Pages

Last day of 2014

#doauntukpantaitimur
#prayforpantaitimur

Last day of 2014. Bukan hari yang ada impak besar kepada kehidupan aku, melainkan ia adalah hari jadi aku. Namun aku ialah bayi Januari, jadi aku ada beberapa belas hari lagi nak rasa tua dan sesuatu. Esok cuti tapinya, maka ada juga impak kerana perancangan nak buat apa esok sedang rancak dalam kepala.

Mak bapak yang punya anak masuk darjah 1 paling excited la sebab si kecil dah jadi si budak. Dah kena pas kepada orang lain untuk di tunjuk ajar, kena masuk institusi pelajaran sama ada awam mahu pun swasta. Kalau berduit sikit ke swasta la nampaknya sebab lebih daripada pelajaran biasa yang anak dapat, di samping nisbah guru dengan murid lebih kecil. Kalau sekolah awam maunya 1 : 30 antara guru dan pelajar.

Sempena banjir ni sekolah akan ditunda seminggu, maka akan berlaku kekosongan jalan raya lagi seminggu. Aku rasa la. Haritu pertama kali aku memandu dariapada rumah ke pejabat, agak gerun juga dan dititip kata-kata suruh berhati-hati daripada semua orang. Aku rasa lepas ni kalau aku terpaksa membawa kereta sorang-sorang, aku akan bawa dengan berhati-hati terlebih. Kita hidup hanya sekali kan.

Okla. sambung blog menerusi handphone. Bye.

Banjir di Temerloh pada Sabtu 27 Dis dan Ahad 28 Dis 2014

Rumah mak mertua gua di Temerloh tak ada efek sebab atas bukit, namun di kawasan sekeliling dan jalan ke arah bandar Temerloh mahu pun Mentakab sudah dinaiki air. Kawasan yang bersebelahan dengan kawasan banjir semua memang dah putus elektrik. Mak mertua pun dah sedia dengan powerbank dan lilin. Air pun dah berbaldi simpan sebab dengar katanya loji akan ditutup kerana bah.

Tengok je la keadaan di sana. Tapi ini sebelum jalan ke Mentakab tutup habis.

Jalan Jerantut Temerloh

Jerantut ke arah Temerloh pada pagi Sabtu, pukul 11 pagi lebih kurang.
Ni atas jambatan Sungai Semantan





Jalan Temerloh ke arah Jerantut pada pukul 3.00 petang macam tu


 






Gegel nak lalu atas air sebab jalan dah ghaib



Di bawah jambatan yang dinick name "Tonggak 12" sebab dia ada 12 tiang. 









Landmark TEMERLOH dah hampir separuh tenggelam




Ni di kawasan depan klinik di tepi Sungai



 Kubang Gajah dah bye bye dah



Ni jalan nak ke arah Sanggang daripada Temerloh.
Sesi menyelamatkan kambing.







Beginilah keadaan sekitar bandar Temerloh, jalan Jerantut Temerloh dan arah nak ke Sanggang dan Kerdau pada Sabtu haritu. Kami pulang ke KL pada hari Ahad kira-kira pukul 3.00 petang. Air di kiri dan kanan highway memang dah tenggelam dah. Alhamdulillah kami selamat.

Semua orang menegur, kenapa tak bawa mak mertua balik ke KL. Oh tidak bisa sebab mak mertua gwe nurse di sana, maka dia kene standby di klinik tidak berjauhan dari rumahnya untuk menyediakan khidmat perubatan kepada mangsa-mangsa banjir yang berdekatan.


Fikiran rawak hari ini

Aku suka fikir pasal macam-macam benda semasa di pejabat. Ok, ada masa fokus sedikit lari. Lagi-lagi bila hari tu teringat pulak peristiwa tak best 3-4 tahun sebelum tu. Walau bagaimanapun, bila dah marah aku fikir baik aku salurkan kemarahan itu menjadi bentuk kreativiti yang boleh diamati nanti. 

Tenaga daripada kemarahan yang meluap-luap harus ditukar kepada sesuatu yang produktif. Contohnya, kalau marah pergi berjogging ke, pergi jalan-jalan ke kantin ke. Oh baru aku teringat satu pesanan tu pasal kalau marah; kalau tengah duduk kena berdiri, kalau tengah berdiri kena duduk, kalau duduk kena berbaring, yang penting ubah posisi la.

By the way aku suka benar membeli majalah pengantin, setahun sekali aku akan ambil gambar pengantin sama ada berbayar atau free of charge (berlatih namanya), maybe I should do something wedding related - mungkin, apakah itu agaknya? 2015 plan? 

Dan aku baru teringat ada 2 benda yang aku tak dapat sejak 4 tahun lepas ni, satu barang tu tak payah harap la nak dapat sebab macam tak ada can pun akan berjumpa dengan orang yang menghilangkan diri tak tau ke mana tu. Entah-entah rumah mak dia pun dia tak jejak 4 tahun juga. Banyak menipu orang pulak tu, ok ok. Dah. Manakala yang satu lagi tu pula dia artis so aku dah minta pengurus dia gerakkan sikit dia suruh bagi aku barang aku, lepas ni nak solat hajat la. Memohon pada Allah nak benda tu. Dah dekat setahun lebih habis bayar tapi hampeh. Tak tau macam mana dia teruskan kehidupan dengan menyonglap duit orang. Haihh la.

Ok, aku nak balik. Bye.



Tukar-tukar hadiah 2014

Minggu lepas satu office pergi makan-makan kat buffet Seoul Garden. Sedap sungguh makan di situ, aku suka coffee chicken dia. Dahla pula tu aku ambil banyak sebab aku ingatkan orang meja sebelah nak makan juga, tapi rupanya aku juga yang kena. Maka setel 60 peratus daripada kapasiti 'All You Can Eat ' perut aku dengan makan Coffee Chicken ajer. Lain kali aku nak makan bersama rakan-rakan lain dan menghabiskan lebih banyak masa di situ. Duduk 2 jam je nggak puas sih. 

Aku nak cerita pasal tukar-tukar hadiah sebenarnya, seperti dalam entri ini dahulu, boss aku pernah cadang untuk kami tukar-tukar hadiah sesama kami. Melalui cara ini semua orang akan dapat hadiah yang unik dan khusus. Kalau pada parti pejabat sebelum-sebelum ini semua orang akan dapat benda yang sama, dahla benda yang sama tu pulak barang generic macam cermin RM20, bantal dan mug. So boss aku kata cabut undi. Maka aku cabut undi dan dapat pula orang sebelah meja aku. Sang penerima tidak tahu langsung siapa yang akan berikan dia hadiah jadi ia memang wonderful la sebab masa hari makan-makan tu baru tau dapat apa dan daripada siapa.

Boss aku letak harga minimum RM50. Aku ada 1001 idea nak bagi hadiah apa, tapi last-last aku fikir lebih baik fikir praktikal. Maka aku bagi baju kurung cotton bercorak batik dan bersaiz XXL, yang dijual di hari orang berniaga di pejabat aku. Beli 3 dapat RM100, so baju sahaja dah RM33. Lagi RM17 aku spend pada sehelai selendang dan anak tudung. Lepas tu aku hadiahkan lukisan berikut.  


Konsepnya ialah bunga ros abstrak.

Kosnya ialah kanvas RM11.50 dan upah tak kira, tapi laki aku kata boleh jual sampai RM100 at least. So aku bundarkan hadiah aku berharga RM160 sekurang-kurangnya, hehehhe. 

Bagi para opismate aku yang lainnya, pastilah mereka berikan hadiah yang harganya lebih daripada RM50 kan. Ada opismate bagi sekumpulan frame pada boss. Wonderful betul hadiahnya. Tulisan dalaman itu dibuat sendiri katanya.




Beberapa hari sebelum tiba jamuan tu aku ada berborak dengan opismate lain, ada yang nak bagi kain sebab mudah dan tenang jiwa sebab tak payah fikir pasal hadiahnya muat ke tidak, ada yang tidak beli lagi - malahan dia beli pada hari jamuan itu sendiri sebab jamuan buat kat shopping center. 

Aku pula dapat sebuah beg macam beg ke sekolah kanak-kanak, mungkin sebab pemberi fikir aku ada anak kecil so itu yang dia bagi, baju lubang-lubang bayi, sarung kaki dan topi. Aku sedikit hampa sebab tak dapat hadiah untuk diri sendiri. Rezeki anaks hadiah ku ini. Laki aku cakap tak bersyukur, ok la tu orang nak bagi.

Kecewa

Gundah hati di kala senja
Harapan tidak tersampai jua
Mentari sinarnya merah di petang
Sekelam perasaan hampa yang bakal datang

Sedih hati tatkala ini
Mencari pengganti kesedihan hati
Merana dalam tiada siapa peduli
Di bibir tetap senyum meniti

Jauh di sudut perasaan putus asa
Perjuangan hari ini masih bersisa
Esok lusa bakal tiba
Sedih lama tiada gunanya

Bangkit dia dari memendam duka
Ke riba gembira singgah berkelana
Hari ini duka esok moga gembira
Kehidupan hanyalah fana usah sedih berlama

Apabila orang lain memberikan tips menjaga anak kepada anda

Apabila mula berkecimpung dalam dunia keibu-bapaan ini, pastinya banyak nasihat akan datang daripada orang di sekeliling. Aku pun setelah menjadi ibu anak dua pun mula menggunakan status aku sebagai ibu berpengalaman dengan menyampaikan tips dalam bentuk nasihat mak-mak. Bagi mereka yang baharu menjadi emak / ibu / mama / ummi, perkara sebegini harus diterima dengan tangan terbuka. Tapi menerima bukan bermaksud bersetuju dan harus mengikut sebulat suara. Menerima pandangan ibu-ibu yang tidak kita kenali secara dekat dengan sopan santun, hanya iakan apa yang mereka berikan, cadangkan atau suruh buat. Balik ko buat la cara kau, habis cerita.

