar wayang dan tak masuk-masuk balik. Cerita lain, senin hari tu aku tengok balik filem negara punya kartun sang kancil tu dan buaya, satu dua tiga lekuk. Huhu sangat nostalgia....

Watchmen topi



Ada orang kata cerita ni kalau tak tau latar belakang dia takut tak terfollow. Tapi sebenarnya orait je kalau tengok filem ni. Satu-satunya benda yang tak ada explanation ialah orang jahat punya haiwan primitif. Tetiba je ia muncul masa last-last tu. Tengah membebel pasal cerita ni teringin pulak nak tengok The Spirit lagi sekali, kelakar cerita tu.



Bro Jeffrey Dean Morgan sebagai Watchmen rasa cam nak
lempang-lempang aje jahatnya.


Punisher xpasti



Aku kata kepada ny, movie ini tak berapa best. Tapi ok je kot. Mungkin sebab aku tak berapa endah sangat pasal Mat Punisher ini maka rasa tak berapa best. Bila fikir balik, ok juga ceritanya. Punisher lagi hebat daripada polis malahan polis yang menyiasatnya bangga kalau di tumbuk olehnya semasa menjalankan tugas. Dalam movie ni orang jahat sangat kontrol tapi lepas muka jadi hodoh terus jadi tak betul macam two face dalam Batman.



Ini hero Punisher pertama yang aku tak pernah tengok.

Tahun ni dan beberapa tahun lepas memang pesta menghasilkan filem daripada komik dan novel. Filem Harry Potter yang berubah banyak daripada buku tu pun ok je aku rasa. Aku sabar je menunggu Harry Potter ke-6 yang dah lama sangat tertunda ni.


Ong Bak tumbuk



Watak Tony Jaa dalam Ong Bak 2 ni pendiam. Tapi masa dia remaja dulu banyak bercakap malahan cenderung ke arah effeminacy. Dalam satu scene siap duduk terjelepok sebelah mak dia. Agaknya selepas melihat daddy dan mummynya dibunuh depan mata maka dia terkejut , lalu traumadan jadi pendiam seumur hidupnya, atau mungkin depan kamera je kut.

Dialog dia dalam cerita ni aku rasa ni je pun:
  • Scene gua untuk ujian jiwa. Hero masuk dalam gua yang ada seorang gadis tengah menangis teresak-esak keseorangan. Maka cairlah hero dan terus memujuk "Meh abang teman, janganlah takut". Muka gatal gila.
  • Masa bapak angkat dia nak pas kuasa kat dia setelah berjaya dalam semua ujian menjadi presiden, "Ayah..."
  • Masa nak membelasah orang jahat setelah habis buat persembahan "Nah, ini sebagai balasan untuk bapak aku!"
Bertuah biji mata aku dapat tengok aksi berlawan yang puas berbanding tengok gaduh-gaduh dalam Cicakman. Aksi gaduh Cicakman banyak guna CGI dan fast cut dan masa Rrama lawan dengan Cicakman kat jalan raya dan dalam gua tu aku memang tak tau apa ceritanya jadi.

Dalam Ong Bak 2 si Hero berlawan sampai betul-betul pancit. Ending dia macam nak suruh adakan Ong Bak 3 je, dendam si Hero tak banyak cakap.




Aku tak pernah tengok filem Ong Bak pertama. Filem ni lakonan si Tony Jaa juga tapi kata mereka Ong Bak 2 tak ada kaitan langsung dengan Ong Bak 1 pun. Yang aku pasti gajah mesti maintain ada kedua-dua filem. Tulis pasal gajah pastinya nak sentuh filem Tom Yum Goong. Aku tengok cerita ni separuh dalam bas balik KL dan separuh lagi kat kedai DVD. Cakap pasal kebetulan.



Gajah you tahan ya I nak bergayut ni. Ok, satu, dua!


The Unborn gigil


Aku duk membelek bontot minah ni dalam poster versi Malaysia. Ketat dan berkilat semacam je seluar putih dia. Rupa-rupanya poster asal dia pakai spender aje. Patutlah dipakaikan seluar panjang sikit, sebab tak sesuai untut tontonan khalayak bawah umur.

Sepatutnya aku tengok cerita ni semalam tapi aku takut sebab petang tu tengok gambar-gambar kilang mayat kat ohtidak! Sebelum tu pula aku tengok gambar makcik terburai perut... loya aku jadinya. Mungkin hari ni tengok kot. cerita saram ni. Tengoklah tahap kenormalan aku nanti. Kalau abnormal aku tengok kot.

Hapdet Isnin 30/3/09 : Unborn tak tengok lagi!


ps : Aku ada janji temu nak menonton Talentime dan Confessions dengan girlfriend aku minggu depan. Care to join?

6 comments:

deennasour said...

thanks tuan punya blog sbb linkkan blog deennasour. my review not so good eh.

erm erm, dah tgk 2 kali talentime.
sekali waktu press preview, sekali berbayar tgk kat sunway piramid.
cepat2 pg tgk. tak rugi dan memang dijamin filem terbaek yasmin ahmad.

Naddy said...

ok mr deen. nak tengok pun nanti Talentime. sokong filem best!

AchiQue said...

aku tengok poster the unborn dalam paper pun aku rasa pelik. rupanya kene censored...

Naddy said...

kalau google memang keluar versi bontot berspender je.

Azyze said...

bebeh,

1. John Cena bukan peninju, dia ahli gusti WWE bebeh. Dia sangat ebok dan sekarang dia one of the good guys (hayo kantoi sangat aku tengok WWE kan...)

2. JDm dalam Watchmen sangatlah HOT! :)

Naddy said...

eh wrestler la maksud aku, penat taip posting ni sampai cuai part itu. Dah sah aku sebut WWE kan, tapi aku gi kata dia peninju lagi. Salah gue, maafin.

Lama dah tak follow WWE. Masa nganggur tak ada kerja tu rajin gak layan.

hELLO

hELLO
:D

Followers