Worked, took a few days off, worked and a few more days off.

It is the end of the year again and with SPM and school holiday just around the corner, the beginning of the year end is coming.  

This is the beginning to an end, a beginning to an end, a beginning to an end.

A few years back I saw a line like this from a t shirt I think. It has stuck with me since. A beginning to an end, a beginning of 2014's end. It is a mixed feeling of ending a year and meeting a new one. Happy that something has ended and another one is coming, a new year, new resolutions, new things to look forward to, past things to ponder about. A year's end offers a closure, like an ending to a moment in life, a practical way to not let life feels overwhelming, compartmentalize it in a 365 days period. For example, I am planning to be buried in sewing towards middle of 2015 since I only sew a bit in 2014. I am also aiming to upgrade a few beloved items, like my camera, a house (rent or buy) and maybe a few new skills.

The ending of year hits me hard at times, since I am a January baby so the thought of 2015 means an upcoming birthday and having to accept that I am turning a year older. Although age is just a number, it stills jitter me sometimes. For now I am just going to chill and freak out when I meet the big 40. Exterior chill - interior panicking about getting old, the usual grouses, power spec naik, berat bertambah, some body parts going south and such.

Anyway moving to another topic. I took a few days off recently, since my spouse had to finish his off days before 2015 approaches. So I took some days off to join him in an excursion to his hometown. Since we had enough of Temerloh, I asked him to take me to Kuala Lipis. As we don't really know which road to use, we end up following the road signs from Jerantut to Lipis. Our Internet was out so we were basically clueless. 

The ride was long at 3 hours, which could be shortened if we knew which road to use. The roads were snakey and at some point we were the only car there, so we realized we used an unpopular road, or was it because it was a week day so not many people are travelling around. We took off at around 2 pm and arrived at 5pm. When we arrived in Kuala Lipis, the feeling was priceless. But looking back, if I knew it was going to take that long, maybe I wouldn't push for the trip. Lucky I was clueless.


Some shophouses in Kuala Lipis, Pahang.  I have begun to love old buildings. They are unique and feels homely compared to modern buildings of my time, referring to 80s building.



The District Council building which was situated on a hill. 5 more years and it will be a 100 
years old building. Very antique. It was the resident of colonial people who came to Malaysia to administer the town.


Me with the KM 0. Some people said that Lipis is the middle of Peninsular Malaysia, well actually Temerloh is the center. According to this link, "The "0" milestone near the post office in Kuala Lipis is actually a distance marker used by the old, pre-independence British administration for sending letters and telegrams to other districts and locations in Malaya."

It was raining lightly that day, so everyone was in the car while I was running here and there taking pictures. Once in awhile taking pictures of me without the kids seems strange. My camera made it looked like it was a shining bright day.





Nice buildings, nice place, it was worth it although the overall visit lasted an hour only. I can scratch that thing about going to a place where you have never been to, at least once a year. And bye bye.
x

If tomorrow is my last day on earth

If tomorrow is my last day on earth, I will wake up really early so I could come home really early. Then I would cuddle my sons and cook them dinner. When my husband comes home, I will kiss him and tell him that I love him and thank him for marrying me and provide for the kids.

After the kids went to bed I will jot down my day in a few simple sentences in a diary. When the kids sleep, I will go to my craft section and say bye bye to them. Then I will lie down and die.

Wait... why would I wait until my last day to be sweet and loving. Why don't I just do it everyday. This is a wonderful thing that I am thinking now. I should always remind myself that everyday should be like my last day on earth. It is just an ordinary day but it would be really special if it resonates deep within everyday of my daily days.

Well, got to go home now and kiss my sons. Nanowrimo will resume later. Lols.

Nanowrimo Day 6,7,8,9 and 10 (218)

Hari ini aku menjanjikan akan menulis lebih baik daripada esok. Mari kita teruskan menaip walaupun agak kehabisan idea juga ni. Aku memang tidak langsung mengamalkan apa yang aku tulis awal-awal tadi. Maka kesimpulannya aku akan tulis dengan agenda mengarut sahaja hari ini.

Hari ini aku diingatkan mengapa penulisan esei amat penting dalam kehidupan. Penulisan penting kerana sebagai manusia bertamadun kita harus tahu merekodkan apa yang terjadi dalam kehidupan. Ini kerana tulisan dapat merekodkan apa yang terjadi hari ini untuk bacaan anak-anak kita. Ingat tak BOTAKK yang cikgu ajar dahulu semasa sekolah menengah / rendah, maaf aku tidak ingat. Ia adalah ciri-ciri tamadun. B ialah Bahasa, O ialah organisasi, T ialah tulisan, A ialah agama dan K - pengkhususan pekerjaan. Aku rasa aku belajar dulu lain je maksud K tu, tapi tak mengapalah, tapi lebih kurang je maksudnya.

Maka tulisan ialah suatu bentuk tamadun, sebagai manusia bertamadun apabila kita ada tulisan maka dapatlah kita menyimpan rekod. Tak kisahlah tulisan tu bentuk canggih macam bahasa Melayu sedia ada, mahu pun lukisan anak-anak kita yang dia lorek-lorek masa dia usia 3 tahun kan. Cukup kita catatkan tarikh atas kertas lukisan tu pasti kita akan ingat bila kita tengok balik setelah 2-3 tahun berlalu.

Hari ini bakal berakhir maka aku sambung esok kerana ada perkara lebih penting untuk aku buat. Nanti kita sambung ya.

ps: I am 70 percent behind schedule. I will try to strive for more words tomorrow.

NANOWRIMO Day 5 (512)

Masuk hari ke 5 bernanowrimo memang peluh jantan semua keluar. Ya seperti aku katakan dalam hari pertama punya nanowrimo, motivasi aku dah kurang. Maka aku akan buat senaman minda untuk hari esok demi kesinambungan kepada nanowimo. Aku juga mengambil keputusan tak logik dengan menukar tajuk nanowrimo aku kepada, Aku dengar kau teringin jadi mak? atau dalam tajuk lainnya So, you want to be a mom?

Aku dapat idea ini daripada mengelamun semalam, biasa la kalau jadi mak ni banyak benda nak kena brainstorm sambil buat kerja-kerja rumah tu. Contohnya macam tengah basuh pinggan, air sinki kat rumah aku pula kecik, maka aku akan menerawang fikir apa yang aku boleh buat untuk memperbaiki gaya hidup aku. Contohnya macam basuh botol simpanan susu aku yang berlambak kat pejabat ke, sebab aku memang menghabiskan 20 minit sehari nak mencuci botol. Masa yang pendek itu patut aku habiskan dengan menatap wajah bayi aku atau berinteraksi dengan anak sulung aku je. Maklumlah, sampai rumah dah pukul 7 lepas tu yang kecik tu meminta nak tidur selalunya, maka aku ada masa yang sangat-sangat suntuk sehari.'

Sebelum aku jadi seorang mak, aku memang tak tau sangat la pasal nak jadi ibu. Aku melahirkan anak dan membiasakan diri hari-hari jaga anak, lepas tu aku baca laman web dan dengar naluri aku untuk mengemudi hidup anak aku. Setakat ini macam berjaya setakat kemahiran dia tau mana mata dia, mulut, hidung dan telinga. Cuma bab keagamaan tu aku tak berapa nak pandai melatih dia. Sikit-sikit la kan aku kena ajar dia, lama-lama mesti dia akan terbiasa. Kalau spiderman, batman, ultraman dan ironman dia boleh beza maknanya dia mudah menerima benda baharu la tu.

Ok, aku tujukan kepada semua orang yang belum pernah jadi ibu. Hakikatnya aku pun bukanlah mak yang pandai mana. Aku pun baru 3 tahun 4 bulan menjadi ibu dan masih banyak perkara yang aku perlu pelajari dan alami baru aku pandai. Setakat ini aku cuma berpengalaman menjaga bayi, tapi bayi yang minum susu ibulah, bayi yang minum susu botol aku belum pernah jaga. Bayi susu ibu ni kalau menangis kita bagi je susu, kalau dia tidak mahu barulah kita cek pampers dia, dukung dia, bawa dia keluar bilik atau bercakap dengan dia.

Kepada mereka yang belum pernah anak, ya memang jadi ibu akan merubah engkau, tapi mungkin dalam 50 peratus sahaja. Secara amnya kau masih orang yang sama, cuma kau kena jaga seorang anak sahaja dan masa kau untuk dia. Oh dan duit kau pun untuk dia, tak ada dah spare cash nak beli handbag baru setiap bulan, mahu pun beli kasut lagi 4 macam. Masa ini baru kau sedar bahawa selama ini kau ada duit lebih tu sebab kau akan menggunakannya untuk anak. Ini pendapat aku la, kadang-kadang kan kita macam ada duit lebihan yang banyak dan kita nak membeli-belah bersuka ria walaupun benda tu perlu. Maka bila kita ada anak, kebanyakan benda yang kita beli ialah perlu. Tak apa tak dapat shopping tu. Mula-mula akan rasa macam teringin sangat nak shopping, namun lama-lama kau akan tak shopping sangat sebab kau rasa baik beli barang anak kau sahaja.

ps: ketandusan 2376 perkataan.

Nanowrimo Day 4 (741)

Aku mula pandai menulis karangan semasa di sekolah menengah di mana kita boleh mengarang secara separa bebas. Sebelum tu karangan kita kan sekadar isi tempat kosong atau buat sambungan cerita berdasarkan maklumat yang disediakan. Semasa di sekolah menengah aku mula mencari identiti dalam penulisan walaupun aku hanya mengarang untuk subjek bahasa malaysia dan bahasa inggeris.

Aku suka memanjang-manjangkan karangan. Contohnya jika arahan karangan mahukan 300 patah perkataan, aku pula akan menulis berpanjangan sehingga mencecah 500 patah perkataan. Esei aku, lebih-lebih lagi bila esei bahasa inggeris semacam tidak mahu berhenti. Sepatutnya ceritanya habis di halaman tiga namun apabila aku tengok ada lagi 40 minit masa peperiksaan, aku lagi giat nak menambah cerita. Bila diimbas kembali macam tengok filem Artificial Intelligence (AI) yang boleh dhentikan ceritanya di saat robot itu tenggelam dalam kapal selam. Kita biar penonton memikirkan nasib si robot selepas itu. Tetapi tidak, pengarahnya menyambung cerita itu dengan menunjukkan bahawa ada alien yang sangat tertarik dengan robot itu. Maka si alien telah mengklon emak angkat si anak robot itu dan berikan dia peluang untuk bersama ibu angkatnya selama sehari buat kali terakhir.

Begitula aku dalam penulisan. Aku macam tak faham bagaimana sesebuah cerita itu harus berakhir. Sekarang baru aku faham semua cerita harus ada kemuncaknya atau climax sebelum menuju kepada pengakhirannya. Tengok drama-drama bersiri sekarang ini lebih menumpukan kepada klimaks sahaja untuk menarik penonton terus setia. Apabila ada climax maka ada cliffhangernya, di mana penonton harus sambung tengok episod seterusnya untuk tahu apa yang bakal berlaku.

Selama aku berblogging, 7 tahun lebih kurang, kadang-kadang aku tidak ada mood untuk mengarang. Ada hari aku mahu bercerita kisah yang aku nak blog tapi tidak ada mood. Bagaikan tiada jiwa nak memulakan ayat, mungkin kerana tiada motivasi. Aku rasa apabila hidup kita tidak ada motivasi kita selalu tidak teruja untuk melakukan perkara macam berblogging. Contohnya sekarang aku mahu amat menjayakan nanowrimo, maka aku akan cuba menaip 1667 patah perkataan sehari. semalam aku gagal sedikit kerana tidak dapat menghasilkan lagi 500 patah perkataan. aku hanya mahu mengejar rangka untuk penulisan nanwrimo seterusnya. Selepas itu pengasuh aku pula cuti kecemasan, maka aku hanya duduk di rumah sambil menjaga anak sahaja.

Penulisan dalam hidup aku yang paling berlebih-lebihan ialah nanowrimo ini sebenarnya. Cita-cita untuk bernanowrimo juga yang paling unggul aku mahu kecapi setakat ini. Walaupun aku saban tahun menanam impian untuk menulis novel sebelum aku 25 tahun la, dan sebelum aku mencapai usia 3 dekad la, namun semuanya hanya anganan di hati dan bibir. Oh dan jangan lupa aku pernah berangan nak meghasilkan biografi mengenai diriku sebelum aku mencecah usia 32. Hahaha, aku sudah 32 dan aku belum ada biografi kerana aku rasa tiada apa yang aku boleh kongsikan mengenai hidupku pada hari ini.

Eh lupa, penulisan paling gigih dahulu pun aku pernah menterjemah sebuah ebook. Sayangnya ia tidak berhasil kerana ada perkataan yang aku tidak dapat terjemah dengan elok. Setelah pemilik ebook itu menegur aku dengan mengatakan aku ibarat tidak pandai menterjemah, terus aku lumpuh dan melupakan hasrat untuk menterjemah. Aku mendiamkan diri selepas itu, dan aku pun tidak tahu sama ada dia ada menggunakan hasil terjemahan aku itu.

Selain itu aku juga pernah menterjemah skrip kepada rakan aku, dan dapatlah sedikit bayaran. Skripnya ialah dokumentari mengenai pasca bersalin, atau berpantang. Aku ada masalah pada penterjemahan itu kerana ada beberapa perkara yang aku tidak dapat terjemah, namun rakan aku itu membayar juga beberapa ratus. Alhamdulillah, rezeki juga kan. Walaupun agak sakit kepala nak menghabiskan penterjemahan itu kerana aku tidak dapat mencari maksud perkataan tertentu. Sebelum itu lagi aku pernah menterjemah secara percuma untuk rakan sepejabat aku. Dia merupakan pelajar separuh masa dan pensyarahnya memberikan assignment padanya iaitu menterjemah beberapa bab dalam buku tulisan pensyarahnya itu. Aku rasa pensyarahnya mahu mencari penterjemah percuma untuk karya sahaja kerana sangat payah mahu menterjemah naskhah akademik. Aku rasa hanya mereka yang berfikiran kompleks sahaja akan faham bagaimana penulisannya. Nasib baikla aku ada asas maka aku cuba juga.

Buat kerja-kerja terjemahan percuma begini walaupun sangat sukar namun ia sebenarnya mampu menajamkan kemahiran menterjemah aku. Itu sahaja rasanya paling gigih aku menaip selain daripada berblogging.

Sebenarnya hari ini aku juga tiada mood untuk menterjemah. Aku hanya mahu melarikan diri daripada nanowrimo ini. Mungkin aku patut menukar penulisan nanowrimo ini ke bentuk penceritaan, daripada sebuah karya berbentuk penceritaan nanowrimo kepada bentuk yang lebih mudah aku fikirkan idea. Jika aku menukar sekarang maka aku akan ada masa untuk menyusun semula karya aku daripada mula.

Baiklah bertemu esok. Dan aku sebenarnya berhutang sehari punya penulisan

741 perkataan


Nanowrimo Day 3 (1227)

Persediaan ke arah nanowrimo. Pertama sekali haruslah ada kemudahan untuk menaip. Kalau tak dapat menaip kena la menulis atas kertas. Jangan pandang remeh terhadap menulis dalam kertas ini. Tidak ada yang payahnya mengenai menulis dalam kertas ni, cuma agak leceh bila bab mengira perkataan tu. Mudah sahaja mengira, kita gunakan teknik mengira huruf begini. Pertama kira setiap barisan ada purata berapa perkataan dan lepas tu darab dengan jumlah barisan karangan korang. Katalah sebaris purata 7 perkataan, maka darabkan 7 perkataan dengan 30 baris karangan, hasilnya ialah 210 patah perkataan . Kalau ada barisan yang separuh je sebab dah habis peranggan tu maka jadikan ia 0.5 dan tambah dengan barisan seterusnya yang separuh juga panjangnya. Kira separuh dan separuh jadi sebaris. Kalau nak kira sebiji-sebiji perkataan setiap barisan itu sangatlah larat kan.

Kalau anda tidak ada word document jangan risau, yang penting ada Internet. Kalau menaip dalam notepad atau wordpad boleh copy dan paste ke dalam word counter. Word counter tu anda sila cari di Internet, ada macam-macam laman web yang mengira perkataan. Komputer aku tak ada word document maka aku taip je dalam wordpad dan aku akan salin semua dan tampal dalam word count. Selalunya aku mengambil masa 40 minit ke sejam dengan kaedah menaip tanpa henti, untuk menghasilkan sebuah karangan mengandungi 1667 patah perkataan.

Jika terlebih tak apa, tapi kalau terkurang tu tambah-tambahkan beberapa perenggan lagi. Aku agak-agak setiap perenggan lebih kurang 50 patah perkataan selalunya.  Jadi kalau terkurang 100 perkataam maka korang tambah dua perenggan. Apabila dah menulis sebanyak 1000 perkataan maka jangan risau mesti banyak ayat tambahan akan muncul.

Aku pernah menyampah baca novel cintan sebab banyak sangat dilemma watak utamanya. Nak cerita pasal kecewa sahaja 3 halaman. Macam la orang lain tak sedih, tak ditinggalkan pakwe, ni ulang-ulang kekecewaan dia sampai berlaman banyaknya. Agaknya inilah yang dikatakan oleh air mata, dika air mata boleh bercerita. Sehalaman ayat sedih sama dengan satu sesi menangis.

Setelah menaip 1667 patah perkataan kenalah periksa secara asasnya ejaan korang betul ke tidak. Aku setakat ini cek secara am sahaja ejaan, tapi jika menaip di telefon lebih mudah kerana ada pemeriksa ejaan siap-siap di bawah tu. Aku rasa tidak ada siapa pun yang larat nak memeriksa ejaan dia untuk 10 hari punya karangan. Maka sejurus setelah kau menaip, aku nasihatkan kau terus periksa siap-siap ejaan dan struktur ayat kau. Ia lebih mudah kerana kau masih segar untuk mengarang.

Seterusnya yang perlu ada untuk menyertai nanowrimo ialah masa, jika kau tidak dapat peruntukkan sejam sehari maka kau memang tidak ada masa untuk nanowrimo sebenarnya. Kau boleh peruntukkan sekali duduk sejam atau 15 minit kali empat sesi dalam sehari untuk menaip. Namun jika kita tidak ada masa langsung, kita kena la korbankan masa untuk aktiviti lain demi untuk bernanowrimo. Contohnya, macam aku ini sangat suka melayari internet sambil menyusukan anak. Aku akan korbankan aktiviti melayari Internet itu kepada aktiviti menaip nanowrimo. Mungkin juga sambil kau tunggu mesyuarat nak bermula, atau sambil mesin basuh kau ada lagi 10 minit nak habiskan mengering pakaian, kau bolehlah menaip nanowrimo. Macam aku memang sentiasa melakukan aktiviti menunggu di pejabat. Aku tunggu video siap muat naik, aku tunggu video di render dan juga menunggu info daripada sumber-sumber aku untuk datang. Selalunya setiap penantian ni  Semasa sesi menunggu yang banyak ini aku boleh luangkan dengan menjadikan ia sesi menulis / menaip nanowrimo atau mencatat idea untuk nanowrimo.

Menulis nanowrimo ini merupakan beban juga. Bayangkan nak memastikan kau kena menaip 50000 perkataan dalam masa 30 hari di samping kau melakukan aktiviti harian kau. Selepas kau habis menaip apa yang kau dapat hanya kepuasan sahaja. Bukan kau dapat apa-apa pun berbentuk ganjaran kewangan. Bagi sesetengah orang ia bukan aktiviti yang bermanfaat pun. Tapi sebagaimana setiap orang lain ada citarasa masing-masing, kepuasan bernanowrimo dan menghabiskan sebuah projek nanowrim, aku nak nikmat itu. Aku sudah gagal sebanyak 4 ke 5 kali, InsyaAllah aku akan usaha gigih tahun ini.

Bernanowrimo ini harus dianggap sebagai beban yang dicintai, walaupun agak menyusahkan dan memerlukan konsistensi, namun kerana suka, sayang dan cinta kita sanggup buat. Macam aku sekarang ini gigih menyusukan anak aku dengan susu ibu secara eksklusif. Sebenarnya menyusukan anak begini lebih leceh dan banyak masa kena dikorbankan untuk mengepam dan menguruskan peralatan menyusu. Pam nak kena basuh hari-hari dan botol sekurang-kurangnya ada 5 biji nak cuci dan steril sehari. Selalu aku balik sahaja daripada pejabat aku akan rendam botol-botol dan pam aku dengan segera. Aku akan rendam segera dalam baldi, basuh kemudian tak apa. Kalau aku rajin malam tu juga aku basuh dan kemudian terus rendam dalam air paip yang dalamnya terlarut tablet pensterilan. Jika aku tak larat aku akan cuci pada subuh esoknya.

Suami aku selalu mengusik aku dengan mengatakan lebih senang bagi susu formula juga. Sekurang-kurangnya susu formula hanya memerlukan satu botol sahaja yang perlu dicuci berkali-kali. Aku cerita mengenai kegigihan aku menyusukan anak kerana perasaannya sama dengan bernanowrimo. Rasa macam perlu mengepam tapi pada masa yang sama malas. Tapi bak kata pepatah melayu, alah bisa tegal biasa. Mula-mula sakit je rasa nak mencuci botol hari-hari, namun lama-lama akan jadi biasa.

Hasil susu aku juga bukanlah semeriah mereka yang mengepam sejak dalam pantang. Aku perlu mengepam hampir 5 kali sehari, jika aku tidak larat, maka aku akan pam 4 kali sahaja. 2 kali di pejabat, sekali selepas pulang daripada kerja (di rumah) dan sekali lagi pada awal pagi esok. Aku perlu kerap mengepam kerana sekali pam aku dapat sebotol susu sahaja walhal anak aku minum 5 botol susu sehari. Apabila aku tiba di rumah pengasuh setiap hari, dia sedang minum susu dalam botol. Setiap hari ada lebihan 3 auns susu. Apabila sang bayi itu berada dekat dengan aku memang dia tidak akan layan susu dalam botol la jawabnya. Tak apalah, aku anggap ia sebagai tiada rezeki bayiku. Apa-apapun aku akan berusaha untuk memberikan anak aku susu ibu eksklusif selama setahun kurang-kurangnya.

Semasa anak pertama dahulu aku lemah betul bab penyelenggaraan botol, namun dengan anak kedua ini aku lebih bijak sikit. Jika aku mahu sgera, aku rebus sahaja botol-botol yang botol direbus kerana ia lebih mudah. Bagi botol yang tidak boleh disteril dengan tablet steril aku bilas sahaja dan lap dengan kertas tisu sebelum dikeringkan. Aku pasti ia bersih, lagipun susu ibu ada pelbagai bahan istimewa seperti anti fungus jadi ia sudah ada sifat anti kuman itu sendiri.

Ye kamu akan membaca lebih banyak cerita mengenai penyusuan ibu kerana aku akan cuba mengaitkan ia dengan nanowrimo aku. Macam kau tengok facebook dan nampak cerita pasal anak-anak dan anak, kerana hari-hari seorang ibu akan berfikir mengenai anaknya hampir setiap kali fikirannya melayang. Bayangkan jika anda boleh melupakan anak anda buat sehari, agak-agaknya apa jadi.

Maka untuk sebulan ini nanowrimo di hati dan di jari. Tapi aku tidaklah bermimpi nanowrimo sepanjang minggu ini, aku hanya tahu aku perlu membuat catatan ringkas setiap hari untuk memastikan esok punya nanowrimo ada permulaan. Jika nak menulis dengan kertas kosong ia akan mengundang amcam-macam iklan, dan akhirnya aku akan hilang fokus. Macam makan nasi dan lauk, hari-hari aku akan analisis lauk aku. Semalam aku dah makan ikan patin, hari ini aku makan ikan keli pula, lusa aku makan ayam. Maka bagi tulat dan hari selepas tulat aku akan makan daging, sotong atau udang. Jika tidak ada aku akan makan ayam je la. Masuk minggu depan baharu aku akan makan ikan semula. Biar bersusun menu hari-hari berikutnya kerana manusia ini ada sifatnya sukakan rutin, tak perlu berfikir banyak apabila kita dah set dalam minda kita nak makan apa.

Aku rasa bagi seseorang yang menyertai Nanowrimo dengan harapan untuk menulis 50000 patah perkataan dengan berjaya agak sukar walaupun boleh dilakukan. Ini kerana mereka akan berasa seperti layang-layang sahaja apabila mereka tiada garis panduan asas nak bercerita pasal apa.

Sekian nanowrimo saya.

Nanowrimo Day 2 (1779)

Hari kedua projek Nanowrimo,  apa harus aku tulis lagi ya. Ada banyak benda aku nak tulis tapi harus ada susunan idea. Jika aku tak susun idea maka aku akan menulis dalam pasrah. Ibarat pergi peperiksaan akhir tanpa menduduki peperiksaan, pasti dalam hati ada perasaan gundah sebab rasa macam kebarangkalian untuk gagal itu tinggi.

Untuk bab kedua ini aku fikir aku akan bercakap mengenai bagaimana aku terlibat dengan nanowrimo dan kenapa aku berminat nak ikuti walaupun saban tahun aku gagal.

Menulis ialah sesuatu yang wajib dalam kehidupan aku sebagai penerbit rancangan. Sekarang ini memang aku tak guna sangat penulisan berkarangan, tapi bayangkan di masa hadapan. Apabila aku perlu menulis sesuatu artikel, aku tidak perlu upah orang kerana aku boleh buat sendiri jika ada masa. Jika aku ada program atau produk sendiri, pastinya aku perlu untuk  menghasilkan bahan hebahan untuk tujuan  promosi dan untuk menyampaikan maklumar kepada bakal pelanggam. Contoh hebahan media ialah seperti press release, sinopsis mengenai jenis-jenis barang yang aku ada atau program terbitan aku, dan juga teks untuk laman web. Tajuk artikel seperti mana macam meletakkan nama produk juga penting, contoh penggunaan nama yang catchy atau mudah menangkap perhatian penting. Kita boleh je mengupah penulis kreatif namun lebih mudah untuk kita tulis sendiri. Selain itu jimat pun ye juga, ringan sikit poket dan boleh tuju duit lebih ke arah lain.

Jika ada kesempatan tahun hadapan, aku patut menghadiri kursus penulisan kreatif kerana hampir setiap minggu aku perlu menyusun ayat untuk sinopsis drama dan program. Kadang2 aku kekeringan idea kerana aku sudah lama tidak membaca karangan dalam bahasa malaysia melainkan laporan berita. Aku banyak membaca penulisan dalam bahasa Inggeris maka aku lebih cenderung dalam penulisan bahasa inggeris berbanding bahasa Melayu.

Zaman ini pula, ramai orang yang lebih suka memberi maklumat dalam bentuk point form. Kaedah itu lebih mudah apabila kita mahu memahami sesuatu dalam masa singkat, namun untuk tempoh masa panjang, penulisan berbentuk karangan lebih sesuai. Lagipun tak ada berita dalam suratkhabar yang menggunakan point form walaupun berita akan dibaca dengan sekali lalu sahaja. Itu sahaja cukup menunjukkan bahawa penulisan karangan itu penting, maka kebolehan menulis karangan yang mudah difahami dan ada struktur perlu aku kuasai.

Dalam dunia ini ada orang suka dibuai karangan yang indah iaitu novel. Sejujurnya aku sudah lama tidak membaca novel walaupun aku membeli novel hampir 5 buah setiap tahun. Walaupun aku tidak membaca novel bahasa Melayu tetapi salah satu impian ulung aku dalam dunia ialah untuk menghasilkan sebuah novel. Aku belum fikir lagi nama pena tetapi aku baru fikirkan tentang jenis cerita yang aku ingin hasilkan. Begitu jauh impian aku kan.

Aku selalu merepek dan berfikiran jauh melalui status aku dalam Facebook, namun kawan aku selalu kata aku berfikiran terlalu jauh dan serius.  Aku menganggap ia sebagai sebuah penyelidikan kerana dalam menulis novel kita kena membayangkan kenapa watak-watak kita dalam novel itu berperangai sebegini atau sebegitu. Contoh-contoh perangai manusia ini kita boleh ambil daripada perangai orang-orang di sekeliling kita, contoh ada kawan / jiran / saudara kita yang tidak berapa komersial wajahnya namun sangat sopan santun sehingga menjadi kegilaan orang ramai di kawasan itu. Mungkin yang minat tu cuma jiran sebelah rumah dan posmen sahaja, tetapi kita boleh terapkan elemen berlebihan di situ dengan mengatakan  kebanyakan lelaki yang berimpian beristeri atau yang ingin pasang satu lagi menyukai dia.

Itu antara dua sebab kenapa aku kembali mengambil bahagian dalam nanowrimo tahun ini. Pertama untuk mengasah skil menulis kreatif aku dan keduanya untuk memulakan cubaan aku menulis novel. Sebab-sebab lain ialah untuk kepuasan diri, kerana kejayaan menghabiskan penulisan sebanyak 50000 pastinya merupakan kejayaan yang manis.
Penulisan esei panjang bukan asing bagi aku. Semasa aku menduduki SPM dahulu jika karangan hendak 300 patah perkataan, aku tulis berlebihan sehingga 500 patah perkataan. Masalah aku disitu ialah aku tidak pandai merancang isi karangan. Maka selalunya karangan aku akan berpanjangan kerana aku tidak puas hati dengan penutupnya.

Nasib baiklah aku lulus cemerlang semua kertas ujian yang memerlukan aku menulis cerita fiksyen. Jika aku gagal, aku tak rasa aku akan menyambung pelajaran dalam bidang komunikasi, nak berkomunikasi dalam karangan pun gagal apatah lagi dalam bentuk percakapan.

Aku suka berblogging kerana aku suka hamburkan cerita aku ke dalam medium penulisan. Zaman sebelum blogging dahulu aku akan menulis dalam diari, namun sejak ada blog ni aku sudah tidak berdiari lagi. Aku lebih mudah menyusun ayat dalam keadaan beremosi dalam dunia siber. Ia lebih bersifat segera dan mudah diakses di mana-mana. Namun jika akunamat kecewa atau sedih aku lebih suka melayan dalam kepala atau hati pada saat itu kerana jika aku tidak rekodkan maka aku akan mudah merawat jiwa luka aku. Jika aku rekodkan dan aku baca semula,  ia Ibarat membuka luka lama. Sakit oooo.

Sepatutnya aku tidak ada masalah menghabiskan nanowrimo kerana aku hanya perlu menghabiskan 40 minit untuk menaip 1666 patah perkataan sehari. Ini ialah dengan menyediakan idea dahulu dalam bentuk mota pendek dan bukan menulis membuta tuli tanpa tujuan.

Dalam kehidupan kita kena sentiasa ada impian baharu, walaupun dirasakan sangat suntuk untuk mengejar cita-cita itu. Contohnya impian hendak memiliki lesen memandu. Aku dulu memang ada impian nak memandu sendiri, namun apabila anak kedua baharu membuak-buak impian itu. Semasa anak masih tunggal dan mudah bergerak ke sana sini, aku tidak kisah pun untuk belajar memandu.
Aku rasa menggunakan kemudahan awam lebih mudah dan efektif.  Namun apabila anak bercambah jadi dua dan aku rasa sudah tiba masa aku menghantar anak aku ke sekolah dan ia bakal memudahkan aku pergi sendiri ke mana-mana aku mahu, maka aku gigih belajar memandu.

Teringat ada suatu masa tu aku pergi ke stadium tertutup di taman tasik perdana dengan menaiki teksi sambil perut memboyot. Masa tu siang hari dan partner aku perlu bekerja luar kawasan, maka aku sahaja yang ada untuk ke sana dan menyelesaikan urusan itu. Sememangnya aku pengguna teksi gigih namun adakalanya menyiksa diri jika tempat itu jauh dan waktu malam. Aku pernah pergi ke stadium bukit jalil menaiki keretapi, tetapi suami aku hantar ke stesen keretapi terdekat dengan rumahlah. Masa itu malam merdeka maka apabila tiba masa untuk pulang ada banyak kenderaan awam disediakan, namun lewat jugala aku pulang ke rumah. Masalah aku dengan kenderaan awam ini apabila tiba waktu hujan, kadang-kadang susah untuk mendapat teksi dan keretapi terkandas kerana hujan.

Cuba anda perhatikan daripada awal bab hari kedua ini aku nak bercerita tentang kegigihan aku menyertai nanowrimo namun di penghujung ini aku bercerita pula tentang kegigighan aku dalam kehidupan pula.

Sememangnya aku amat gigih dalam beberapa hal, namun kadangkala aku ibarat nasi panas yang sejuk menjelang petang. Aku salahkan sifat kemanusiaan aku di mana aku hanyalah insan biasa.  Lol. Alasan je kan.

Oleh itu aku berharap agar aku akan menyelesaikan nanowrimo ini dengan gigih. Sekurang-kurangnya jika aku tidak dapat menghasilkan novel menjelang usia aku 30an, aku dapat menyudahkan penulisan sepanjang novel.

Aku rasa jika aku mahu menulis novel aku perlu ada ejen yang dapat memastikan aku terus menulis dan tidak mengikut jadual penulisan.  Semasa aku belajar asas penerbitan dahulu,  kami buat kerja penerbitan brochure berpandukan jadual. Masa itu kami ambil ringan sahaja kerana kami ada banyak subjek dan menganggap penyediaan jadual itu sekadar syarat dalam laporan. Namun apabila memasuki dunia bekerja ini baru aku dapat rasakan kepentingan melakukan kerja mengikut jadual sedia ada. Contoh kerja aku sekarang, aku perlu merekod dan menyunting video dan memuat naik dalam masa 3 hari bekerja. Jika ada masalah pada mesin baharulah ada alasan untuk lambat muat naik. Kita katalah pada pelanggan yanb kita ada masalah teknikal.

Maka bagi memastikan kejayaan nanowrimo ini aku perlu menaip 1666 perkataan atau lebih. Jika lebih maka aku bertuahlah kerana aku tidak perlu menaip terlalu banyak perkataan di kemudian hari. Jika terlebih awal siap maka aku boleh membaca dan menyunting semula nanowrimo aku di hujung-hujung bulan November itu.

Oh tidak sabarnya mahu menemui hari aku dapat menaip 10000 perkataan.  Jika aku dapat selesaikan 10k perkataan dalam 5 hari aku boleh berehat 2 hari dan mencari idea untuk 10k huruf seterusnya.

Macam aku cakap tadi dan di bab sebelumnya, jika ada bahan untuk menulis lebih mudah memanjangkan ayat. Jika aku tidak silap, nanowrimo membenarkan peserta untuk menyediakan nota awal-awal dan tinggal mengarang sahaja menjelang bulan nanowrimo. Maklumlah kadang-kadang bila kita mula menaip karangan kita, tidak semestinya kita akan mengikut semula idea yang kita sudah susun. Macam aku, pasti aku akan menyimpang jauh daripada idea asal. Lagi pula bila dapat idea baharu, maka perkembangan idea itu pasti akan menjadi-jadi.

Nanowrimo ini juga merupakan cara aku melepaskan tenaga kreatif aku. Apabila kita dapat menyalurkan tenaga ke arah sesuatu yang kita suka semestinya hari kita akan lebih ceria. Lagipun aktiviti ini percuma dan tidak mengeluarkan wang, namun mungkin tidak berapa sihat untuk jari kerana aku kan jitu mengetuk papan kekunci sambil mengejar sasaran 1666 patah perkataan sehari.
Ada dua kawan aku yang aku kenal pasti setiap tahun bernanowrimo. Seorang bekerja sebagai wartawan dan seorang lagi copywriter. Mereka memang hari-hari menulis dan aku tak pasti adakah mereka akan sertai tahun ini.  Aku tidak seperti mereka, bukan bekerja dalam dunia penulisan. Dunia aku dunia video, mungkin kerana itu aku rasa aku gigih nak menaip. Sehari, aku rasa aku taip tak sampai 150 patah perkataan. Sinopsis selalunya aku buat dalam 30 patah perkataan sahaja kerana ruang dalam laman web terhad.

Secara purata pula aku hanya berblogging seminggu sekali, maka memang aku akan menyalurkan tenaga penulisan aku ke nanowrimo.

Esok aku mahu bercerita mengenai apa pula agaknya ya.  Mungkin mengenai perkara yang memberi motivasi kepada aku dalam penulisan. Masa ini sumber inspirasi aku ialah anak-anak dan suami. Mereka bertiga yang mewarnai hari-hari aku selain daripada keluarga dan kawan kawan.
Apabila teringat mereka maka aku akan segera melakukan kerja dengan tekun dan jitu.  Aku mahu mereka bangga punya ibu yang mengejar impian ku walau aku punya anak dua orang. Aku punya mengejar cita-cita pun bukanlah tahap berusaha siang dan malam,  cukup sekadar buat kerja pada masanya dan dengan penuh tekun. Masa selepas kerja ialah dengan anak-anak kerana mereka masih kecil. Mereka akan sebesar ini untuk beberapa tahun sahaja, selepas itu mereka akan membesar dan makin mudah dijaga dan pada masa itu baharulah aku akan lebih jitu mengejar impian peribadi  aku. Aku ada banyak cita-cita selain daripada menulis novel,  namun ada yang aku tidak kongsikan dengan ramai orang kerana aku tidak bersedia melakukannya pada masa ini. Biarlah ia jadi impian dalam jiwa dahulu.

Nanowrimo oh nanowrimo nampak macam mudah tetapi ia perlukan perancangan jua. Setelah bertahun mencuba, aku dapati aku bermasalah daripada segi memyediakan masa untuk menulis. Aku boleh melayari web sambil menidurkan anak, tapi aku tidak membuka aplikasi teks untuk menaip nanowrimo.
Sebulan ini nampaknya memang aku perlu bercuti daripada melayari media sosial dan mula beri tumpuan kepada nanowrimo. 5 minit pun sudah boleh menjana idea untuk 100 patah perkataan.  Ok berjumpa di hari ketiga nanti ya.

NANOWRIMO day 1 (1700)

Working title: NASI, KICAP DAN TELUR GORENG

Hari ini hujan, maka aku terkandas di pejabat. Bulan November sudah pun tiba dan macam biasa aku menjebakkan diri aku untuk menyertai Nanowrimo. Nanti la aku cerita pasal aktiviti ini, tapi secara amnya ia adalah mengenai projek penulisan 50000 patah perkataan sepanjang bulan November sahaja. Walau apa pun cerita kau mahu pun bahasa yang kau guna, objektifnya ialah menghasilkan 50000 patah perkataan. Aku masuk kerana aku mahukan suatu bentuk penulisan yang gigih. Jika aku tak berjaya pun tak apa kerana bukan ada insentif besar pun jika aku dapat habiskan. Paling-paling pun kepuasan kerana berjaya mencapai objektif.

Jika dilihat dengan mata kasar, aku sebenarnya hampir tiada masa untuk aktiviti remeh seperti ini. Aku hanya ada masa untuk menjadi ibu, isteri dan pekerja di pejabat. Namun aku perlukan suatu ruang escapism yang mana hanya ada aku dan karya aku sahaja. Lagi pun ia cuma melibatkan sebulan sahaja. Maka aku yakin aku akan berjaya kali ini. Aku cuma perlu membuang satu aktiviti lain demi menjayakan Nanowrimo ini. Aku rasa aku akan hindari aktiviti melayari Internet sepanjang November ini. Mungkin itu caranya. Sebagai pelayar Internet tegar aku habiskan lebih kurang 5 jam yang padu menghadap Internet sahaja, termasuklah memuat naik video, mengemaskini laman web dan mencari info mengenai program yang dimuat naik.

Demi memastikan 50000 perkataan itu wujud secara harmoni, aku harus pastikan aku ada objektif kukuh. Maka, pertama sekali aku perlu memikirkan topik. Perkara pertama yang terlintas di minda aku ialah pastinya untuk cuba menulis mengenai sesuatu yang aku tahu. Semestinya bukan perkara yang tahu, ia mestilah perkara yang aku pakar. Kepakaran itu tak semestinya harus ada kearifan yang boleh dikira dengan kayu pengukur, sekadar aku boleh buat dengan lancar maka aku anggap itu kepakaran aku. Contohnya seperti menjahit tangan, aku pasti aku pakar juga dalam menjahit tangan walau pun aku tak sehebat mana kerana aku hanya tahu jahit jelujur, kia, insang pari dan silang pangkah sahaja.

Oh ya semalam aku berjaya mengusik sebentar cat arklik dan kanvas aku. Dah 3 bulan rasanya beli tapi baru dua kali je aku sentuh. Aku rasa macam nak menjadikan aktiviti melukis dengan arklik sebagai hobi sepenuh masa, namun aku hanya mampu lakukan apabila anak-anak semua dah tidur dan kerja rumah penting sudah terlaksana.

Kembali kepada objektif Nanowrimo tadi. Apakah agaknya topik yang aku boleh tulis? Jika bercakap mengenai paling aku pakar pada masa ini dan relevan, semestinya pasal diri aku dan pengalaman menjadi ibu kepada dua orang anak. Zaman sekarang jika kau ada anak dan aktif di media sosial pastinya kau akan memenuhi ruang media sosial kau dengan kisah mengenai anak kau.

Kawan aku pernah menegur yang aku dah jadi macam ibu-ibu kebanyakan di media sosial yang sikit-sikit nak kongsi pasal anak. Aku rasa ia adalah benda semula jadi. Apabila kau jadi ibu maka kau akan menatap wajah anak kau, apabila kau membeli belah maka kau akan berfikir pasal keperluan anak kau dan juga apabila kau nak kena kerja lebih masa pada tarikh-tarikh tertentu maka kau kena berfikir pasal anak kau. Apatah lagi kalau pasangan hidup kau mempunyai kerjaya yang perlu menghabiskan masa di pejabat, maka secara default kaulah pemegang amanah Allah itu. Maka anak dalam minda, maka kisah anaklah yang akan keluar di laman sosial.

Media sosial ibarat menjadi diari umum. Sambil kau berkongsi kisah anak kau, orang lain akan melihatnya dan memberi komen. Ada jenis ibu bapa yang suka berkongsi semua gambar anak, apa sahaja aksi baru dan meanrik nak diuploadnya. Semua aksi anak nak diceritakan. Macamlah anak orang lain tidak melalui saat-saat itu juga kan. Kadangkala ada orang yang tak ada anak menyampah. Itu belum orang yang belum memiliki anak sendiri, bila buka Facebook sahaja kisah anak-anak yang dia akan jumpa. Kepada mereka-mereka ini, selalunya kalau menyampah sangat dia akan klik untuk sembunyikan kisah-kisah anak orang ini daripada timeline dia.

Kisah aku sebagai ibu beranak dua walaupun baru 107 hari banyak ksiahnya. Aku pun masih banyak cara dan kaedan menjaga anak yang perlu aku baiki, ubah dan juga amalkan perkara baru. Separuh daripada masa aku menjadi ibu kadangkala rasa seperti masih gagal dalam sesetengah aspek. Lagi2 bila dah mula kerja dan hujung minggu balik sebab sibuk ambil kelas memandu. Masa untuk anak, rumah, suami dan diri sendiri kadang tersasar daripada sasaran dalam minda. Kata nak tidur 2 jam dan bangun untuk mengepam susu (anakku masih menyusu badan), namun selalu tidur nyenyak.

Topik penulisan aku Nasi, Kicap dan Telur itu aku ambil daripada makanan yang anak aku selalu makan. Anak aku ni selalu aku bagi makan menu ni je sebab dia tak berapa arif dalam memakan sayur. Di rumah pengasuh baru dia ni pun dia jarang makan petang, jadi dia makan roti. Maka bila tiba malam dia akan minta aku masakkan nasi putih, telur goreng dan kicap. Pagi tadi masa aku dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, aku tertarik dengan idea untuk menamakan projek nanowrimo 2014 aku ini dengan ayat itu.

Anak pertama aku sememangnya buah hati aku paling dekat di hati. Anak kedua dekat di hati jua tapi dia belum ada memori cukup lama dengan aku. Semoga aku akan membuat macam-macam memori dengan mereka berdua.

Sebagai ibu anak sulung dah masuk 3 tahun ni, aku sentiasa dilemma kerana tidak sempat mengajar dia skill pra sekolah. Kalau setakat bahagian badan macam mata, hidung, telinga, rambut dan kaki tu dia sudah faham. Ini bercerita tentang skill ABC, 123 dan warna. Semalam aku uji dia dengan bertanya dia warna merah dalam flash card tu sama dengan objek apa di dalam rumah. Dia nampaknya dah berjaya menunjukkan objek yang sama warna, cuma dia keliru warna jingga dan merah kerana hampir sama.

Tatkala anak orang lain di usia 4 tahun masuk ke taska, aku tak sedia lagi nak menghantar dia ke sana kerana tidak ada orang akan mengambilnya, silap aku juga la sebab aku tak ada lesen lagi. Maka perancangan aku untuk tahun hadapan ialah untuk menghantar dia sekali-sekala ke taska atau bawa dia ke muzium dan sebagainya. Biar dia street smart dahulu sebelum dia memasuki sistem pembelajaran formal. Hidup ini bukan mengenai pembelajaran formal sahaja. Contohnya macam masa aku tadika dahulu aku tidak tahu berlari pun. Bila kita di tadika antara aktiviti wajib akan kita masuk ialah sukaneka kan, aku ni pada awalnya berlari pun takut. Aku rasa aku berlari macam orang kidal menulis pakai tangan kanan. Aku rasa sangat pelik dan janggal.

Maka untuk anak aku ni aku nak latih dia dari segi street smart dan perkara lain, jika aku tak berpeluang untuk menghantarnya ke taska tahun hadapan. Dalam dunia ni ada pelbagai jenis industri, maka jika anak aku tak dapat masuk industri akademik, perubatan, kejuruteraan aku harap dia akan masuk ke industri seni. Dia mungkin lebih arif menggerakkan jarinya membuat kraf tangan berbanding menghafal pelbagai jenis formula matematik.

Jauh di sudut hati aku, aku mahukan juga anak aku jadi pelajar pandai sampai ada 20 A ke kan. Kerana jika banyak A maka tawaran untuk belajar dengan biasiswa itu meningkat kan. Aku pun senang hati anak aku belajar dengan biasiswa. Di sudut hati aku kesian pula bila memikirkna jika dia tak ke taska adakah dia akan ketinggalan banyak perkara berbanding rakan seusianya? Adakah aku aku kena gigih mengajar dia di rumah mulai tahun depan. Masa untuk belajar formal sudah bermula. Semi formal la. Buat masa sekarang aku suka dengan kemajuannya, cuma aku belum memperkenalkan dia kepada muqaddam. Sekurang-kurangnya dia tahu apa itu muqaddam dan al quran dan boleh menghormati kitab suci itu bila nampak.

Kehidupan ibu beranak dua ni menjadikan aku banyak menghabiskan masa di rumah. Satu kerana aktiviti di luar bersama dua budak kenit memenatkan, lagi-lagi apabila ia berlaku waktu malam. Aku juga mula membeli belah baju di Instagram, baru-baru ini aku menempah dua helai kain daripada seorang pelajar fesyen ini. Aku nak belajar jahit baju sendiri entah bila, harapannya agar tahun depanla kerana tangan aku dah gatal nak menjahit. Apabila anak sudah besar, mungkin setahun maka bolehlah aku memulakan semula aktiviti aku sebagai peniaga dengan izin suami dan jabatan ya. Maka bila tiba waktu aku bersara aku punya perniagaan yang boleh menjana pendapatan. Bayangkan aku bersara usia 56, anak aku sudah 27 tahun. Maka dia sudah boleh mewarisi perniagaan aku. Bestnya.

Wah jauh sudah aku bercakap dalam bab pertama nanowrimo aku ini. Aku harap kelancaran diea ini akan bertambah-tambah supaya aku akan dapat menjayakan nanowrimo sehingga 50000 patah perkataan. Aku harus kurangkan aktiviti melayari Internet mana yang tak perlu dan menjana lagi idea untuk memastikan cerita aku koheren sehingga bab 30. Aku ada sasaran untuk menaip sebanyak 1667 atau lebih perkataan sehari. Maka aku harap ia akan berjayalah.

Aku kagum dengan satu penulis novel ni, dia kata anak dia semua dah bersekolah. Dia memang akan memasak seawal pukul 9 pagi dan selepas habis memasak dia akan mula menulis sehingga waktu tengah hari apabila anak dia balik ke rumah. Dia kata dalam kamus hidup dia tak wujud writer's block kerana dia akan sentiasa mencatata idea yang timbul. Maknanya dia membawa buku dan pen ke mana sahaja dia pergi. Walau pun aku sudah lama tahu dengan membawa tinta dan buku nota ke mana-mana ialah perangai orang berjaya tapi aku tak buat pun. Zaman ni semua benda aku catat dalam hp, tapi itu pun jarang.

Baiklah, kepada sesiapa yang ingin tahu dan berminat nak memulakan nanworimo boleh layari nanowrimo.org. Di sana ada macam-macam aktiviti untuk anda mengembangkan idea anda, ada tips macam-macam. Aku hanya pergi ke sana untuk log in dan daftar akaun sahaja. Macam aku sibuk sangat sahaja kan tidak langsung mengambil apa-apa tips dari sana. Jika tabiat aku ini diketahui oleh orang-orang yang rajin maka mereka akan kata aku ni memang emrancang untuk gagal. Aku pantang kena komen. Hahaha.

Penulisan ialah kelancaran idea dari minda turun ke jari. Kadangkala ia akan kita lewat-lewatkan kerana dalam jadual harian kita, kita lebih suka berborak dan melayari Internet. Namun menulis boleh membuatkan kita berfikir tentang macam-macam, contohnya apabila kita mahu menulis semestinya kita akan buat brainstorming. Daripada satu idea bercambah menjadi dua, tiga dan tiga puluh. Namun keghairahan menulis juga memerlukan masa. Contohnya kini aku sudah 40 minit melekat di kerusi ini kerana mahu menaip 1667 patah perkataan. Lewat la aku ambil anak hari ini. Nasib baik hari Jumaat dan esok aku boleh meluangkan masa lebih bersama anak-anak. Ok bye.

1700 words

NANOWRIMO 1 (Bulan ni posting aku pasal nanowrimo je la)

Ok, nanowrimo bermula hari ini. Maka apa yang aku akan post sepanjang bulan November ialah Nanowrimo sahaja. Semua cerita pasal kehidupan, cecehan jiwa dan sebagainya akan kembali pada bulan Disember 2014. Sasaran aku ialah untuk menaip 50000 patah perkataan untuk Nanowrimo. Oleh itu mari kita cari tema apa nak tulis.

Sebelum itu perkara mengenai Nanowrimo aku. Nanowrimo ialah National November Writing Month.

Satu - Haruslah temanya mengenai perkara yang aku tahu. Apabila temanya dekat di hati maka dengan harapan dapat la menulis dengan penuh kelancaran. Writer's block sila main jauh-jauh.

Dua - Motif nanowrimo aku suka-suka je. Namun jika topik yang aku pilih tu menggembirakan hasilnya mungkin aku boleh bukukan. Eceeheehehehhe.

Tiga - Setiap hari kena menaip 1667 perkataan. Oh, harap aku berjaya la menulis.

Empat - Kena menulis dengan gigih.

Lima - Kena banyak bahan rujukan. Lagi banyak bahan rujukan lagi bagus sebab tak payah la aku nak elaborate lebih-lebih.

Enam - Menaip di mana? Guna laptop di rumah. Telefon bimbit ketika nak tidurkan anak la.

Tujuh - Bahasa. Kali ni aku nak guna Bahasa Melayu jela sebab itu kan bahasa ibunda. Biar sesekali aku menulis bahasa ibunda aku.

Lapan - Wish me luck!

Musim demam

Aku pergi jumpa doktor hari Deepavali hari tu, demam, selesema, batuk sikit2 dan sakit kepala. Aku demam amat panas sehari sebelumnya, tapi sebab cuti kan so aku duduk diam-diam kat rumah sahaja. Anak-anak semua aku paksa tidur. Nasib baik sorang baby yang masih baring jadi dia tak banyak hal, abangnya je yang kesian sebab nak beraktif tiba-tiba aku suruh tidur dengan jayanya. Nasib baikla budak kecik 3 tahun ni bapak dia ada siang tu maka bapa dia la mandikan. Aku cuma paksa tidur, bila dia jaga masakkan nasi dan malam tu layan la tengok tv sikit.

Bila anak dah masuk 2 ni, ubat demam kena standby di rumah. Kalau anak ko demam panas je bagi ubat. Kalau setakat badan dedar panas-panas gitu aku tak bagi ubat la. Tapi pengasuh dia yang sekarang rajin pula bagi ubat, so kat rumah pengasuh je makan ubat. Apabila kat rumah hanya ketika demam panas yang menggelegak tu aku bagi ubat. Yela tak mau la panas badan dia mencapai 39 c dan ke atas. Si baby pula ada la batuk sikit tapi sebab dia menyusu susu ibu so aku tak bagi ubat pada dia.

Kembali kepada berjumpa doktor itu. Doktor kata sekarang musim hujan, so cuaca lembab ni penyakit senang berjangkit. Maka kita kenala pastikan badan kita cukup makan apabila sihat. Jadi bila sakit keadaan kita tak adalah teruk sangat.

Aku pun sejak nak naik kerja ni kemain aku makan suplement macam-macam. Aku beli B complex, lepas tu aku telan juga prenatal vitamin yang tak habis-habis tu. VCO atau minyak kelapa muda dara yang aku beli masa preggie dulu pun tak habis lagi, lepas tu ada pulak suami aku dapat kapsul habbatussauda. Mak mertua aku pula hulur Lecithin yang dia tak habis makan tu. Ko bayangkan macam-macam yang aku boleh telan tu. Tapi aku telan sebiji masa lain-lain la. Aku rasa lebih elok aku telan sana sikit sini sikit sebab aku pun bukan telan ubat. Ni baru vitamin, B complex, lecithin, habbatussauda dan vcoa. Tak taula kalau aku rasa nak telan benda lain pulak, macam mana tu? Patutla ada artis boleh makan sampai 30 kapsul demi kecantikan sehari.

Tak ada maknanya dah makan secara seimbang zaman ni apabila semua benda yang kau perlukan wujud dalam bentuk pil. Walaupun sistem ini silap tapi aku masih belum berjaya nak makan seimbang setakat ni. Mungkin aku kena beli sayur kejap lagi untuk memastikan makan malam aku seimbang. Ok bye.

Sistem yang salah, aku pulak ko bitch slap. Diva betul perangai.

Aku macam biasa la duduk di pejabat, menyiapkan kerja harian aku. Ada video on demand nak di muat naik dan juga laman web untuk dikemaskini. Lepas tu datang satu pesanan daripada pereka pejabat aku mengatakan yang dia tak cukup info untuk satu program tv ini. Yela kan kadang-kadang penerbit program ini shoot beria tapi gambar untuk promosi hampir tak ada pun. Makanya aku pun terus melog-in masuk akaun facebook aku yang dikhaskan untuk mereka-mereka yang aku tak rapat pun. Maklumlah, ada sesetengah orang kau rasa tak ada pekdah pun kalau nak ada nombor telefon dia. So dengan mereka-mereka ini aku hubungi melalui Facebook sahaja jika perlu.

Maka aku hantar la mesej pada yang berkenaan ni untuk minta gambar untuk promosi program dia. Sekali dia tanya, kenapa tak minta awal. Penat dia kerja dengan rajin nak hasilkan program tu, bila dia buka website jabatan sendiri dia nampak orang lain punya gambar sahaja ada tapi dia punya tiada. Lepas tu dia meroyan dua tiga line.

So tadi dia muncul kat pejabat aku, sambil bawa CD gambar walaupun dia kata nak email pada mulanya. Apabila aku nampak dia dengan CD tu semestinya la aku menghulurkan tangan dengan spontan sebab nak ambil daripadanya. Dia tengok tangan aku dan bercakap "Letak bawah tangan tu", Aku tak la letak bawah. Siapa entah jantan ni nak suruh-suruh aku letak tangan ke bawah. Suami aku bukan, bos aku pun bukan kot. Lagi pun itu bukan rude gesture so aku ignore je.

"Letak bawah tangan tu" "Letak bawah tangan tu" kata dia lagi. Selepas dia ulang dua kali dan aku buat tak tahu, dia membebel balik pasal dia penat2 kerja, plus rajin dan bla bla, sedih sebab konon tak ada info pasal hasil kederat dia tu. Lepas tu dia rage dan blah. Aku angkat2 tangan sbb tak sanggup sangat hadap orang dramatik macam ni. Guling2 bijik mata some more tapi tiba-tiba kejap lagi dia muncul balik dan teruskan berkongsi perasaan dia. Aku cuak sikit la, mana tau dia nampak aku roll biji mata aku.

Pereka aku kata "Kak, kami dah minta lama dah. Dia boleh marah pada kami pula." Chaiitt. Si Diva ni boleh kata dia tak ada info untuk pas gambar dia pada orang yang bikin website tu. Aku macam nak je tanya, takkan bos ko tak de langsung contact number atau email pejabat aku kot?

Bukankah bila kau sedar gambar kau tak ada di web tu, maknanya mereka tak ada akses atas gambar kau? Kau kata kau penerbit yang rajin, tapi kau boleh duduk diam-diam kat situ memendam perasaan mengenang nasib program ko tak dipromo. Diva kot perangai macam tu, nak orang hadap baru bagi. Sistem yang salah ko pergi hambur kat aku. Chaitt. Aku dah lah baru  8 hari masuk kerja. Kira nasib baik la aku contact ko direct, ni ko marah kiteorang balik pulak. Tak payah tolong la lain kali.

Demam sambil jaga anak

Gwe demam sejak semalam. Dah la semalam aku bercakap dgn lebih kurang 30 orang... semestinya aku dah jangkitkan separuh atau suku dari mereka semua. Oh semalam aku duty pameran. Masuk2 kerja seminggu dah kena berpameran.  Ok juga skill mempengaruhi orang aku. Semalam aku kena mempengaruhi orang untuk upload rtm mobile ke dalam hanphone mereka.

20 (anggaran) daripada handphone yang aku tengok semalam, 13 Samsung, 5 iphone dan 3 lenovo. Handphone student hampir confirm tak ada Internet, sorang daripada 6 student je yg ada. Manakala handphone orang bekerja confirm ada cuma laju dengan tak laju je Intenetnye.

ini namanya random sampling, petik je mana2 calon jadi sample tanpa fikir demografinya. Memetik kata2 Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, penembusan jalur lebar di kawasan luar bandar semakin positif disebabkan peningkatan jumlah pengguna telefon pintar. Tu kat luar bandar, pastilah bertingkek2 di dalam bandar. 1.5 tahun lepas 1/5 daripada org yg aku jumpa masih memakai hempom 2g. Skang mungkin 1 in 30.

Dan sepatutnya aku berjumpa mak aku tapi dah demam maka tak jadi la ke sana. Tak larat nak menggendong baby sambil makan, sambil borak. Nak lari2 dari sini ke sana. 40 minit juga sini ke ampang nun.

Macam mana aku uruskan anak2 bila demam dan aku sorang2 sbb husband kerja? Husband tadi keluar lunch hour ke office,  so pagi tadi dia dah bagi makan anak sulung dia macam2, juga mandikan sekali ye. Laki aku memang boleh menguruskan anak yang tak berapa baby sebab dulu dia uruskan adik dia masa mak dia pergi kursus. Dia dan adik dia beza 15 tahun. Masa adik dia dalam 3 tahun mak dia pergi kursus kat tganu, maka dialah yang layan adik dia bila adik dia balik daripada rumah pengasuh.

Kalau baby 3 bulan laki aku boleh la jaga sikit2, kalo setakat mandi tuko lampin tu ok la. Aku keje bagi susu dan pujuk kalau nangis. Tapi bila 2 anak maka baby aku settlekan, abang dia yang 3 tahun tu bapanya yang jaga.

So daripada husband keluar tadi aku paksa budak2 ni tido. Of course la anak2 takkan tido bila dipaksa, tapi aku tutup lampu, tutup tv, maka dorang slow down aktiviti. Yang kecik aku sumbat je mulut dia dgn susu. Lama2 lena jugak. Kalau nangis lama sikit aku dirikan dia, anak aku ni suka didirikan. Siap senyum2 lagi walhal sebelum tu kemain nangis. Masa anak pertama dulu kalau nak pujuk sangkut kat bahu je dah setel. Anak aku yg no 2 x suka pulak didukung kepala sangkut kat bahu, lagi nangis ada.

Anak aku yg no 2 ni daripada dia bangun pagi sampai petang selalu tak ada bunyi sangat. Nangis kalau nak susu sangat atau berak. Tapi sensitif sangat. Dia x tido sangat siang-siang hari. Kalau naik kereta untuk perjalanan balik kampung, separuh jalan baru dia tidur. Memang lain budak lain caranya.

Paling mencabar budak2 sensitif ni bila masuk petang dia akan mengamuk sebab penat sangat agaknya atau over stimulate.  Masa tu ko dodoi macam mana pun x jalan. Last2 masuk bilik aku bubuh je atas katil. Kadang2 dia berenti nangis, lepas tu tak lama dia akan tido. Kalau tak berenti nangis aku susukan. Gitula harian aku. Macam hari ni sbb seharian x tengok tv so dia x nangis petang. Aku tgk pengasuh dia (baru hantar seminggu) kalau anak2 asuhan dia nangis beria dia akan sumbat botol susu dan goyang kemain. Lols. Ganeh kot. Tapi whatever works I guess.

Hari Pertama Kembali Bekerja

Nak tulis tajuk blog pun dilemma, nak tulis setiap perkataan huruf besar ke atau huruf pertama je huruf besar. Lols. Lepas tu teringat bahawa penulisan ini ialah suatu bentuk benda peribadi maka kembali kepada blog aku, suketi akula.

Tak sampai seminggu duduk di luar lingkungan rumah ni rasa sedikit vulnerable. Eleh, macam duduk rumah tak kan kena apa2 kan. Teringat kejadian dinding flat mana entah tercabut dek angin kuat. Serius rasa macam cerita aksi omputeh yang berlawan dengan orang jahat sampai dinding tercabut. Inikan angin sahaja. Anyway, hari pertama member ajak balik sama. Bosan katanya. Nak dijadikan cerita masa tu hujan pulak, maka awal tak awal, sejam 10 minit baharu tiba.

Hari kedua aku kelam kelibut maka tersampai ofis lambat. Maka aku punch lambat la hari ini. Hujan takde so tak la jem macam hantu aku rasa.

Cabaran kembali bekerja ini ialah

1. Mendapatkan momentum bekerja - Rasa macam first day at school, di mana semua kelihatan mesra je sebab dah lama kenal tapi nervous nervous gugup jantung. Nak lunch dengan siapa pun tak tahu sebenarnya sebab sebelum bercuti hari tu memang tak larat nak bergerak maka banyak makan bungkus sahaja. Aku siap tanya "Siapa nak ajak I lunch hari ni?"

2. Kembali bekerja dengan rakan sepasukan - Member dah komen pasal masa aku tak ada apa yang jadi. Agak fenin juga nak kembali membizikan diri. Lagi pulak dengan ada office mate yang subspesis aku takde kemistri antara kami. Aku ni boleh tangan hanginnya juga, so bila dah preggie aritu tambah pula dengan bersua jenis orang yang lagi tua daripada kita tapi nak bertegur semua benda, nak kena micro manage.... hai penatla. Kawan aku kata, ko kena pastikan dia buat juga kerja tu. Ko jangan bagi dia lepas tangan. Macam mana? Aku rasa kena memblack and white kan semua benda la kot. Kena buat jadual, minggu ni aku buat, minggu depan ko pulak, minggu tulat dia pulak.

3. Aktiviti mengepam susu - Aku masih menyusukan anak aku dengan susu badan secara eksklusif. Walaupun ada malas nak perah tapi aku gagahkan diri jua. Setakat ni aku berjaya la pam dua kali sehari. Walaupun hari pertama ada 2 botol je susu hasil perahan (hari kedua dan ketiga pun ada dua botol je) tapi aku pasti rezeki anak aku ada. Pagi tadi aku perah pukul 3.30 pagi sebab aku tersedar dan juga pukul 7 pagi macam tu. Seriusly aku kena tingkatkan produktiviti sebab aku punya stok susu beku ala2 je. Haishhhh angan2 tinggi nak menyusukan sekurang2nya 1 tahun tapi persiapan pun malas2 sahaja. Macam mana?

4. Minum air secukupnya - Aku ni bab minum air mencukup di pejabat lemah sangat. Maka esok aku kena cari satu botol air dan pastikan aku cukup air, kalau tak ada air maka dehidrasi hal pertama, hal kedua lemau je perasaan lepas perah nanti.

5. Kembali menaiki pengangkutan awam - Lama tak naik rasa gabra pulak. Esok dan seterusnya aku kena bangun awal supaya dapat balik on time dan ambil anak. Dari sini ke sana termasuk tunggu bas segala harus ada dekat sejam.

Okla masa dah time. See you alls later. Bila la aku boleh menulis dengan steady ni. Aku berangan suatu hari nanti kalau aku dah ada reader yang ramai boleh jana income. Hohohoho.

Ok bye.

hELLO

hELLO
:D

Followers